Ulangtahun pertemuan aku dan ibu (19 / 8 / 2000 ~ 19 / 8 / 2005). Chit - chat with ibu ttg sejarah lampau antara aku & dia.
Hari ini aku kerja spt biasa, dah tiga hari aku x ada docket yg perlu aku buat site visit. Solat jumaat di Masjid Alam Shah with Halim. Balik belI CD Akhil Hayy dan akhbar Siasah.
20th August 2005 - 12.51 am
Belum tidur lagi, masih mengadap PC. try application yang ada di dalam Microsoft Works 7.0 ni. tadi dalam berita Samy Vello kata TOL nak naik lagi. teringat kata2 Prof Hamdan Adnan yang mengulas ttg isu ini, katanya;
"Macam Samy Vellu kata, di Jepun tol lebih mahal drp kita, sudahlah! Gaji tukang sapu di sanaRM 4,000.00 sebulan, sama dengan Professor madya di sini...[1]
20th August 2005 - 09.17 mlm
Baru lepas berehat dari buat operasi mengemaskini peti ais aku - dah berserabut sgt aku tengok. earlier petang tadi kitaorg sekeluarga ke rmh Ida - dia tunang ari ni, kendian balik - OTW hantar Azu ke LRT Jelatek. kena ikut jln jauh coz jln jem. lepas tu straight ke Giant Tmn Permata - shopping lebih kurang, nak beli susu Izzatul.
Izzatul dah tertidur time ni - ngantuk sgt kot, sbb ptg td x tidur.
Ariyon: Hnss... macam cinta kita, Kartini! Aku tetap akan berusaha untuk dicintai kau. Hngg... no matter what it takes! Selagi awak tak cakap, sudah la, Ariyon. Perbuatan awak ni sia - sia. Selagi tu aku berusaha untuk mendapatkan kau. I'll keep trying until the end of the world. Itu pun kalau ajal aku tak sampai sebelum end of the world.
Kartini: Tapi apa yang kita paling nak, itulah yang kita takkan dapat.[2]
Walaupun dialog ini diceduk drp kartun Kartini karya pelukis Tembakau di majalah Lanun, tapi ayat2nya releven pada aku sedikit masa dahulu.
28 August 2005 - 10:21 mlm
Hari ahad - Aku OT hari ini dengan Bhas sampai jam 2ptg. Jam 5 ptg bawa Izzatul & ibu ke taman berhampiran rmh K Bid - Izzatul nak main bola. Hari panas, beli roti dan berpindah ke depan rumah K Bid. Maghrib di sana. 8 mlm balik ke Keramat. Buat budget bulanan aku & Ibu - ikut kira2, balance cuma RM85.00 per month.
Bercakap mengenai duit ni, aku teringat bidalan Irish;
A heavy purse makes a light heart. Mungkin bidalan itu ada kebenarannya
29th August 2005 - 5:59 ptg.
Monday blues... kerja seperti biasa, doket appointment pagi ada 2. bertekak dengan guard di YTL Tower - nak masuk kena pakai passcard la plak, dulu x ada pun. Nak bagi aku masuk tak nak bagi aku balik - bukan susah sgt. Last2 Faezah call suruh aku masuk. Lian kali aku tunggu di lobby je la - nkau org turun la bawak telefon rosak tu kebawah.
Petang, pekena nasi ayam di PUSAT... aku, Zainal, Saidin, Jeff & Alim. Tolong Saidin buat doket di TUDM dan Jln Kubur Cina. 5.30 ptg sharp aku balik, hari nak hujan la plak. Nasib baik air dah ada, sbb pagi tadi air x ada. Nett pay aku utk bulan Ogos - RM893.49 (w/out OT). The Star hari ni, muka depan cerita ttg cek Det (Mahathir) pulang balik keta2 yg Proton bagi kat dia, sbg penasihat Proton. Yg aku pelik nama aje penasihat Proton ttp keta yg Proton kasi ade yg dari jenis VW (yg kelas punya laa), selain keta Proton Waja di Langkawi tu. Buruk betol kalau org tua merajuk -- camni laaa....
29th August 2005 - 10:11 mlm
Baru lepas menonton siri Mencari Cinta, awat plak malam ni -- bukan malam esok? mungkin sbb esok mlm merdeka kot. Nak bagi pak Menteri berucap. Izzatul dah tidur & ibu tgh solat. Mlm ni makan nasi ayam yang dibeli di bawah, sedap gak. Baru sekejap tadi menonton CD Anwar Ibrahim: Dasar Ekonomi Baru di ceramahnya di Peramu, Kuantan. Tertarik dengan kata - kata Anwar yang beliau memetik nasihat seorang Maulana terkenal di India iaitu; Maulana Abu Hassan, katanya;
Ada tiga ciri masyarakat Jahiliyah:
1. Orang ada kuasa, bila dia ada kuasa dia sombong dan bongkak. Perangai mereka angkuh seperti Firaun.
2. Orang yang kaya, dan apabila kaya mereka tidak membayar zakat dan menggunakan riba untuk menindas rakyat.
3. Orang yang berilmu, tidak menggunkan ilmunya ke jalan yang baik ttp kerap mengampu para penguasa
30th August 2005 - 4:55 Pagi
Terjaga awal hari ni, lama dah tak bangun malam. Niat tu ada tapi tak pernah tercapai. Kini aku berazam utk cuba bangun malam sekurang2nya sekali seminggu. Cerita tentang sukar bangun malam ni, aku teringat akan satu tips bagi senangkan kita bangun malam oleh tabloid SIASAH 19 Ogos - 1 September 2005, tipsnya:
1. Jangan melakukan dosa di siang dan malam hari.
2. Tidur sebentar di siang hari untuk merehatkan badan.
3. Jangan banyak makan dan minum.
4. Jangan bekerja terlalu kuat di siang hari.
5. Tidur dengan keadaan mengiring ke kanan.
6. Tidur awal dengan niat untuk bangun beribadah. Andainya seseorang itu dikuasai tidur sehingga subuh, Allah mencatatkan baginya pahala amalan yang diniatkan. Tidurnya adalah sedekah drp Allah swt.
7. Bacalah ayat 103 surah al - An'am.
8. Tidur dalam keadaan berwuduk.
9. Sebaik - baik sahaja terjaga drp tidur, seseorang itu hendaklah mengingati Allah [3]
Selain itu aku teringat satu cerita tentang pertanyaan pendudukBasrah dengan seorang sufi bernama Ibrahim bin Adham, penduduk Basrah itu bertanya mengapa nasib mereka selalu serupa walaupun mereka kerap berdoa kepada Allah, lalu Ibrahim bin Adham menjawab; Sesungguhnya ketahuilah oleh kamu bahawa ada sepuluh sebab mengapa doa itu ditolak, antaranya;
1. Kamu mengaku mengenali Allah tetapi kamu tidak memenuhi hakNYa (Hak - hak Allah adalah disembah serta mengikut segala suruhanNya dan meninggalkan segala larangan Nya)
2. Kamu mengakui mencintai Rasulullah tetapi kamu tidak pernah mengikut sunahnya.
3. Kamu membaca Al - Quran tetapi kamu tidak mengamal segala isi kandungannya.
4. Kamu mengaku bahawa syaitan adalah musuh kamu tetapi kamu patuh padanya.
5. Kamu berdoa memohon dijauhi api neraka tetapi kamu mendekatinya dengan selalu berbuat maksiat.
6. kamu berdoa semoga dimasukkan ke dalam syurga tetapi kamu tidak berusaha untuknya.
7. Kamu mengetahui bahawa kematian itu pasti tetapi kamu tidak bersiap sedia untuknya.
8. Kamu selalu membuka keaiban saudara kamu tetapi kamu tidak melihat keaiban kamu sendiri.
9. Kamu memakan segala rezeki dan nikmat Allah tetapi kamu tidak mahu mensyukurinya.
10. Kamu mengebumikan orang yang meninggal dunia tetapi kamu tidak mengambil iktibar darinya.
Sesungguhnya kemungkinan salah satu perkara tersebut menjadi penyebab mengapa doa kamu tidak dimakbulkan. [4]
Nota Kaki
[1] Menteri perbodoh pengguna. Siasah 19 August 2005. p 37
[2] Tembakau. Kartini – Siri Akhir. Lanun (tarikh tidak diketahui).
[3] Mengapa sukar bangun di waktu malam. Siasah. 19 Ogos - 1 September 2005. p 35
[4] Ustaz Datuk Abu Hassan Din al - Hafiz. Kemanisan Doa 100+1. Petaling Jaya, Malaysia: OMMO, 2001.p 16 - 17