Thursday, July 03, 2008

KDN berhasrat naik taraf Rela kepada jabatan

KUALA LUMPUR 3 Julai — Kementerian Dalam Negeri bercadang menjadikan Rela sebagai sebuah jabatan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Proses bagi tujuan itu sedang dijalankan dan apabila lengkap ia akan diserahkan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung ketika menjawab soalan Ding Kuong Hiing (BN-Sarikei) yang ingin tahu sama ada Rela akan dijadikan sebuah jabatan memandangkan tanggungjawabnya semakin bertambah.

Chor bagaimanapun berkata kerajaan tidak bercadang untuk menambah kadar elaun anggota Rela yang menjalankan Operasi Tegas untuk menahan pendatang asing tanpa izin kerana kadar baru sudah diluluskan Mac tahun lepas. - Bernama

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0703&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm

Joint Ops antara Polis dan tenter, RELA nak upgrade jadi jabatan mcm PDRM emmm.....

Eksesais Bersatu Aman 1/2008


Cheras - 2 Julai 2008. Majlis Pelancaran Eksesais Bersatu Aman 1/2008 antara Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia telah di adakan di Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur, Cheras.

Hadir di majlis tersebut ialah YDH IG Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Pengarah-pengarah Jabatan PDRM, Timbalan-timbalan Pengarah, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM. Turut hadir ialah Y.Bhg. Jeneral Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Aziz bin Haji Zainal, Panglima Angkatan Tentera Malaysia serta Panglima-panglima tertinggi ATM dari Tentera Laut, Udara dan Darat serta pegawai-pegawai kanan ATM.

Eksesais yang julung-julung kalinya di adakan oleh kedua-dua pihak, adalah bagi mengembeling tenaga dalam menangani situasi ketenteraman awam didalam negara ini. Telah tiba masanya pihak PDRM dan ATM bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama dalam erti kata semangat setiakawan dalam menyusun dan merancang strategi dalam melaksanakan tugas dan mengekalkan ketenteraman awam seperti yang digariskan didalam Public Order Manual (POMAN) 1971.

Eksesais Bersatu Aman Siri 1/2008 yang akan bermula pada tarikh 2 Julai 2008 hingga 7 Julai 2008 yang menggunakan pendekatan Mapping Excercise (MAPEX) dan Command Post Excercise (CPX), melibatkan kawasan tanggungjawab di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Objektif Eksesais Bersatu Aman Siri 1/2008 adalah :-
* Menilai tahap Interoperability dalam aspek pengoperasian antara PDRM dan ATM
* Mengukur tahap kesiapsiagaan PDRM dan ATM dari aspek kemahiran, kesesuaian perundangan dan kelengkapan peralatan logistik
* Menguji keberkesanan dari aspek perintah, kawalan, komunikasi dan pertukaran serta penyaluran maklumat risikan

Antara ucapan oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, beliau berharap dengan kerjasama PDRM dan ATM dalam eksesais ini akan dapat menguji kemampuan, ketangkasan, koordinasi dan persefahaman mengenai aspek logistik dan personel dalam menghadapi situasi ketenteraman awam pada masa kini dan akan datang.

Sumber: http://www.rmp.gov.my/news/news_details.cfm?id=359

Rujukan Lain
http://www.bharian.com.my/Thursday/BeritaUtama/20080703014858/Article/index_html
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=12029




Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...