Saturday, August 20, 2005
Norway 'Nansen"class ASW Frigate
Gambar: http://www.naval-technology.com/
Frigate class "Nansen" Norway dijangka akan mula digunakan pada April 2004 bagi menggantikan class "Oslo" yang mula dibina pada tahun 1966.Kontraktor utama pembinaan nya ialah Izar daripada Sepanyol dan Lockheed Martin dari AS.Missi utama frigate ini ialah untuk rondaan pencegahan kapal selam (ASW), tetapi ianya juga dilengkapi dengan senjata-senjata anti udara dan permukaan serta peralatan perubatan medan.Kepanjangan frigate ini ialah 4600 kaki dan mempunyai dua superstructure dan mempunyai kelajuan 27 knot. Selain itu ia juga berkemampuan membawa sebuah helikopter bersaiz sederhana seperti NH90 ASW Heli.Frigate "Nansen" ini juga dilengkapi dengan sistem senjata bersepadu yang berdasarkan sistem AEGIS berserta sistem anti kapal selam MSI2005F buatan Kongsberg Def System. Selain itu "Nansen" juga dilengkapi dengan Sagem Vigy 20 electro-optical & infra-red tracker.Persenjataan kapal ini terdiri daripada dua buah pelancar NSM Kongsberg yang terdiri dari empat tiub setiap satu. NSM Kongsberg menggunakan GPS dan panduarah Inertial selain infra-red terminal seeker. Jarak serangan ialah 160km.Bagi pertahanan udara, "Nansen" dilengkapi dengan sistem Mk41 Evolved Sea Sparrow Missile (ESSM) lancaran tegak dengan kekuatan 32 buah missile. Sealain itu ia juga dilengkapi dua buah sistem torpedo BAE System Stingray dan sebuah OTOBreda 76mm Super Rapid Gun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)
October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...
-
1865-Apr. 14 . U.S. Pres. Abraham Lincoln shot by John Wilkes Booth, a well-known actor with Confederate sympathies, at Ford's Theater i...
-
Oleh: Encik Syakirin bin Syaari( Lecturer University Of Science & Technology, Sana'a Yemen ) Khalid ibn Zayd ibn kulayb dari Banu Na...
No comments:
Post a Comment