Sunday, August 28, 2005

SOAL JAWAB: KONFLIK MALAYSIA DAN SINGAPURA (part 1)

…to preserve Singapore’s peace and security through the twin pillar of deterrence and diplomacy
- Major General G Y Siang, Republic Singapore Air Force [1]

Konflik antara Malaysia dan Singapura telah lama terjadi, secara tepatnya semenjak pemisahan Republik itu dari Malaysia, secara detail apakah sebenarnya konflik – konflik itu?

Antara isu – isu yang masih menjadi duri dalam daging dalam perhubungan Malaysia dan Singapura ialah;
1. hak pemilikan Pulau batu Putih
2. isu Buku bertajuk Defending the Lion City tulisan Tim Huxley
3. masalah perjanjian bekalan air Johor – Singapura
4. masalah pencerobohan ruang udara Malaysia, terutama di negeri Johor oleh pesawat tentera Singapura
5. Isu pencerobohan Pulau Pisang di Selat Melaka
6. isu penempatan semula tanah KTM di Singapura
7. isu Tambak Johor
8. isu penambakan tanah oleh pihak Singapura di Pulau Tekong
9. isu Central Provident Fund

Sumber:
1. Wahab, Zaharin Abd. Konflik Singapura & Malaysia – Satu kajian. http://www.danchan.com/weblog/rainman/114412
2. Kolesnikov, Sonia. Malaysia – Singapore water issue boiling. United Press International January 28, 2002. http://www.singapore-window.org/sw02/020128up.htm
3. Malaysia and Singapore: a conflict of insecurities. http://www.yawningbread.org/arch_2002/yax-268.htm


Mengenai isu yang melibatkan Pulau Batu Putih, secara detail apakah sebenarnya krisis tersebut?

Bagi menjawab soalan ini, kita perlu menyingkap sejarah awal mengenai Pulau Batu Putih (PBP) ini. PBP atau juga dikenali oleh Negara Singapura sebagai Pedra Branca yang bermaksud batu putih oleh bahasa Portugis merupakan sebuah pulau batuan kecil yang berada di Selat Tebrau (Johor) berhampiran Laut China Selatan. Ianya mempunyai keluasan 2,000 m². Menurut sejarah pada tahun 1583, ianya telah direkodkan oleh seorang pelayar Belanda yang bernama Johann van Linschoten, ia menulis bahawa PBP ini …where ships that come and go to and from China pass in great danger and some are left upon it. Dari tahun 1824 sehingga 1851, sekurang – kurangnya 25 buah kapal dagang tenggelam berhampiran PBP itu. Kemudian, pada tahun 1851, sebuah rumah api yang dikenali sebagai Horsburgh Lighthouse telah didirikan disitu oleh pihak East India Company. Nama rumah api itu diambil dari nama seorang pakar pemetaan Scottish bernama James Horsburgh.

Perlu diambil perhatian, pembinaan rumah api Horsburgh itu terjadi hanya dengan persetujuan Sultan Johor ketika itu, Sultan Hussain Mohd Shah. Baginda mengizinkan pihak Inggeris membina rumah api tersebut berdasarkan surat perjanjian antara Sultan Johor dan Kompeni Hindia Timur Inggeris bertarikh 25 November 1844. Dalam perjanjian tersebut, menggariskan antara lainnya, kerajaan Inggeris dan Singapura hanya diberi hak membina dan menguruskan rumah api tersebut. Tidak tersebut sekalipun dalam perjanjian itu tentang pemberian hak untuk pihak Inggeris dan Singapura memiliki pulau tersebut.

Sementara pihak Singapura pula menggunakan hujah yang Negara Malaysia tidak pernah mempertikai akan pendudukan rakyat Singapura ke atas pulau itu semenjak 130 tahun yang lalu sehingga lah pulau tersebut diletakkan di dalam peta Negara Malaysia pada tahun 1974. Singapura juga berhujah yang Malaysia juga tidak pernah menuntuk kedaulatan pulau tersebut semasa Singapura keluar dari Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1965. Laman web http://www.info.gov.sg/ juga menulis;

In 1953, the acting secretary of the Johore State government even issued a statement clearly saying that it did not claim Pedra Branca.[2]

Walaupun dari segi ekonomi, Pulau Batu Putih tidak menjanjikan apa – apa, tetapi dari segi strategi ketenteraan, Pulau Batu Putih merupaka satu titik penting yang mana ianya terletak pada laluan kapal, khususnya di laluan Selat Melaka, Selat Singapura dan Selat Johor. Majalah Perajurit edisi February 2003 menulis;

Dari aspek strategic, pulau itu (Pulau Batu Putih – Pen.) juga penting sama ada kepada Malaysia atau Singapura untuk dijadikan lokasi pengawasan keselamatan dan ketenteraan di samping pusat pengawasan dan pemantauan maritime. Dengan keluasan pulau yang membolehkan pendaratan pesawat kecil dan helicopter adalah begitu strategic dan ia amat sesuai untuk kegunaan ketenteraan. (ia juga sesuai untuk stesyen kawalan dan operasi unit UAV tentera – Pen.) Tentera darat boleh menggunakan pulau itu untuk pos kawalan manakala tentera laut boleh menggunakannya sebagai pangkalan kapal.[3]

Walaupun pihak Singapura mendakwa Malaysia Cuma meletakkan Pulau Batu Putih di dalam peta Malaysia pada tahun 1974, tetapi ada bukti mengatakan pulau itu telah tersenarai dalam peta Malaysia sejak tahun 1926. Status pulau itu kini telah diserahkan kepada International Court of Justice (ICJ) untuk dibicarakan hak nya. Pada 6 February 2003, Menteri Luar Singapura, Prof S Jayakumar dan rakan sejawatnya dari Malaysia, Dato’ Syed Hamid Albar telah menandatangani satu dokumen perjanjian untuk menyerahkan isu tuntutan kepulauan itu kepada ICJ.

Sumber:
1. Al – Haj, Amirullah. Pulau Batu Putih atau Preda Branca? Perajurit February 2003
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Pedra_Branca
3. Pedra Branca. http://www.info.gov.sg/ 22 August 2005
4. KL and S’pore file notices at ICJ on island row. Straits Times July 25, 2003. http://www.info.gov.sg/



Apakah dia yang disebut insiden RSS Courageous?

RSS Courageous (96) merupakan sebuah kapal peronda ASW milik Republic Singapore Navy dari kelas Fearless yang mengalami kemalangan sewaktu meronda di kawasan perairan berhampiran Pulau Batu Putih. Kejadian itu berlaku pada malam 3 January 2003 mengakibatkan empat orang anak kapal tersebut maut. Sebuah kapal dagang, ANL Indonesia yang seberat 52,000 ton dan berdaftar di Belanda terlibat dalam pelanggaran ini. Di masa kejadian RSS Courageous diperintah oleh Major Tang Yang Yong. Kerosakan teruk pada RSS Courageous memaksa ianya ditunda dermaga untuk pembaikan. Courageous merupakan sebuah dari 12 buah kapal peronda Fearless Class milik RSN. Enam daripadanya termasuk Courageous adalah dari jenis ASW. Ianya terdiri daripada Fearless (94), Brave (95), Courageous (96), Gallant (97), Resilience (98), Unity (99). Dibina menggunakan marine grade light alloy oleh Singapore Technologies Marine (ST Marine), ianya dikatakan antara kapal termoden dan terbaik dirantau ini. Kapal pertama dari kelas Fearless ditauliahkan pada awal tahun 1996 dan yang terakhir pada May 1999.

FAKTA MENGENAI FEARLESS CLASS PATROL VESSELS

Torpedoes
3x tubes 324mm B515 torpedoes launchers dari firma Whitehead Alenia dengan torpedo jenis A244S juga dari firma yang sama.

Missiles
Pelancar berkembar dari jenis Simbad untuk peluru berpandu anti udara Mistral yang di bekalkan oleh firma MBDA. Mistral berupaya mengekang ancaman jarak dekat dari pesawat udara, helicopter dan missile anti kapal musuh. Jarak hentaman sejauh 0.5 ke 5km, ianya dilengkapi dengan infrared seeker, berkelajuan 2.6 Mach dan 3kg warhead.

Bagi Fearless second – flight class (untuk anti permukaan) ianya dilengkapi dengan peluru berpandu anti permukaan dari jenis Gabriel II keluaran IAI. Dengan berat warhead sebanyak 100g, jarak hentamannya ialah sejauh 6 ke 36km dengan kelajuan 0.6 Mach.

Countermeasures
Shield III decoy launcher yang dibekalkan oleh BAE System. System penerimaan amaran radar pula dari jenis NS 9010C yang dibekalkan oleh firma Elisra Israel. Kapal – kapal ini juga menggunakan surface search and fire control radar dari jenis EL/M – 2228(X) yang menggunkan jalur E dan F keluaran firma Elta di Israel.

Bagi kapal – kapal ASW dari kelas ini pula dilengkapi dengan Thales Underwater Systems TSM 2362 Gudgeon hull – mounted medium frequency active sonar.

Propulsion
Fearless class vessels di lengkapi dengan dua MTU 12V 595 TE 90 diesel engines berpasang dengan ZF gearboxes. Enjin itu pula dilengkapi dengan Ship Control Monitoring and Management Systems (SCMMS). Ia juga dilengkapi dengan system waterjet berkembar dari jenis KaMeWa Sweden untuk tugas – tugas diperairan cetek.

Sumber:
1. http://www.naval-technology.com/project_printable.asp?ProjectID=1493
2. RSS Courageous nahas di Pulau Batu Putih. Perajurit February 2003. p 3
3. Perbandingan Asset Tentera Laut & Udara ASEAN. Tempur October 2003. p 11

Nota Kaki
[1] Major Gen. G Y Siang. Interview with Asian Defense Journal. Top Brass Interview. Asian Defense Journal February 1998. p 44
[2] Pedra Branca. http://www.info.gov.sg/ 22 August 2005
[3] Al – Haj, Amirullah. Pulau Batu Putih atau Preda Branca? Perajurit February 2003. p 13

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...