Wednesday, August 17, 2005

SEKADAR PENDAPAT

Saya setuju kalau org kata...
1. "Eleehh..... tak semua org yg sembahyang tu baik. Diorang ada jugak perangai buruk.Tgk cam si polan tu. Buat juga begitu dan begini walaupun dia sembahyang."
2. "Eleehh...tak semua orang gi masjid bebaik. Ada juga yang begitu dan begini walaupun dia selalu gi masjid."
3. "Bukan semua orang pakai tudung baik. Tgk tu yg pakai tudung pun boleh buat begitu dan begini walaupun dia bertudung."

Jadi saya pun terpanggil untuk menjawab antara "ungkapan2" di atas. Saya >petik dari kata-kata Ust. Haron Din dalam ceramahnya.
"Betul...tak semua org yg pakai tudung tu baik. TAPI betapalah lagi orang yang tak mahu pakai langsung-langsung. Kenapa..?? Sebab dia secara terang-terang melawan perintah & larangan Allah." (menjawab ungkapan 3)

Maka saya nak kaitkan tamsilan ustaz nih tadi utk situasi 1 & 2
1. Betul tak semua orang sembahyang/solah tu baik (e.g. perangainya). Ada juga terkadang2 buat atau terbuat perkara yg tak elok. TAPI betapalah lagi org yg tak mahu solah langsung-langsung. Terang2an dia itu melawan perintahAllah s.w.t.(Maaf cakap tapi inilah golongan fasik. Golongan yg tahu solah >itu wajib tapi dia tak mahu buat.)

2. Betul tak semua org yg pergi masjid tu baik (e.g. perangainya). Ada jugadi kalangan mereka yg berbuat atau terbuat sesuatu yg tak baik. TAPI betapalah lagi org yg takmo pergi masjid langsung-langsung. Terang-terangan>mereka mengabaikan galakan Rasul s.a.w utk org Islam solah di masjid

Sebagai tambahan.....SAYA dan kita2 semua perlu melihat:

1. Bahawa hebat mana pun ilmu agama seseorang tu dia ttp manusia biasa. Adamelakukan dosa ada kekurangan.
2. Dia mungkin bersolat tapi ada juga kemungkinan dia tidak khusyu' dalam solah dia. Dia tidak menghayati keseluruhan solahnya. Dia mungkin pergi ke masjid tapi dia mungkin ke masjid kerana dia ada jawatan di masjid itu.
3. Dia mungkin bertudung..tapi dia mungkin bertudung kerana itu peraturan sekolah (bukan datang dari kesedaran dia tentang kewajiban memakai tudung) atau dia beranggapan bahawa menutup aurat ini hanya untuk rambut sahaja so tak kisah kalau berT-shirt lengan pendek sahaja.
Akhirnya, bersangka baik (husnus zon) itu adalah perkara yg terbaik. Kita bukan mahu ikut Islam kerana seseorang @ makhluk. Tapi kerana Allah s.w.t. jua adanya. Bila kita "adore" someone yg baik atau kita consider alim then suddenly dia "tergelincir" dari agamanya takkan kita pun nak ikut "tergelincir"..??.
Dalam maksud kalau kita tgk org tu selalu solah dan jaga auratnya tetiba satu hari dia "buat perkara tak elok" takkan kita terus takmo solah dan takmo jaga aurat kita atas alasan dia yg kita "adore" pun dah jadi camtuh. Kita ikut siapa sebenarnya...??

Kesimpulan saya...
1. Saya wajib berusaha tetapkan yaqeen saya terhadap Islam tanpa berbelah bahagi sekalipun ada segelintir mencalarinya. Kerana bukan agama ciptaanNyayg cacat. Tapi kerana ada penganutnya yg kurang penghayatan.
2. Dakwah bermula dari keluarga saya sendiri (adehh..susah betul yg nih). Tapi kena usaha jugak. Insya Allah.
Yang baik dari Allah.Yang kurang dan lemah dari saya jua. Yang baik jadikan teladan yang kurang jadi sempadan.
Wallahua'lam.

From my E Mail Collections

To:
"Mazni Leman" , "KHG"
From:
"keledek 2001"
Date:
Tue, 16 Aug 2005 19:01:57 -0700 (PDT)
Subject:
[KembaraHutanGunung_KHG] Fwd: things to ponder

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...