Showing posts with label Catatan Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Catatan Peribadi. Show all posts

Monday, April 21, 2008

Catatan Semalam

21 April 2008
C7 Flat UTM 01:00 am

Time ni semua dah tido, Cuma aku jer yang x tido2 lagi. Semalam – aku OT lagi, tapi sebelum ke ofis, aku ke MMC untuk collect RM50.00 elaun mesyuarat KOTAMAS.

Cerita menarik dimana seorang ahli senat US berdarah Arab, James G Abourezk, South Dakota, mempermain lobbyist yahudi bernama David Brody;

Pada tahun 1974, dengan harapan untuk dilantik bagi mengisi satu jawatan kosong di dalam Jawatankuasa Kehakiman Senat, beliau memberi amaran kepada David Brody, seorang pelobi Anti – deformation League, jika dia tidak mendapat jawatan itu, dia akan berusaha mendapatkan kerusi dalam Jawatankuasa Perhubungan Luar Negara… “Brody akan sedaya upaya untuk menghalang saya masuk ke dalam Jawatankuasa Perhubungan Luar Negara dimana bantuan kepada Israel akan ditentukan. Saya berhutang budi kepada lobi yang membantu saya dilantik ke dalam Jawatankuasa Kehakiman Senat”,.. Perlantikan ini memberi kesempatan kepada Abourezk untuk membicarakan hal tentang hak milik Israel di Tebing Barat dan Gaza, sama ada ia sah dari segi undang – undang atau tidak, pada tahun 1977. “Ini adalah pembicaraan pertama – dan terakhir – tentang tajuk ini.” [1]

Begitulah kuatnya genggaman puak Yahudi pada politik US

Dalam buku Tentera dalam Politik karya Eric A Nordlinger aku tertarik akan satu ungkapan yang ditulisnya;

Pemimpin adalah orang yang boleh menentukan punca satu – satu masalah – sama ada teknikal, tentera atau social – dan orang yang bersedia membawa ke matlamat yang dikehendaki. [2]

Cuba kita lihat apa kata bekas Setiausaha Negara US, Dean Acheson mengenai ketua, katanya;

Strong men can accomplish a lot even with poor organization, but weakness at the top cannot be overcome by the best.” [3]

Hmmmm..Pak Lah ader nak komen aper – ape ke?

OK la mata dah ngatuk… esok malam kita sambung tulis lagi ekk


Chaloo…

**
Nama yang disebut dalam tulisan hari ini:
James G Abourezk – Ahli Senat US dari North Dakota
David Brody – Pelobi Yahudi dari Anti – Deformation League
Eric A Nordlinger
Dean Acheson – Setiausaha Negara US
Pak Lah - PM Malaysia

Nota Kaki
[1] Findley, Paul. Mereka Berani Bersuara. Trans. Media Indah Sdn. Bhd. K Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, 1993. Hal. 121 – 122
[2] Nordlinger, Eric A. Tentera dalam Politik: Kudeta dan Kerajaan. Trans. Ghazali Mayuddin. K Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, 1986. Hal. 167
[3] Vitullo – Martin, Julia, and J Robert Moskin. Executive’s Book of Quotations. New York: Oxford UP, 1994. Hal. 162

Friday, April 18, 2008

Kutipan dari pembacaanku


Percaya atau tidak, bekas Setiausaha Negara US, Collin Powell pernah bertindak sebagai penggerak Kerajaan US dalam menyokong golongan Contra menentang puak Sandinista di Nicaragua, petikan dalam buku beliau, My American Journey;
Working with Jose Sorzano and two White House legislative aide, Dave Addington and Alan Kranowitz, I became the chief administrative advocate, trying to win enough congressional support to keep contras afloat. [1]


Apa dia Reign of Charlemagne (768 – 814)
Greatest ruler of Western Europe during the Dark Ages; reunited much of western Europe; brief period of peace and cultural revival. [2]


Ketika membaca buku karya Alvin Toffler yang bertajuk Future Shock: The Third Wave aku tertarik akan salah satu tulisannya yang berbunyi:
… our demands on the planet are escalating wildly. As result the biosphere is sending us alarm signals – pollution, desertification, sign of toxification in the oceans, subtle shift in climate – that we ignore at the risk of catastrophe. [3]


Bercerita tentang teknologi, elok aku perturunkan salah satu tulisan yang aku baca dari buku The Last Mile tulisan Jason Wolf dan Natalie Zee, tulis mereka;
Of all the broadband technologies that are competing with one another, wireless is my favorite. The Technology is simple: Hook a cell-phone type device in your computer, place a call to your Internet Service Provider (ISP), and you are connected to the Internet from anywhere. Beside ability to roam and still be connected, you also won’t have to deal with ugly wires everywhere. [4]


Cerita tentang politik gak best…. Maklumlah lepas – lepas PRU12 ni…

Pengundi luar, ugutan samseng, salahguna media massa oleh parti pemerintah bagi menakutkan pengundi dan sebagainya – semua ini menghancurkan dan mereputkan system demokrasi di Malaysia. [5]

As Malaysia, I am truly fed up with all this back – stabbing and bickering in Umno. There are greater issues that need to be address. They should focus on running the country instead of wasting time jockeying for power…[6]

End Note
[1] Powell, Collin, and Joseph E Persico. My American Journey. New York: Ballantine Books, 2003. Hal. 328
[2] Horowitz, Sidney, PhD. World History. New York: Collier Books, 1963. Hal. 13
[3] Toffler, Alvin. The Third Wave. New York: Bantam Books, 1981. Hal. 235
[4] Wolf, Jason, and Natalie Zee. The Last Mile: Broadband and the Next Internet Revolution. New York: McGraw – Hill, 2001. Hal. 28
[5] Rasiah, Mohanarani. Skandal Pengundi Hantu di Sungai Siput. Ipoh, Perak: Alaigal, 2004. Hal. 37
[6] New Straits Times, April 17, 2008. Hal.1

Sunday, January 27, 2008

Catatan Semalam

26 January 08
Sabtu

Busy day!!!
Today event:
edaran slip pengundi
kerja kawin Amar
Demo Protest KLCC
Hi Tea Pemuda bersama Ust Nik Abduh Nik A Aziz
Futsal UPM HK
support demo di IPK KL

qiam di Pejabat Pemuda 5am – earlier tidur di Bilik Gerakan Pemuda Hulu Kelang

Pagi – pagi dah bertugas sebagai Unit Keselamatan bagi program edaran slip pengundi DUN HK bersama dgn petugas IPTA.

Jam 4 petang ke perkarangan Pejabat Kawasan PAS Gombak, prog Hi Tea bersama Ustaz Nik Abduh Nik Aziz

Perkhabaran terbaru, Dr Hatta, Ust Badrul Amin, Mat Sabu, Dr Zul dan 50 org lagi ditahan di IPK KL kerana berdemo di KLCC

Malam – ke rumah Kak Bid, hantar ibu dan baby ke sana coz malam ni aku nak ke MTD, ada games futsal besama dengan sahabat2 UPMHK.

Habis games, ke IPK KL, buat support demo untuk tahanan yang ditahan oleh polis. Di sana berjumpa dengan A Yazid, Shafizzal dll.

Balik rumah hampir 2 am 27 jan -08.

Pemerintah berterusan menzahirkan sikap tidak konsisten ketika
Berhadapan dengan isu kebebasan berhimpun dan berpersatuan pada tahun 2007. takkala sebahagian demonstrasi yang melibatkan isu yang tiada kaitan dengan kerajaan dibiarkan, demonstrasi yang mempersoalkan kebijaksanaan dasar – dasar kerajaan akan ditekan secara GANAS. [1]



27 januari 08
Ahad
0900 malam

Jika saya yakin sesuatu itu betul, sesuai dengan jiwa saya dan diredhai Alllah maka saya akan laksanakannya walaupun mendapat tentangan daripada semua orang. [2]
- Suhaizan Kayat, PAS Youth Information Chief


Busy day juga hari ni, dari pagi sehingga petang ada program.

Bermula 8 pagi ke rumah kak Bid, sarapan di sana kemudian ke MTD Hulu Kelang, berkumpul untuk ke rumah Helmizan di Kelang Gates. Di rumah Mizan till jam 12 t/hari kemudian kembali ke Bilik Gerakan pemuda HK di MTD HK


Kemudian petang ke Pudu Jails dengan Misri, Yazid – show support to our leader’s yang di tahan di sana
Maklumat mengatakan mereka akan ditahan sehingga esok

Balik dari Pudu jails jam 6 kemudian ambil ibu di rumah Kak Bid kemudian balik ke rumah – tidurrrr

Malam, so far tiada activity lagi, rilex di rumah coz esok kerja seperti biasa.

CHECK LIST MINGGU DEPAN

28 January (Isnin) – Santai Pemuda di Flet UTM
29 januari (Selasa) – Mesyuarat MTPPG
30 januari (Rabu) – Motivasi PRU UPU Tmn Sepakat

End Note
[1] Malaysia: Laporan Hak Sivil & Politik 2007 – Tinjauan Umum. SUARAM. Hal 21
[2] Suhaizan Kayat. Interview with Roy Rasul. Harakah. February 1 – 15, 2008. Hal. 7

Sunday, December 23, 2007

US Intelligence is Tapping Indonesian Phones: Detachment 88, Kopassus Get Covert US Aid

by ALLAN NAIRN (http://www.newsc.blogspot.com/)

US intelligence officers in Jakarta are secretly tapping the cell phones and reading the SMS text messages of Indonesian civilians.

Some of the Americans work out of the Jakarta headquarters of Detachment 88, a US-trained and funded para-military unit whose mission is described as antiterrorism, but that was recently involved in the arrest of a West Papuan human rights lawyer.

The Papuan lawyer, Iwangin Sabar Olif, was seized by police and Detachment 88 on the street and later charged with "incitement and insulting the head of state" after he forwarded SMS text messages that criticized the Indonesian armed forces (TNI), as well as the President of Indonesia, Gen. Susilo Bambang Yudhoyono. (West Papua is a restricted-access region where Indonesian forces have been implicated in rapes, tortures, kidnappings, assassinations, mass surveillance and intimidation.)

The information on the US surveillance program is provided by three sources, including an individual who has worked frequently with the Indonesian security forces and who says he has met and formally discussed their work with some of the American phone tappers, as well as by two Indonesian officials who work inside Detachment 88.

The first source says that the he was told that the Americans are employees of the US CIA (Central Intelligence Agency), but it could not be confirmed whether they work for the CIA or other US agencies. He says that through his work he has observed that these US intelligence specialists help run a sophisticated wiretapping network that uses much new US equipment

Untuk selanjutnya sila click di sini

Apa yang pentingnya adakah di sini juga begitu?
Apakah isu keselamatan bisa mengatasi hak asasi seseorang?
... entahlah

Thursday, November 22, 2007

Skandal Heli Mi 171 PDRM


Secara keseluruhannya, terdapat beberapa kelemahan dalam perolehan helikopter Mi-171 ini. Kedua-dua helikopter Mi-171 yang dibeli dengan harga RM117.75 juta tidak dapat digunakan oleh Unit Udara PDRM kerana ia tidak dapat didaftarkan sebagai pesawat awam oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia memandangkan helikopter tersebut tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan [1]. Kedua-dua helikopter berkenaan kemudiannya telah diserahkan untuk kegunaan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Penyerahan helikopter kepada Jabatan ini telah memberikan implikasi yang berikut :-


a. PDRM tidak dapat menjalankan tugas mencari dan menyelamat kerana helikopter yang sedia ada tidak mempunyai keupayaan untuk menjalankan fungsi ini dengan berkesan. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan telah meluluskan peruntukan pembangunan berjumlah RM272 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk membeli 8 helikopter pelbagai saiz.


b. Kerajaan telah membelanjakan RM4.37 juta untuk melatih anggota Unit Udara Bomba Dan Penyelamat bagi mengendalikan helikopter Mi-171 sedangkan sebelum itu telah membelanjakan RM15.37 juta untuk melatih anggota Unit Udara PDRM bagi tujuan yang sama. Sejumlah RM4.37 juta tersebut dapat dijimatkan sekiranya anggota Unit Udara Bomba Dan Penyelamat diberi latihan oleh anggota Unit Udara PDRM.


c. Peralatan sokongan helikopter Mi-171 bernilai RM13.72 juta tidak diserahkan kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Lanjutan daripada ini, Jabatan terpaksa membelanjakan RM28,500 bagi setiap satu flight helmet untuk kegunaanjuruterbang dan krew pesawat daripada Syarikat Makmur Semenanjung Sdn. Bhd. sungguhpun helmet berkenaan telah dibekalkan semasa perolehan helikopter[2]


TERHAD

Mi-171 dengan harga RM19,000 bagi setiap satu. Ini menunjukkan Kerajaan perlu menanggung lebihan perbelanjaan berjumlah RM0.29 juta untuk membeli 30 flighthelmet. Manakala ketiadaan Leo II-A3 Forward Looking Infra Red telah menghadkankeupayaan Unit Udara Bomba Dan Penyelamat untuk beroperasi pada paras optimum. Unit ini terpaksa melaksanakan operasi/latihan biasa tanpa menggunakan teknologi terkini yang canggih. [3]


Sumber:
http://cuitsikit.blogspot.com/2007/09/audit-yang-tidak-dilapor-oleh-nst-dan.html

Laporan Audit Agensi Keselamatan: senjata kelas pertama – minda di takuk lama.Tempur. Nov 2007, halama 13 – 15

www.kazanhelicopters.com/index.php - spesifikasi heli Mi – 171


Nota kaki
[1] Unit Udara PDRM ditubuhkan pada 1979 sebagai satu organisasi penerbangan awam. Pemilihan pesawat helicopter Mi – 171 buatan Russian (Kazan Helicopter Plant JSC) tidak dapat diluluskan piawaian nya oleh International Civil Aviation Org kerana ianya bukan pesawat awam dan ianya telah dimaklumkan kepada PDRM oleh DCA pada tahun 2000)
[2] Helmet asal masih disimpan oleh pihak PDRM
[3] Asset FLIR tersebut masih disimpan oleh PDRM walaupun heli tersebut telah diserahkan kpd Jab Bomba, walaupun asset itu tidak digunakan oleh pesawat2 lain dlm inventory PDRM

Saturday, October 27, 2007

Renungan...

Renungkan lah...

1. Menteri Pertanian Britain pada tahun 1954, Sir Thomas Dugdale meletak jawatan kerana ada diantara pegawai kanan di jabatan beliau yang menyelewengkan penjualan tanah di Crichel Down berdekatan Dorset walaupun tanpa pengetahuan beliau, beliau tetap mengambil tanggungjawab penuh untuk meletak jawatan.

2. pada tahun 1982, Lord Carrington, Setiausaha Luar Britain meletak jawatan kerana tidak berupaya mengelakkan tercetusnya krisis Falkland Island antara Britain dan Argentina. Dua orang Menteri Rendah, H. Atkins dan R Luce turut mengambil tindakan yang sama.

Sumber: The Business of Government by J Denis Derbyshire: Chambers Commerce series, Edinburgh. 1987.

militia

military organization composed of citizens enrolled and trained for service in times of national emergency. Its ranks may be filled either by enlistment or conscription. An early prototype was the national militia developed by Philip of Macedon. However, the modern concept of the militia as a defensive organization against invaders grew out of the Anglo-Saxon fyrd. The militiaman, in times of crisis, left his civilian duties and became a soldier until the emergency was over, when he returned to his civilian status. Militias persisted through the Middle Ages, especially in England, Italy, and Germany; after the rise of large standing armies they declined. In America, however, militias survived. The Military Company of Massachusetts was the first militia organization in America and was followed by similar groups in the other colonies. Local control and voluntary service prevailed. Although the militia was valuable throughout the American Revolution, it proved undependable in the War of 1812. Therefore, no militia forces were used in the Mexican War. However, during the Civil War, when manpower needs were greater, both sides resorted to the use of militia. After World War I, state military units were established under the term National Guard . In other countries the militia is known generally as the special reserve or the territorial reserve.

In 1995 the bombing of Oklahoma City's federal building focused national attention on self-appointed “militias” or, as they often call themselves, “Patriots.” These armed, typically rural and predominantly male organizations, many of which are in Western states, have a membership largely consisting of a mix of survivalists, white supremacists, gun-control opponents, “Christian Identity” adherents, and others adamantly opposed to most involvement of the federal government in the daily lives of U.S. citizens. Many in the militia movement were particularly angered by the FBI siege at Ruby Ridge, Idaho (1992), the destruction of the Branch Davidians at Waco, Tex. (1993), and the passage of the Brady Bill handgun control legislation (1993); these events spurred the further growth of the American militia movement in the 1990s.

Bacaan lanjutan
1.Militia movement: prescription for disaster.(Cover Story) Date: 01/01/1996; Publication: USA Today (Magazine); Author: Halpern, Thomas Rosenberg, David Suall, Irwin
2.Militias: initiating contact. Date: 07/01/1997; Publication: The FBI Law Enforcement Bulletin; Author: Duffy, James E. Brantley, Alan C. ;
3.The Rise of the Militias, Daniel Junas; Covert Action Quarterly. No.52, 1995

Wednesday, September 19, 2007

Tazkirah Ramadhan

Ketika membaca Surah A-Ala (Surah 87) [1] aku terjumpa pada jawapan perlu atau tidak tazkirah semasa Tarawih.

Seperti yang dimaklumi, Selangor melarang jemaah di negerinya melakukan Tazkirah semasa solat Tarawih dan mengarahkan solat Tarawih diadakan 20 rakaat tanpa Tazkirah [2]

Ayat 9 surah A – La menyebut:
Oleh itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat – Allah telah mengarahkan memberikan peringatan/ nasihat/ tazkirah kerana pekara itu bermanfaat.

kemudian Allah menyatakan hanya orang yang takut (beriman) kepadanya sahaja yang menyukai majlis – majlis tazkirah ini (orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran) Surah A –La: 10

Dan Allah secara terang menyatakan orang yang tidak menghendaki/ melarang atau benci kepada majlis – majlis ilmu/ tazkirah/ nasihat ini merupakan orang – orang yang celaka (kafir) sepertimana yang disebut dalam ayat ke 11 Surat A – la, maksudnya;
Dan orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya.

Dan Allah swt melaknat mereka di dalam ayat ke 12 & 13 yang bermaksud;
(iaitu) orang yang akan memasuki api yang besar (neraka) {ayat 12)
Selanjutnya dia di sana tidak tidak mati dan tidak (pula) hidup {ayat 13}

Sementara dalam Tafsir Mahmud Yunus beliau mengulas:

Firman Allah: Berikanlah peringatan dan pelajarann dengan Al – Quranini, kerana peringatan itu bermanfaat. Peringatan itu akan diterima oleh orang yg takut akan Allah. Hanya orang yang menolaknya ialah orang – orang yang celaka dan kafir, iaitu orang – orang yang akan masuk ke neraka yang terbesar.[3]

End Note
[1] Rujuk Al – Hikmah: Al – Quran & Terjemahannya, terbitan CV Pernerbitan Diponogoro
[2] Rujuk http://www.selangordaily.com/modules.php?name=News&file=article&sid=1826
[3] Rujuk: Prof. Dr H Mahmud Yunus. Tafsir Quran Karim. Singapore: Basheer Ahamed, 1979. hal. 899

Wednesday, July 25, 2007

Minggu yang sibuk

23 Julai 2007
- Usrah DUN Hulu Kelang
- XPDC Dakwah UPM DUN Hulu Kelang ke Taman Permata & Taman Melawati
"Merakyat Perjuangan Melalui XPDC Dakwah "

24 Julai 2007
- Lawatan DPP Kawasan Gombak ke DPP Kawasan Selayang di Pejabat PAS Kawasan Selayang

LAWATAN MAHABBAH TINGKAT SEMANGAT
PEMUDA


Selayang - 24Julai 2007, Lawatan Mahabbah Dewan
Pemuda PAS Gombak ke Dewan Pemuda PAS Selayang hari ini amat bermakna bagi
kedua-dua belah pihak. Deligasi daripada Ahli Jawatankuasa DPPK Gombak di ketuai
oleh Ust Hasbullah Mohd Ridzwan selaku Ketua Pemuda dan disambut oleh Ahli
Jawatankuasa DPPK Selayang yang diketuai oleh A. Zaidi Abd Talib. Pertemuan
yersebut berlangsung di Pejabat PAS Kawasan Selayang.
Ust Hasbullah dalam ucapan
aluannya bersyukur kerana dapat bertemu dengan saf kepimpinan DPPK Selayang.
Ucapan tahniah juga kepada DPPK Selayang kerana memenangi DPPK terbaik dalam
Selangor.


Bagi DPPK Gombak program ziarah atau deligasi mahabbah merupakan
amalan biasa dalam rangka memperkasakan parti dan menimba pengalaman dari orang
lain, terutamanya DPPK yang terbaik dalam negeri atau negara. Disamping
merapatkan ukhuwah, peluang bertemu semestinya dipergunakan untuk mempelajari
rahsia kecemerlangan dan kekuatan yang ada dalam kawasan tersebut.


Bagi Ketua DPPK Selayang, A. Zaidi Abd Talib, kunjungan daripada DPPK Gombak adalah satu
peluang yang baik untuk beramah mesra dan berkongsi pendapat atau pengalaman.
DPPK Selayang juga banyak belajar daripada DPPK Gombak dalam usaha memperkasakan
pemuda dan organisasi tambahan pula kawasan yang berjiran. Baginya setiap
kawasan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, kelebihan-kelebihan yang ada
mendorong kearah kemajuan dan kekurangan ditampung dan dibaiki bersama.


Apa yang penting dalam pertemuan tersebut ialah kesepakatan dan kesungguhan parti
khususnya Dewan Pemuda untuk berhadapan dengan pilihanraya akan datang. Pemuda
perlulah menjadi penggerak dan sayap kanan parti dalam usaha menumbangkan BN.
Sebarang peluang kerjasama yang wujud perlulah digunakan dan digembelengkan
bersama dalam menghadapi pilihanraya akan datang.


Berita oleh :Lajnah Penerangan, Informasi dan
Komunikasi Dewan Pemuda PAS Kawasan Gom
bak


25 Julai 2007
- Usrah Cawangan & UPU DUN Hulu Kelang
- Mesyuarat AJK Persiapan Air, Prog walimah anak Dr Hatta Ramli


26 Julai 2007
- Pertemuan kerja antara Unit Pengundi Muda PAS Hulu Kelang dengan AMK Hulu kelang

27 Julai 2007
- Jamuan Meraikan petugas - petugas Prog Walimah Anak Dr Hatta Ramli

28 Julai 2007
- Majlis Walimah anak Dr Hatta Ramli (bertugas sbg urusetia minuman)

29 Julai 2007
- Program penculaan pilihanraya
- Mesyuarat AJK Induk Himpunan Pemuda Hulu Kelang

Friday, May 11, 2007

Gombak Amal Youth Club U13 Football Team


Malam tadi aku menghadiri pelancaran Gombak Amal Youth Club U13 Football team di PASTI Furqan, Kampung Nakhoda.
Pasukan yang dibimbing oleh Saudara JB mempunyai hampir 22 orang pemain yang rata - rata di bawah umur 13 tahun.
Majlis malam tadi dirasmikan oleh Ustaz Hasbullah selaku Penasihat Amal Youth Club, Gombak. Pasukan yang baru ditubuhkan dalam masa dua bulan ini kerap melakukan perlawanan persahabatan dengan pasukan - pasukan U13 setempat dan semakin mantap hasil perlawanannya.
Memetik kata - kata Ustaz Hasbullah, ahli sukan yang baik merupakan mereka yang sihat fizikal dan pemikiran mereka.
Majlis diakhiri dengan majlis jamuan ringan.

Monday, May 07, 2007

Catatan Semalam

April 29, 2007 Ahad
10:10 pm B10 Flet UTM

Hujan mula turun di Hulu Klang, time ni ibu dan baby dah tidur. Aku pun macam nak tidur sebab keletihan, maklumlah hampir seminggu berkempen di Ijok. Last – last kalah jugak.

Tak kala mengimbau tentang kenangan seminggu di Ijok tu, aku teringat tentang betapa megahnya para pembesar Negara yang begitu angkuh memperkuda segala jentera kerajaan tanpa segan silu untuk berkempen bagi parti mereka.

Kereta – kereta Kementerian, Jabatan waima University – university juga tidak ketinggalan turut serta digunakan oleh jentera pilihanraya mereka.

Pak – pak menteri begitu akrab dan mesra kepada rakyat sekitar ketika itu. Tetapi bila sudah menang sekarang, harap – harap jangan lah mereka lupa jalan ke pekan Ijok lagi

Ketika membaca buku bertajuk Hadith 40 karya Imam Nawawi, aku tertarik akan perilaku dan sahsiah Imam Nawawi seperti yang ditulis dalam buku tersebut;

Kehidupannya sehari – hari adalah sekadar memelihara kesihatan badanya. Makan minumnya sehari semalam hanya sekali. Masa selama duapuluh empat jam digunakan sebahagian besarnya kepada bakti dan khidmat suci terhadap penyebaran dan perkembangan ilmu pengatahuan agama Islam. Pendek kata beliau tidak sangat menghiraukan soal makan, minum dan pakaian serta perhiasan… dan beliau tidak suka kepada makan buah – buahan kerana mengelak daripada mengantuk yang menganggu tugasnya sehari – hari. 1

Berbalik tentang menteri – menteri dan pembesar kita sekarang, maka apakah ada sedikit atau banyaknya persamaan mereka dengan Imam Nawawi ini?

Mata aku pun dah bertambah berat, masa untuk beradu lah pulak. Moga – moga esok mentari akan bersinar kembali. Amin…(Catatan orang tengah frust, belum menang di Ijok heheheh)

Nota Kaki
1 Imam Nawawi. Hadith 40: Terjemahan & Syarahnya. Trans. Ust Mustafa A Rahman. Selangor: Dewan Pustaka Fajar, 2005. Hal 44

Monday, April 16, 2007

Catatan Semalam

14 April 2007
Aku tiba di KL dari Kulim Hi Tech jam 4.30 pagi. Kereta Doc rosak plak di Jalan Raja Laut tak jauh dari Pejabat Agung. Jalan kaki le ke Pejabat, kemudian naik taxi A Aziz ke Opis aku untuk mengambil kereta aku yang aku latak di sana petang semalam.

Aku ke Kulim sebab escort Doc yang kena berceramah di sana. Bertolak from KL pada 13 April, dalam pukul 5 ptg. Sampai di Kulim jam 8.30 malam, selesai makan, program ceramah pun start di surau yang berhampiran (lupa nama taman tempat ceramah tu)...
Sempat beli senaskah buku:
CN al - Afghani. Tangisan di Bumi Kashmir. Baling, Kedah: Corak Memali, 1998 (RM2.00)

Ceramah tamat jam 11 mlm, lepas minum2 kami pun berangkat pulang ke KL.

Jam 9, aku dan isteri serta Izzatul dan K Mur ke Tesco Ampang. Shopping barangan rumah dan makan T/hari di rumah K Mur

Sebelah malam ke TM, sebab bertugas di Ceramah Perdana di sana. Habis ceramah kena susun dewan untuk program AGM Pas Kawasan Gombak esok hari till 1 pagi.


15 April 2007

Pagi - pagi dah ke TM, sebagai perwakilan DPPG ke AGM Pas Kawasan Gombak di TM hari ni. Perasmi nya ialah YAB Tuan Guru Datuk Haji Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan merangkap Menteri Besar Kelantan.

Perubahan pucuk pimpinan Kawasan di mana, YDP masih lagi diterajui oleh Dr Hatta Ramli, sementara Tim YDP pula diamanahkan kepada Cikgu Radzi, menggantikan Ustaz Sallahudin Nasir. Ustaz Zakaria Mamat pula dipilih sebagai Naib YDP yang baru menggantikan Cikgu Radzi.

pembelian buku
Saari Sungip. Ed. Penerangan Menjana Perubahan: Gombak bermaklumat menuju Kemenangan. Gombak: Pas Kawasan Gombak, 2007 (rm10.00)

Malam - pergi makan malam di rumah K Mur, balik ke Flat UTM jam 10malam dan tidur awal.

Thursday, April 12, 2007

Catatan Semalam

April 11, 2007 Rabu
01:41 am B10 Flet UTM

Baru terjaga dari tidur, tidur awal semalam. Semalam hari yang paling banyak aku keluar duit.
[a] Payment untuk road – tax dan insuran kereta JGY836. RM400.00 kepada Asmadi - via maybank2u
[b] Bill Syabas – RM 6.27 – via Maybank2u
[c] Renew Lesen memandu aku till 21 Apr 2008 RM32.00 di Pejabat Pos KLP

Call Produa Service Center buat appointment untuk service JGY836 pada 21 April 2007 – Sabtu, 8.30 am

Sms kepada anggota JPC Flet UTM mengenai Usrah UKJ yang akan diadakan di Markaz UPU Taman Sepakat, pada Isnin 16 April 2007 – 9.30 malam. Cadang nak upah A Salim buat makanan, mungkin nasi goreng dan air batu. Anggaran 20 pax. Sebab malam tu mungkin ada Ustaz Zakaria Mamat datang untuk kupasan isu Salafi vs. Wahabi

Sms dari Rosdi, Ketua Jabatan Amal Gombak – minta bertugas pada hari AGM Pas Kawasan Gombak – reply, boleh bertugas Cuma tiada uniform sahaja.

Tertarik akan kata – kata Ezam Mohd Noor yang ditemuramah oleh wartawan Malaysia Today, Zukifli Mohammad ketika ditanya tentang isu perletakkan jawatan beliau dari semua jawatan di dalam Parti Keadilan;

Bagi saya focus dan keutamaan itu kena betul. Focus sekarang ialah agenda besar. Dalam muafakat, ada pekara yang boleh ketepikan, kita ketepikan dulu. Dalam keadaan sebenarnya (sekarang) muafakat lebih penting.
Mengapa parti ini tidak melaung – laungkan perpaduan. Mengapa istilah perpaduan tidak ada dalam Parti Keadilan? Padahal kalau kita hendak berperang. Kita kena berpadu… [1]


Perkembang lain pula, Sdr Anwar Ibrahim dilaporkan akan kembali bertanding dalam Pilihanraya Umum di Malaysia, beliau dipetik oleh akhbar on – line Houston Chronicle sebagai berkata;

I have decided to re – enter the foray [2]

Footnote
[1] M Ezam M Noor. Interview with Zulkifli Mohammad. Malaysia Today. 10.04.07. http://www.gerakmalaysia.org
[2] http://www.chron.com/disp/story.mpl/ap/world/4699213.html

Tuesday, April 10, 2007

Catatan Semalam

Masih belum boleh tidur lagi, perut masih kenyang lagi agaknya. Malam tadi Usrah UKJ di Bilik Gerakan Cawangan Klang Gate. Pergi ke sana tumpang Ammar. Tunggu Ammar di MTD H Klang.
Perancangan Usrah akan datang di Flet UTM pada 16 April 2007. berbicara tentang Usrah ni, teringat aku akan kata – kata al Ustaz Mustafa Masyhur yang dipetik oleh Abu Urwah dalam bukunya Risalah Usrah Jld. 1, antara tulisannya;

Usrah merupakan wasilah yang paling penting dalam usaha pembinaan jamaah. Dalam usrahlah dapat disempurnakan pembinaan individu muslim yang memiliki aqidah yang betul, ibadah yang sah, akhlaq yang kontan, pemikiran yang berilmu pengetahuan, tubuh badan yang gagah, urusan yang teratur, melatih menjaga waktu, bermanfaat untuk orang lain dan sentiasa mujahadah terhadap diri sendiri.[1]

Usrah secara tidak langsung mengajar kita berkerja secara berorganisasi atau tanzim, atau dengan kata lain secara teamworks. Fathi Yakan dalam bukunya Tasawwur Asasi Gerakan Islam amat tidak bersetuju dengan langkah sesetengah kita yang cuba menegakkan Islam dengan cara tidak berorganisasi (bertanzim, atau berjemaah), tulisnya;

Setiap kerja sekalipun kecil dan rendah tidak dapat dijamin kejayaannya sekiranya tidak diatur. Banyak tenaga yang hilang dan musnah tanpa tanzim (organisasi), sementara kerja yang sedikit tetapi tersusun telah menghasilkan kejayaan yang luar biasa. [2]

Balik dari usrah, minum ramai – ramai di Restoren depan MTD HK, makan kwee teau, tu yang tak boleh tidur lagi sampai sekarang kot. Mengah…

Kita renungkan kata – kata Ahmad Ibrahim Abu Sin dalam bukunya Pengurusan dalam Islam;

Pengurusan merupakan aspek yang paling penting dalam kepimpinan pengurusan. Malah ia merupakan langkah pentadbiran yang pertama. [3]

Nota kaki
[1] Abu Urwah. Risalah Usrah. Jld. 1. K Lumpur: Pustaka Salam, 1986. Passim
[2] Fathi Yakan. Tasawwur Asasi Gerakan Islam. Trans. Ustaz Ibrahim Embong. Selangor: Dewan Pustaka Fajar, 2004. Hal 6
[3] Ahmad Ibrahim Abu Sin. Pengurusan dalam Islam. Trans. A Rashid Ngah, and Jusoh Kadir. K Lumpur: DBP, 2002. Hal 111

Thursday, April 05, 2007

Dah kene daftar la pulak...

Menurut akhbar The Star versi web, melapurkan bahawa Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Kommunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansur bercadang untuk mewajibkan para blogger yang berdaftar pada host tempatan didaftarkan kepada kementeriannya.

Langkah ini bertujuan untuk mengawal dan memantau para blogger supaya tidak menyebarkan khabar angin atau fitnah di dalam blog - blog mereka.

Aku tertarik akan kata - kata YB Lim Kit Siang (DAP), ketika membidas cadangan Timbalan menteri terbabit, katanya;

“They should be educated on the vast benefits of blogging, which will help them to interact more with the people. Many politicians overseas already have their own blogs,”

Semetara itu, Marina Mahathir pula menambah;

“is just going to make Malaysia look ridiculous in the eyes of the world.”





Sumber: http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/4/5/nation/17357132&sec=nation

Feed back from TheStar: http://feedback.thestar.com.my/view/default.asp?fid=21

Friday, March 30, 2007

Catatan Semalam

08: 05 am Ibusawat Bintang

Di Ofis, malam tadi mak dan Abg Omar datang ke rumah on the way balik ke Muar. Terpaksa tunggu Izzatul tidur dahulu baru mereka boleh balik, sebab Izzatul merengek nak ikut. Semasa pergi kerja pagi tadi, poster kuliah Ustaz farhan pada 30 Mac di Surau Flet UTM dah siap ditampal di tangga flet.


10:00 am Ibusawat Bintang

Tertarik akan tulisan Brian Yap dalam column Just Saying pada akhbar New Straits Times hari ini, beliau menulis;

Having a fixed date every five years seems a better option than having the public, political parties and the Election Commission plays this guessing game that is neither productive nor conducive to a fair election. [Rujuk: Yap, Brian. If you can legally vote here, you are Malaysian. Dlm. New Straits Times. March 28, 2007. Hal 25]

Beliau menulis lagi;

…some people, for instance, like to equate PAS with the Taliban, I find that a ridiculous notion. After all, the party has consistently taken part in elections even before Merdeka.

Maknanya sdr Brian Yap ini juga menolak idea menyamakan PAS seperti Taliban, itu orang non – Muslim, orang Islam bagaimana?


02:19 pm Ibusawat Bintang

Masih di office, baru lepas update & rebranding blog aku di www.rainman2.blogspot.com Bagi warna baru, tukar setting dan update articles walaupun cut and paste aje.


04:30 pm Ibusawat Bintang

Attend job di BTS, masa balik singgah di Border Books Store dan beli senaskah buku;

The Rough Guide History of Egypt karya Michael Haag. (RM 15.90). antara buku termurah yang boleh didapati di Borders, itupun di segment bargain.


09:55 pm Markas UPU Tmn Sepakat, Flet UTM

Usrah UPU malam ni, tapi menurut Shahruddin, batal sebab esok ada Usrah Gabungan DUN di MTD Hulu Klang. Cuma aku, Abang Aziz dan Abang Osman je yang hadir termasuk Pyan, anak abang Aziz. Lepas usrah pekena nasi goreng di Taman Sepakat.

Sedang membaca buku The Rough Guide History of Egypt karya Michael Haag. Tertarik akan kata – kata Lieutenant Khaled Islambouli, anggota tentera Mesir yang membunuh President Mesir, Anwar Sadat pada October 6, 1981. katanya;

I killed him but I am not guilty. I did what I did for the sake of religion and of my country. I killed the pharaoh. [Rujuk: Haag, Michael. The Rough Guide History of Egypt. London: Rough Guide Ltd., 2003. Hal 380]

Thursday, March 29, 2007

Senarai pembelian buku – buku pada tahun 2007 (setakat 29 March 2007)



1. Short, Martin. Crime Inc.: The Story of Organized Crime. London: Thames Methuen, 1988
2. Syaikh Mahmud Syakir. Ensiklopedi Peperangan Rasulullah SAW. Trans. Abdul Syukur A Razzaq. Jakarta: Pustaka al – Kautsar, 2005.
3. Barnes, Stuart. Ed. Football Annual: 2006 – 2007. London: Collins Harper Publishers, 2006.
4. Bird, Isabella. The Golden Chersonese: The Malayan Travels of a Victorian Lady. Singapore: Oxford UP, 1992.
5. le CarrĂ©, John. Smiley’s People. London: Pan Books Limited, 1980
6. Ludlum, Robert. The Apocalypse Watch. London: Harper Collins Publishers, 1995.
7. Harris, Amy Bjork, and, Thomas A Harris. Staying OK. Singapore: Harper & Row, 1985.
8. Haag, Michael. The Rough Guide History of Egypt. London: Rough Guide Ltd., 2003
9. Mackenzie, Kenneth. The English Parliament. London: Penguin Books, 1962.
10. McVey, Ruth T. The Rise of Indonesian Communism. Ithaca, New York: Cornell UP, 1965.
11. Wan Nik Wan Yussof, and Asma’ Husna Sulaiman. Islam dalam Politik Malaysia: Satu kritikan terhadap Islam Hadhari. K Bahru: Center for Political Analysis and Strategic Development, 2006.
12. Mohd. Nor, Riduan. Ed. Memperingati 100 Tahun Hassan al – Banna. Batu Caves, Selangor: MHI Publications, 2007.
13. Forsyth, Frederick. The Dogs of War. London: Corgi Books, 1980
14. Crozier, Brian. South – East Asia in Turmoil. Harmondsworth: Penguin Books, 1965.
15. Ustaz Haji Idris Haji Ibrahim. Fadhilat Hari Jumaat. Tiada Tempat: Ustaz Haji Idris Haji Ibrahim, 2006.



Maka hendaklah seorang yang menuntut ilmu mengambil berat untuk mendapatkan buku yang diperlukan semampunya samada membelinya, menyewanya atau meminjamnya. Kerana ianya merupakan alat yang penting bagi mendapatkan ilmu. Janganlah dia sekadar menghimpunkan buku supaya kelihatan banyak ataupun menunjukkan dia faham akan sesuatu sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian kepada ilmu Feqah dan Hadith.
- Ibnu Jamaah [1]


Semoga aku tidak termasuk akan golongan yang disebub sebagai orang yang hanya suka mengumpul dan menghimpunkan buku – buku tanpa mengambil menafaat darinya.


Lagi satu, akun tidak suka meminjamkan buku – buku aku kepada mereka yang tidak aku kenali kerana besar kemungkinan ianya tidak dipulangkan.


Aku teringat akan pesan al Imam al Buwaithi kepada sahabatnya ar Rabi’, katanya:
Jagalah buku – bukumu, kerana sekiranya satu buku yang hilang pasti tiada lagi penggantinya.[2]


Nota Kaki


[1] Ustaz Mat Esa B Deraman. Adab – adab Menuntut Ilmu. Masai: Surau al Bararah, 1426 H. hal. 31


[2] Ibid hal. 32 - 33



Blogvel Act No. 2

Greenbreed East Municipal Airport 2016pm GACO Frontier 16KA The GACO Frontier 16KA, registration 323-5, bled off airspeed over the Greenbree...