Tahukah anda?
Defense Imagery and Geospatial Organization (DIGO) adalah satu badan perisikan milik Australia yang di bawah selia Ministry of Defense dan mempunyai bidang yang sama seperti National Geospatial – Intelligence Agency milik US.
Sumber: Grono, Nicholas. Australian’s Response to Terrorism. Internet: http://www.odci.gov/csi/studies/vol48no1/article03.html
Tahukah anda?
Pada 1 October 1909, di atas saranan Committee of Imperial Defense, Captain Vernon Kell dari South Staffordshire Regiment dan Captain Mansfield Cumming dari Royal Navy telah menubuhkan UK Secret Service Bureau, dimana Captain Kell atau “K” bertanggungjawab ke atas operasi risikbalas (counterintelligence) dan Captain Cumming atau “C” bertanggungjawab atas operasi perisikan dan pengumpulan maklumat di Negara luar.
Sumber: Pike, John. Ed. Security Service MI5 – History. Internet: http://www.fas.org/irp/world/uk/mi5/history.htm
Tahukah anda?
Pada 14 June 1997, Hsu Kai – Lo dan Chester Ho telah ditahan oleh ajen – ajen FBI atas kesalahan mencuri formula sejenis dadah untuk penyakit kanser bernama TAXOL yang telah dipatentkan oleh syarikat Bristol – Myers Squibb. Mereka berdua adalah pekerja syarikat Yuen Foong Paper Manufacturing Co. di Taiwan. Kes ini dibicarakan di bawah Economic Espionage Act (Title 18 USC Section 1835.
Sumber: Annual Report to Congress on Foreign Collection & Industrial Espionage. Internet: http://www.fas.org/irp/ops/ci/docs/fy98.htm#toc5
Tahukah anda?
The Inter Service Intelligence (ISI) ditubuhkan pada tahun 1948 oleh Mejar General R Cawthorne, yang semasa itu menjawat jawatan Timbalan Ketua Staff di Pasukan Tentera Darat Pakistan. Pada tahun 50an Field Marshal Ayub Khan, Perdana Menteri Pakistan diwaktu itu telah mengembangkan lagi tugas ISI sebagai element yang menjaga kepentingan Pakistan, memantau para politician pembangkang, dan mengekalkan pemerintahan tentera di Pakistan.
Sumber: Cadenas, Jose. The Nefarious Activities of Pak ISI. La Nueva Cuba 25 July 2005. internet: http://www.lanuevacuba.com/nuevacuba/notic-05-07-2510.htm
Tahukah anda?
Satu operasi bersama antara kerajaan Iran dan Cuba telah dijalankan apabila station SIGINT milik Cuba di sebuah pekan kecil bernama Bejucal mula menyesakkan (jamming) transmisi radio Voice of America supaya tidak sampai ke kawasan Farsi.
Sumber: The Pentagon’s space jam – jamming of satellite transmissions: Brief Articles. Foreign Policy Nov – Dec 2003. internet: http://www.findarticles.com/p/articles/mi_m1571/is_2003_August_19/ai_106701632
No comments:
Post a Comment