Monday, August 29, 2005

Peristiwa Batu 6: Polis jadi pencetus kekacauan, PJ PAS Terengganu

-----------------------------------------

Peristiwa hitam di Batu Enam adalah reaksi orang ramai dan polis adalah pencetusnya.
- Dato' Mustafa Ali
--------------------------------------------
KUALA TERENGGANU, 28 Ogos (Hrkh)- PAS Terengganu menyifatkan kekacauan yang berlaku di pekan Batu Enam malam semalam berpunca dari sikap polis di situ yang bertindak mencetus kekacauan bukannya menjaga keamanan. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali dalam sidang akhbar khasnya berkata, pihaknya menyalahkan polis dalam peristiwa itu.
"Polis bukan lagi penjaga keamanan tetapi pencetus huruhara di Terengganu," kata beliau.
Dalam kejadian malam semalam, polis telah melepaskan kira-kira 20 gas pemedih mata termasuk ke dalam Masjid At Taqwa, Pekan Batu Enam bagi menyuraikan orang ramai serta para pemimpin PAS dari masjid itu.
Antara yang terkena gas itu adalah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Harun Taib.
Badan Perhubungan PAS Terengganu menganjurkan ceramah sempena Isra' dan Miraj serta Penjelasan Isu Dewan Undangan Negeri Terengganu yang baru berakhir.
Ceramah yang sepatutnya berjalan di Padang Bola Pekan Batu 6 telah dipindahkan ke dalam Masjid At Taqwa selepas polis mula mengacau majlis itu.
Tetapi polis juga tidak membenarkan majlis itu dan menambak gas pemedih mata dan water canon (semburan air bercampur asid) sehingga beberapa orang telah pengsan.
Namun, kemarahan orang ramai telah membara sejak kebelakangan ini apabila PAS tidak boleh mengadakan sebarang majlis ceramah hatta dalam bangunan.
Akibatnya, sebahagian dari mereka bertindak balas dengan membaling balik container gas pemedih mata itu kepada pihak polis.
Turut dilemparkan adalah batu dan botol menyebabkan pekan Batu Enam penuh dengan kaca dan batu selepas peristiwa itu.

Polis digunakan
Di Batu Rakit sebelum ini, polis telah menembak gas pemedih mata ke satu majlis yang hampir tamat tanpa memberikan sebarang amaran supaya berhenti akibat dari rasa tertipu kerana tersalah tempat ceramah PAS.
Ceramah yang diberikan oleh Naib Presiden PAS di Kemaman juga berakhir dengan gas pemedih mata.

Sidang Dun
Dalam sidang DUN Terengganu baru-baru ini, semua wakil PAS meninggalkan Dewan apabila Speaker bertindak tanpa mengikut peraturan.
Dalam peristiwa itu, ketika Ketua Pembangkang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sedang berucap, wakil BN mengacau beliau dan meminta laluan, tetapi beliau tidak membenarkannya.
Tetapi Speaker telah menggunakan kuasanya memaksa Abdul Hadi memberikan laluan kepada wakil BN untuk bercakap.
Sedangkan, dari segi peraturannya, mana-mana pihak tidak boleh bercakap tanpa laluan diberikan oleh pihak yang sedang bercakap.
Ini menyebabkan pihak PAS tidak berpuashati, kerana Speaker pun tidak mematuhi peraturan Dewan yang dikatakan mulia itu.
Inilah yang hendak diterangkan kepada rakyat Terengganu melalui majlis ceramah di Batu Enam itu.

Masjid RTB Bujal
Sebelum ini, isu perobohan Masjid RTB Bujal di Kijal, Kemaman menjadi isu panas.
PAS mengadakan majlis ceramah untuk menerangkan apa yang berlaku. Namun, semuanya berkesudahan dengan gas pemedih mata, air berasid dan cotar dari FRU.
"Nampaknya, Umno tidak boleh berlawan hujjah lagi dengan PAS, lalu mereka gunakan polis untuk menyekat hujjah PAS," kata seorang pemerhati politik.

Sumber: http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=15531&mode=thread&order=0
Sumber Gambar: Harakahdaily

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...