Monday, February 28, 2005

MENGAPA MEMILIH PAS BUKAN UMNO ?

Pas singkatan daripada Persatuan Islam SeTanah Melayu yang kemudiannya dipinda kepada Parti Islam SeMalaysia telah ditubuhkan oleh kumpulan ulama’ di dalam UMNO ketika rakyat menuntut kemerdekaan Negara pada tahun 1951 bertujuan memandu rakyat ke arah penerimaan pemerintahan Islam di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Kewujudan PAS bukanlah semata-mata sebagai mengisi ruang politik atau demokrasi yang dibenarkan oleh undang-undang tetapi pemimpin-pemimpin awal jamaah Islam telah mengambil kira mengwujudkan Negara Islam adalah wajib. Walaupun pada tahun 1950-an telah wujud berbagai pertubuhan politik tetapi tiada satu pun yang meletak Islam sebagai dasar dan meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai perlembagaan.

Walaupun UMNO telah wujud pada tahun 1946 tetapi ia hanyalah pertubuhan yang ahlinya orang-orang Islam tetapi dasarnya adalah sekular seperti memorandum yang dihantar kepada suruhanjaya Reid di para 169 yang dipersetujui oleh UMNO-MCA-MIC bagi menuntut kemerdekaan iaitu:

“ In the memorandum submitted by the Alliance, it was stated the religion of Malaya shall be Islam. The observance of this principle shall not impose any disability on non-Muslim nationals professing and practising their own religions and shall not imply that state is not a secular state...”

UMNO hanya setuju menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan di dalam konteks Negara yang sekular. Ini menyebabkan ulama’ di bawah payungnya keluar dan mereka menubuhkan PAS.

Sebenarnya PAS merupakan lanjutan dari perjuangan Islam yang diutarakan oleh Hizbul Muslimin dan Majlis Islam Tertinggi (MATA) yang di pimpin oleh Ustaz Abu Bakar Al-Bakir yang telah diharamkan oleh Inggeris. Dua orang pengasas PAS yang meletakan dasar Islam di dalam PAS ialah Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Prof. Zulkifli Mohammad iaitu :

1. Menjadikan Islam sebagai dasar dan teras perjuangan
2. Menjadikan Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak ulama’ dan Qias sebagai hukum tertinggi.
3. Mengwujudkan bentuk perjuangan yang luas dan tidak sempit dengan isu-isu perkauman.
4. Menjalankan dakwah agar Islam dapat diterima oleh umat Islam dan bukan Islam.
5. Mengwujudkan pemerintahan Islam dan menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam.

Pada tahun 1982, telah wujud usaha-usaha dikalangan pimpinan pelapis PAS untuk memantapkan lagi perjuangan Islam setelah sekian lama almarhum Dato’ Asri Muda memimpin PAS dengan identiti kemelayuannya lebih tertonjol dari dasar Islam yang sepatutnya oleh ulama’ yang megasaskan PAS.

Bermula dengan Muktamar 1983 sehingga 1985, pelaksanaan konsep-konsep dan slogan bersesuaian telah dipopularkan untuk menghapuskan identiti kebangsaan di dalam PAS dan mengembalikan identiti Islamnya seperti Menghapuskan Kefahaman ‘Assabiyah dan Menentang Kezaliman. Di bawah era Kepimpinan Ulama’ yang telah dimulakan pada zaman pimpinan Ustaz Haji Yusof Rawa, Ustaz Fadhil Noor dan Sekarang Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang PAS mula berkembang dan menarik perhatian penduduk Malaysia sehingga keahliannya di anggarkan hampir mencecah setengah juta orang.

Perbezaan ketara di antara PAS dan pertubuhan-pertubuhan lain di Malaysia termasuk UMNO iaitu wujudnya Majlis Syura Ulama’ yang diluluskan penubuhannya pada tahun muktamar 1983. Dengan wujudnya Majlis Syura Ulama’ organisasi PAS terbahagi kepada dua cabang yang penting, di mana ia saling sandar-menyandar. Majlis Syura Ulama’ terpisah daripada struktur-struktur yang lain kerana ianya tegak bersendirian di peringkat tertinggi. Ianya tidak menguasai atau dikuasai oleh Jawatan Kuasa Agung PAS pusat. Tugasnya sebagai penasihat dan rujukan bagi mengelakkan sebarang penyelewengan berlaku di dalam masalah dasar parti. Majlis Syura Ulama’ hanya wujud diperingkat pusat sahaja. Dewan ulama’, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat pula terlibat di dalam kegiatan dan perjalanan parti.

Penyertaan PAS di dalam Barisan Nasional setelah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 merupakan pengalaman pahit yang tidak sama sekali akan diulangi oleh pimpinan PAS kini kerana PAS yang dikuasai oleh cara hidup UMNO dan sikap sekular, mereka telah menguasai sesetengah pimpinan PAS sehinggakan ketika itu cara hidup, pergaulan, pandangan,sikap terhadap Islam tidak mencerminkan mereka ini mewakili kumpulan Parti Islam.

Ahli-ahli PAS, pimpinan bawahan dan pelapis tidak senang melihat perkara ini. Mereka mendesak agar PAS keluar daripada BN dengan berjuang menegakkan Islam walaupun menempuh segala kepayahan dan rintangan. Akhirnya PAS terkeluar juga dari BN setelah dipecat bukan atas isu-isu Islam tetapi isu-isu perebutan kuasa. Pimpinan PAS berpecah kepada PAS dan BERJASA juga bukan atas isu Islam tetapi berebutkan kerusi empuk Menteri Besar Kelantan. Kemudiannya berpecah kagi dengan tertubuhnya HAMIM.

Sebelum kemalangan jalanraya di Kuantan, Allahyarham Prof Zulkifli Mohammad pernah berucap di perkarangan Pejabat Perhubungan PAS kelantan, melahirkan perasaan bimbangnya pimpinan PAS akan berebut-rebut kuasa. Kebimbangan ini menjadi kenyataan.

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah, penyakit yang menyentuh jiwa pimpinan PAS itu tidak menjangkiti jiwa pimpinan pelapis dan ahli-ahli yang bersetia dengan perjuangan Islam.Mereka menerima konsep Kepimpinan Ulama’ yang bermaksud pergerakan ini sentiasa diletakkan di bawah naungan al-Quran untuk pengwujudan generasi al-Quran yang berkekalan. Mereka mengembalikan PAS ke landasan perjuangan asal di bawah bimbingan al-Quran dan as-Sunnah. Kepudaran PAS telah kembali menyinar dari parti berbentuk kenegerian (kelantan) ia telah menjadi sebuah parti berbentuk Nasional dan meluaskan pengaruhnya ke seluruh pelusok Negara dengan perkembangan yang hebat sehingga menguasai Kelantan dan Terengganu dan menambah kerusi di negeri-negeri lain. Satu pencapaian yang tidak pernah diperolehi sebelum ini.

Berbeza dengan keahlian UMNO pada peringkat awal yang terdiri dari golongan bangsawan Melayu yang berpendidikan Barat dan sekular, PAS dianggotai oleh tok-tok guru, ulama’ pondok dan lebai kampung jika adapun golongan berpendidikan barat terlalu kecil bilangannya. Golongan lain yang menyertai PAS ketika itu kebanyakkannya orang-orang kampung yang miskin yang tidak terasa terhimpit oleh kemiskinan. PAS adalah parti yang mewakili kaum mustadhaafin ini.

Begitulah juga keahlian yang dibentuk di zaman Rasulullah s.a.w. sewaktu awalnya penyibaran Islam. Golongan mustadaaffin mempunyai keteguhan iman yang kuat dan keyakinan yang sukar diragukan kerana mereka tiada kepentingan material untuk dipertahankan atau disayangi melainkan pengabdian kepada Allah s.w.t. Mereka tidak bercita-cita mencari kekayaan diri, pangkat atau berebut-rebut jawatan. Mereka taat pada pimpinan Islam dan sanggup berkorban utuk Islam.

Mereka tidak kedekut, tamak, mementingkan diri dan penghidupan mereka adalah ringkas. Mereka memberikan sumbangan walaupun sedikit tetapi ikhlas untuk Islam. Mereka tidak takut dengan kemiskinan dan tidak bertelagah atas isu yang remeh. Golongan mustadhaafin inilah yang membina PAS di atas asas agama yang kukuh. Golongan ini jugalah yang mengenepikan pimpinan yang tidak sanggup lagi menegakkan perjuangan yang asas atau menyeleweng.

Lahir daripada kalangan mustadhaaffin ini anak-anak yang cintakan Islam, mereka menempa sejarah dengan menuntu ilmu di pusat-pusat pengajian tinggi sama ada di dalam atau di luar negeri, di negara-negara Kapitalis atau negara umat Islam. Anak-anal golongan mustadhaafin ini menjadi golongan baru dalam PAS sama ada berlatarbelakangkan pengajian agama atau tidak.

Mereka kembali kepada PAS dengan memnbinanya menjadi organisasi yang rapi dan tersusun sesuai dengan kemahiran yang mereka perolehi. Mereka cintakan ulama’ dan menempatkan ulama’ sebagai pimpinan parti dan menerima tunjuk ajar dan arahan terutama dalam masalah dasar dan hukum disamping kemahiran dan pengalaman untuk memantapkan parti.

Sifat-sifat rendah diri, menghormati ketua dan yang tua berjuang di atas landasan kebenran Islam menggembeling tenaga muda dan cuba menguasai massa adalah pengorbanan yang tidak sedikit. Penyertaan mereka ke dalam PAS telah memberikan imej baru pada PAS dan keilmuan mereka telah memberikan keyakinan baru kepada masyarakat untuk bersama-sama dengan perjuangan Islam.

Era baru bermula, PAS bukan sahaja mendapat dokongan dari kaum mustadhaafin sahaja. Golongan menengah dan atasan yang secara tradisinya menyokong UMNO mula beralih kepada PAS. Kehadiran golongan sekular yang insaf ke dalam PAS dengan tarbiyyah yang betul telah menempatkan PAS sebagai organisasi yang mempunyai berbagai-bagai kelebihan.

Kemunculan kumpulan-kumpulan yang mendapat tarbiyyah dan bersungguh-sungguh mendalami agama walaupun mendapat didikan sekular yang terdiri dari graduan-graduan universiti ternama di Australia, Amerika, New Zealand, Britainn dan kanada. Selain itu daripada UiTM, UKM, UTM, UUM, UIAM, USM, UM dan sebagainya serta maktab-maktab perguruan menyemarakkan lagi perjuangan Islam di dalam PAS. Mereka berketayap atau berserban dan berganding bahu dengan rakan-rakan mereka di dalam PAS.

Mereka digelar ‘ustaz’ dengan penuh cemuhan oleh golongan nasionalis, semoga cemuhan itu menjadi kenyataan yang benar. Kebenaran ini terbukti dengan lahirnya pimpinan PAS berlatarbelakangkan pendidikan sekular tetapi mempunyai ilmu-ilmu Islam yang mengkagumkan.

Golongan Mustadhaafin telah terbukti mencipta sejarah dan mereka akan membuktikan keupayaan di masa-masa akan datang bagi memenangkan Islam sehingga tertegaknya Daulah Islamiyyah di Malaysia.

dipetik dari koleksi email - email saya

Thursday, February 24, 2005

Sajak Para Syuhada

Ya Allah ! Sesungguhnya kehidupan sebenarnya ialah kehidupan di Akhirat
Ya Allah ! Kurniakanlah pertolongan kepada Ansar dan Muhajirin
Kamilah orang - orang yang berjanji - setia kepada Muhammad
Untuk meneruskan jihad selagi nyawa kami berkekalan

Wahai Tuhan kami, kalau tidak kerana - Mu nescaya kami tidak mendapat petunjuk
Kami tidak bersedekah dan kami tidak bersembahyang
Lantaran itu , turunkanlah kemenangan ke atas kami
Dan teguhlah pendirian - pendirian kami jika bertemu musuh
Sesungguhnya musuh - musuh kami itu mahu membinasakan kami
Mereka ingin menyesatkan kami namun kami enggan

dipetik dari http://www.danchan.com/weblog/k22254/2003/7

Sunday, February 20, 2005

JAWI ohh... JAWI

Artis persenda Jawi dalam Melodi ditegur

SURAT 1
Saudara Pengarang, PADA 13 Februari 2005 saya menyaksikan rancangan Melodi di TV3. Artis undangan rancangan tersebut iaitu seorang artis wanita yang popular di kalangan remaja. Artis itu diundang bagi membicarakan tentang kesnya yang ditangkap dalam serbuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di salah sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur. Beliau pernah mempertikaikan tentang serbuan tersebut dalam akhbar baru-baru ini. Saya terkilan kerana apa yang diperkatakan oleh artis itu seolah-olah menggambarkan beliau tidak mempunyai asas langsung tentang agama Islam. Dia meminta pihak kerajaan mengeluarkan garis panduan berpakaian di kalangan muda-mudi sekarang. Islam telah pun ada garis panduan dalam menutup aurat, mengapa minta lagi pihak kerajaan hendak mengeluarkan garis panduan tersebut? Dalam nada sindir, dia juga meminta pihak Jawi menangkap semua muda-mudi yang berpakaian seksi di seluruh Kuala Lumpur. Sebelum temu bual itu berakhir, artis tersebut memperli Jawi ketika bersalam dengan pengacara dengan berkata ``nanti ditangkap'' kerana bersalam antara lelaki dan wanita. Saya yang cetek agama ini hanya beristighfar. Saya meminta artis tersebut bertaubat kerana pintu taubat sentiasa terbuka. - BUDAK TUNJANG, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

SURAT 2
Saudara Pengarang, SEORANG artis perempuan yang tidak berapa gah namanya di persada seni, baru-baru ini mempertikai tindakan Jawi di sebuah disko di Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya dengan lantang cuba menagih simpati masyarakat apabila mendakwa Jawi telah melayan dirinya seumpama seorang p#@#&$r. Jika kita berpakaian yang mendedahkan sebahagian tubuh badan, janganlah marah jika kita digelar begitu. Artis itu juga mendakwa beliau hadir ke tempat sedemikian atas jemputan sesetengah pihak tetapi itu bukanlah alasannya. Wajarkah kita mendakwa teraniaya setelah berada di tempat sedemikian atau mungkin telah dengan sengaja berpakaian yang tidak mencerminkan diri kita seorang Islam? Masih adakah maruah jika kita tidak tahu menjaga maruah agama yang kita anuti? Seperti kata ibu kepada empat mangsa kemalangan jalan raya baru-baru ini, beliau redha dengan ujian Allah. Katanya, mungkin ada hikmah di sebaliknya, mungkin imannya akan bertambah kukuh disebabkan kehilangannya itu. Begitu kukuh imannya menghadapi ujian daripada Allah. Kita hendaklah memandang apa yang berlaku sebagai peringatan dan seharusnya kita sedar kita masih diberi peluang untuk memohon keampunan dari-Nya di atas keingkaran kita. Fikir-fikirlah. - MOHD FAZLI YUSOFF, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

SURAT 3
Saudara Pengarang, JIKALAU pendekatan Jawi dikatakan terlalu keras, cara bagaimanakah yang paling praktikal bagi menangani `bunga-bunga maksiat'? Saya tidak tahu jika ada orang yang mengunjungi kelab malam hanya sekadar duduk berdiam diri. Keadaannya sama seperti jika kita pergi dan lepak di sarang penagih dadah. Andai ada pihak yang mengatakan bahawa ke kelab malam adalah hal peribadi dan tiada paksaan dalam Islam, amat jelas bahawa mereka sangat jahil. Tiada paksaan dalam Islam bermaksud kita tidak boleh memaksa sesiapa memeluk agama Islam. Tetapi sesiapa yang sudah memeluk agama Islam dan mengaku beriman dengan Allah dan al-Quran, maka tiada lagi kompromi tentang hukum dan undang-undang Allah s.w.t. - NOOR ZURANI, Selayang, Selangor.

SURAT 4
Saudara Pengarang, SAYA terpanggil untuk membuat sedikit komen berkenaan kes yang melibatkan Jawi dan seorang artis. Saya rasa pihak Jawi tidak harus berdiam diri kerana sebelah pihak sahaja yang bersuara, nampak seperti sebelah pihak sahaja yang bersalah. Janganlah hanya di gertak hendak disaman sedikit telah rasa takut. Pada hari Ahad 13 Februari 2005, artis itu muncul dalam rancangan popular Melodi di TV3. Semasa dia ditemuramah, ada beberapa perkara yang tidak sedap di dengar. Antaranya artis tersebut telah minta pihak berkenaan memberi panduan cara berpakaian. Kerajaan tidak perlu mengeluarkan panduan kerana semua orang Islam tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh kerana dalam al-Quran terang-terang dinyatakan. Dia juga tidak wajar mempersenda Jawi dengan mengatakan dia tidak mahu bersalam dengan pengacara (lelaki) kerana takut kena tangkap. -

Bila di saman oleh polis trafik tak ada seorangpun bangkang, walaupun dalam hati tak setuju.Tapi bila hukum syarak nak dilaksanakan maka hiruk pikuk dunia dibuatnya. Cuba bayangkan kalau ada melanggar traffic lingt di waktu malam - anda dengan kereta anda sebuah. Sedangkan traffic light adalah untuk mengatur urusan jalanraya bila banyak kereta. Maka adakah hujah anda masa itu saya seorang sahaja - jadi saya tak perlu traffic light untuk mengatur lalu lintas kerana bila kereta sebuah tak perlu diatur perjalanan kerana pasti tak akan aksiden...bayangkan anda berada dimahkamah dan hakim mendengar hujah logik anda dan kes anda digugurkan? HEHE jangan harap. Cuba anda pergi ke disko dan ditangkap dalam keadaan mabuk, oleh penguatkuasa anda pasti akan menjawab 1) Tak salah berada di disco kerana kita nak berhibur setelah penat mengeluarkan keringat untuk meningkatkan ekonomi negara.2) penguatkuasa tak ada kod etika ; saya diINTIP, tak diberikan penutup bla..bla...akhirnya : BUANG KES KERANA...kes penguatkuasa agama sentiasa tak berdisiplin. Teringat ratu cantik yang ditahan oleh JAIS, saya tak tahu perempuan Melayu tak boleh bertanding dalam pertandingan ratu cantik....haha, cuba bayangkan bila anda disaman potong Q dijalanraya, alasan anda ialah saya tak TAHU POTONG Q itu salah. janji saya dapat izin dari kereta belakang. Cerita ini tak ada kaitan dengan orang mati...semuanya berkenaan dengan orang hidup

Dipetik dari email dan sumber - sumber lain.
Bacaan lanjutan - Jeslina 'biadap', hina Jawi dalam Melodi
Laman Rasmi JAWI

Penutup:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani; Ya Allah, Engkaulah Tuhan ku, Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau, yang menjadikan aku, dan aku adalah hambaMu, dan aku tetap atas amanahMu, dan janjiMu sekadar kesanggupan ku, aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang telah aku lakukan, aku mengakui bagi Mu dengan nikmat ke atas ku dan aku mengakui dosaku, ampunilah aku, maka sesungguhnya tiada siapa mengampuni dosa - dosa ku melainkan Engkau sahaja. AMIN

Ayat Al - Quran merujuk tentang aurat seseorang perempuan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nur ayat 31)

Wednesday, February 09, 2005

Romania memecat pegawai nya yang tidak cekap mentadbir ... Kita?

BUCHAREST - The numerous control activities carried out from the beginning of the year in the field of houses construction have proved that the management of the National Housing Agency (ANL) has been faulty, said Laszlo Borbely, Delegated Minister for Public Works within the Ministry of Transportation, Constructions and Tourism (MTCT), in a press conference on Monday. As a disciplinary measure Borbely announced that ANL General Manager Corneliu Popescu will be released from his duties, and replaced with economist Gheorghe Popescu, currently vice-mayor of Piatra Neamt.According to the control authorities the housing program has been managed defectively in Bucharest, Bistrita, Brasov, Prahova and Teleorman counties, irregularities being registered due to biased selection of the winners of public tenders, escalating costs, exceeding execution periods and poor quality standards. In his speech, Borbely focused on the problems of the complex “Henri Coanda” housing project from Bucharest. The project comes under the authority of two institutions, the mayoralty of Bucharest’s Sector 1, and of Voluntari locality, which have to make clear the situation of the privately owned land. This issue has been seriously hindering the development of the project since there are claims over property since 2001. In 2004 some of the land, of which 2.5 hectares in the access roads area, has been returned to former owners. ANL illegally went on with the implementation of the project though it did not have the whole situation of the property cleared. Another problem of the project are the utilities that need to be provided to the new neighbourhood, which should cost the local authorities EUR 128 M. The local authorities have not included these costs in their budgets and Borbely says solutions need to be found in collaboration with the Ministry.“We do not want to stop the project, we just want to enter legality” said the Delegated Minister and announced that a joint commission formed by representatives of the MTCT, of the Sector 1 and Voluntari Mayoralties will obtain in three weeks a clear situation of the land. He then proposed that the project be split in three and carried on with. Borbely sees the Eastern side in a better situation from the legal point of view and promised that at least part of the 500 construction contracts ANL has with the citizens will be honoured.In regard to the sport halls the ANL is building, Borbely said that 450 will be finalised by mid 2005. He added that a new model of sport hall is being looked after by the Agency, a hall which is a bit larger (100-150 spectators plus handball field) and not so much cost oriented as the old model. The projects contest will end on February 28th and the first halls will start being built from May this year.
Sumber: http://nineoclock.ebm.ro/business_details.php

Romania, sebuah negara blok komunis suatu masa dahulu pun masih mementingkan hak raykatnya. Tetapi kita yang dikatakan negara demokrasi bagaimana?

Interesting fact about war

The talented American sociologist, Pitirim Sorokin, once busied himself by counting the number of years which some the main European countries spent at war. He found that Russia … had experienced only one peaceful quarter of a century in the previous thousand years; in every other period of twenty – five years she engaged in at least one foreign war. Since the year A.D. 901, he estimated, Russia had been at war in 46 of every hundred years. [1]

Further Reading
[1] Blainey, Geoffrey. The Cause of War. New York: The Free Press, 1973. Page 3

I have always heard it said; that peace brings riches; riches bring pride; pride brings anger; anger brings war; war brings poverty; poverty brings humanity; humanity brings peace; peace, as I have said, brings riches, and so the world’s affairs go round.
- Luigi da Porto, Italian historian
[1]

Further Reading
[1] Blainey, Geoffrey. The Cause of War. New York: The Free Press, 1973. page 87

Sunday, February 06, 2005

VCD Bencana Tsunami dirampas

Rational – Tidak mendapat sijil tapisan LPF (belum diluluskan LPF)
Oleh itu - … dirampas kerana rakamannya diambil daripada sedutan televisyen dan tidak dihantar ke LPF untuk penapisan
Soalan – Jika dilapurkan ianya hanya mengandungi rakaman atau sedutan grapik atau gambar yang diambil dari televesyen, mengapa perlu dihantar untuk tapisan lagi? Bukankah semua tayangan dan paparan dalam kaca televisyen telahpun di sunting dan di tapis untuk tayangan umum?
Yang tersirat – ialah kerana CD itu selain menayangkan adegan semasa dan selepas gelombang tsunami melanda, ianya juga mengandungi nasihat dan renungan untuk kita meng”muhasabah” diri disamping alunan ayat Al-Quran dan zikir. Mungkin elemen itulah yang hendak di tapis oleh LPF itu. Wallahualam
.

Rujukan: Kosmo Feb 2, 2005, ms 8

Thursday, February 03, 2005

WW1: FAQ's

Sebab Musabab terjadinya Peperangan Dunia Pertama
Terdapat beberapa teori yang menyebabkan terjadinya Peperangan Dunia pertama, antaranya;

1. Terbunuhnya Archduke Franz Ferdinand dan isterinya pada 28 Jun oleh anggota pertubuhan haram The Black Hand, sebuah pertubuhan nasionalis Serbia yang bernama Gavrilo Prinzip. Berikutan dengan peristiwa itu, Austria – Hungary telah mengisytihar kan perang terhadap Serbia, yang ketika itu tanah jajahan Russia. Jerman dan Itali yang ketika itu bersekutu dengan Austria – Hungary dalam pakatan Triple Alliance turut terbabit sama dalam kancah konflik tersebut. Begitu juga Russia dan negara – negara Balkan, turut terlibat sama. Dalam masa sama, Inggeris dan Perancis yang mempunyai pakatan dengan Russia terpaksa menyebelahi Serbia kerana ianya tanah jajahan Russia. Bagi negara Amerika, mereka mula terbabit apabila taktik serangan kapal selam pihak Jerman mula mengganggu – gugat sistem perdagangan maritim mereka. Sebab lain mungkin berkait rapat dengan kes Zimmermen telegram dimana, Setiausaha negara Jerman di masa itu, telah menghantar telegramnya kepada duta Jerman di Mexico, meminta pihak Mexico membantu Jerman dalam kempen perang tersebut dan sebagai balasan pihak Jerman akan mendapatkan kembali beberapa bekas tanah jajahan Mexico yang kini menjadi wilayah Amerika.[1]

2. Satu lagi teori itu ialah kerana pada masa itu, kaedah pergabungan kuasa (alliance), keinginan utuk memperluas tanah jajahan, terutama bagi negara Jerman serta semangat kebangsaan dan imperialism yang menebal di kalangan negara terbabit.[2]


Tarikh permulaan dan tamatnya Peperangan Dunia Pertama
Menurut catatan sejarah, Peperangan Dunia Pertama bermula pada tahun 1914 dan berakhir pada tahun 1918[3].


Kesan Peperangan Dunia Pertama ke atas negara terbabit dan dunia
1. Kesan kemusnahan yang teruk terutama kepada negara Jerman
2. Korban jiwa yang tinggi bagi kedua – dua belah pihak (hampir 8, 538, 315 kematian)[4]
3. Menjerumuskan dunia ke Konfik Peperangan Dunia ke Dua


Senjata – senjata yang digunakan dalam Peperangan Dunia Pertama
Antara yang terkenal ialah penggunaan mustard gas oleh pihak Jerman. Kesan daripada nya amat menakutkan, apabila terhidu gas tersebut, ianya akan mencairkan paru – paru dan menyebabkan kematian. Selain dari itu penggunaan kapal udara Zepplins, kapal selam U – Boats serta kereta kebal. Sejarah merakamkan penggunaan pertama kereta kebal dalam peperangan di catatkan pada September 15, 1916 oleh pihak British dengan menggunakan kereta kebal Mk. 1 “Big Willie”, iaitu dalam petempuran Somme. Bagaimanapun sumber mengatakan, petempuran yang benar – benar berjaya dilaksanakan oleh kereta kebal ialah dalam petempuran Cambrai pada tahun 1917, oleh pihak British dengan menggunakan kereta kebal Mk IV.[5]

End Note
[1] Internet source: www.faqfarm.com
[2] Ibid
[3] Internet source: http://home.versatel.nl/rene.brouwer/
[4] ibid
[5] Internet source: http://en.wikipedia.org/wiki/Tank_history

Soalan - solan dipetik dari laman www.faqfarm.com

Wednesday, February 02, 2005

Worker's are CEO too

Apabila Charles Cumello mengambil alih syarikat Waldenbooks sebagai CEO, Waldenbooks merupakan syarikat yang amat bermasalah. Setelah beliau membuat kajian, beliau mendapati masalah utamanya ialah tentang perkhidmatan pelanggannya yang kurang memuaskan. Pelanggan hanya masuk dan keluar daripada kedai tanpa membeli sesuatu. Untuk mengatasinya Cumello melaksanakan satu polisi iaitu ; setiap pekerja mesti bersama setiap pelanggan dalam lingkungan sepuluh kaki dan membantunya mencari apa yang mereka perlukan. Setelah hampir enam bulan polisi itu berjalan hasilnya masih sama. Cumello mengkaji kembali strateginya dan mencari di mana silapnya polisi tersebut. Akhirnya beliau mendapati store executive iaitu Pengurus dan Penolong Pengurus Cawangan Cuma menerangkan polisi tersebut kepada kakitangannya tanpa mereka mengambil bahagian. Bagi mereke turun ke padang membantu pelanggan bukan termasuk dalam senarai tugas – tugas mereka dan mereka merasa rendah diri apabila melakukan kerja – kerja yang biasanya dilakukan oleh kakitangan mereka.Dan terasa membazirkan masa berharga mereka. Ini membuatkan kakitangan bawahan mereka merasakan polisi ini tidak begitu penting, jadi tiada sesiapa pun yang melakukanya

Menyedari hakikat itu , Cumello kembali turun ke padang dengan menyakinkan anggota bawahan nya bahawa polisi yang cuba dipraktikkannya itu penting. Setiap hari para store executive , kakitangan bawahan dapat melihat Cumello selaku CEO syarikat mereka turut melayan pelanggan dan menyusun buku di premis perniagaan mereka. Apa perasaan store executive nya yang mengatakan malu untuk turut sama melayan pelanggan apabila melihat CEO mereka melakukan kerja yang sama. Semenjak itu semua kakitangan Cumello mengetahui bahawa beliau amat bersungguh – sungguh melaksanakan polisi itu.
Store executive mula melaksanakan polisi tersebut, kakitangan bawahan pun sama melakukannya, . Menjelang pertengahan tahun jualan mencatatkan peningkatan mendadak dan para pelanggan yang kerap membeli ( regular customer ) meningkat dengan drastic sehingga Waldenbooks diiktiraf sebagai syarikat yang mesra pelanggan . Kejayaan ini tidak tercapai jika Cumello tidak bertindak bijak dengan menyakinkan pekerjanya serta mempamerkan contoh seorang ketua yang berdedikasi dan sanggup berada di barisan hadapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Ada beberapa lagi cerita yang mengisahkan CEO atau pegawai tinggi sesebuah syarikat yang berjaya turut sama turun ke padang membantu pekerja bawahan bagi merialisasikan objektif atau polisi mereka, antaranya ialah Kevin Williams. Williams merupakan Ketua Operasi Domino’s Pizza bagi Wilayah Timur yang berpusat di Baltimore. Pada tahun 1987 Domino’s Pizza telah merosot perniagaannya di setengah – setengah kawasan terutama bagi Wilayah Timur . Saingan terdekat mereka ialah Pizza Hut.
Sebagai Ketua Operasi di salah satu wilayah yang merosot pendapatannya , Williams mula merangka strategi untuk meninggikan pendapatan mereka semula. Untuk itu beliau mula melawat dari satu premis ke satu premis perniagaannya.Williams akan melakukan apa saja untuk meningkatkan lagi hasil jualan, jika premis yang dilawati beliau kekurangan tukang masak pizza, maka beliau akan turut membantu memasak pizza sehingga kekosongan itu dipenuhi, begitu juga jika beliau mendapati premis lain yang dilawatinya kekurangan juruwang, maka beliau akan mengambil alih tugas tersebut sehingga ada pengganti. Bagi beliau tiada satu pun kerja yang tidak berfaedah dan setiap tugas mesti dilakukan dengan cekap oleh semua pekerja tidak kira apapun pangkat dan jawatan nya.

Sifat yang di tunjukkan beliau meresap di hati sanubari pekerja bawahannya sehingga pada satu petang ketika seorang pencuci pejabat di Ibu Pejabat sedang melakukan tugas beliau apabila telefon berdering. Di hujung talian ialah seorang Pengurus sebuah cawangan Domino’s Pizza. Apabila tukang cuci menjawab panggilan tersebut kerana semua pekerja sudah pulang ( beliau boleh tidak mengendahkan penggilan tersebut kerana itu bukan bidang kerja beliau, tetapi ia menjawabnya juga) Pengurus cawangan tersebut amat terdesak untuk meminta ibu pejabat menghantar bekalan keju ke cawangan beliau. Beliau juga menyatakan jika bekalan keju tidak dapat dihantar pada petang tersebut, beliau terpaksa menutup cawangan tersebut dan ini akan membuat Domino’s Pizza mengalami kerugian yang banyak pada malam itu. Mendengar berita itu, tanpa berlengah tukang cuci tersebut terus mengambil kunci lori daripada meja Pegawai pengangkutan dan memandunya ke Setor syarikat dan memuatkan ke dalam lori tersebut dengan bekalan keju serta memandu lori tersebut ke cawangan yang bermasalah itu. Perlu diingat pekerja pencuci itu tidak mendapat kebenaran untuk melakukan kerja – kerja terbabit serta dia boleh tidak mengendahkan nya. Tetapi di atas sifat tanggungjawab , beliau berjaya menghantar bekalan keju ke cawangan terbabit walaupun terpaksa memandu dalam jarak yang jauh dan cawangan terbabit tidak di tutup serta dapat menjalankan perniagaan pada malam itu. Ternyata apa yang di terapkan oleh Williams di amalkan oleh para pekerjanya.

Selain itu beberapa lagi contoh tentang kesanggupan para CEO atau pun Pegawai atasan yang turun ke padang seperti di bawah ini :
1. Ketua syarikat gergasi tekstil , Miliken & Co. Roger Miliken dalam umurnya 70an menghabiskan satu per tiga dari masanya di bahagian pembuatan dan beliau memperuntukan 150 hari setahun berada di sisi pekerjanya .

2. Saudagar syarikat pengurusan sampah, Wayne Huizenga akan memandu sendiri lori pembawa sampah, bersembang dengan pekerja yang terlibat dengan urusan pembersihan sampah dan tidak hanya melihat ke atas kertas apabila beliau bercadang hendak membeli syarikat pengurusan sampah yang lain.Bagi beliau jika beliau tidak berpeluang memandu lori serta berbual – bual dengan pekerja syarikat tersebut, beliau tidak akan bersetuju membeli syarikat terbabit.Kerana sifat itulah Huizenga mampu memiliki Miami Dolphin (American Football Club ), Florida Merlin (baseball) dan Florida Panther (hoki ais). Beliau dilantik menjadi Pengerusi dan CEO kepada syarikat Republic Industries, konglomerat yang berpusat di Fort Lauderdale, Florida.

3. Di Microsoft, Pengerusi, CEO dan merangkap pengasas William H Gates III memperuntukkan masa untuk berada di studio pengaturcara syarikatnya.

Melihat kepada Laporan Tahunan Syarikat Thermo Electron Corporation di Waltham, Massachutes yang di terbitkan pada tahun 1996 kita akan melihat satu keanehan. Di mana terdapat gambar dua puluh orang lelaki dan perempuan mengaku diri mereka sebagai CEO syarikat terbabit. Mungkin kita bertanya mengapa terlalu banyak CEO dalam syarikat ini ? CEO sebenar syarikat yang memperolehi keuntungan hampir $30 billion, George Hatsopoulos mengatakan " Ini berlaku kerana kami ingin merangsang para pekerja kami untuk lebih bersemangat dalam perniagaan dan berinovatif… " .
Sementara itu menurut Lars Kolind CEO kepada syarikat Oticon yang berpengkalan di Copenhagen, Denmark, beliau lebih suka menjadikan kesemua pekerja di syarikatnya merasakan diri mereka seorang CEO. Ini kerana ia akan menjadikan pekerja tersebut lebih kreatif, berdaya saing dan lebih efisyen

Banyak syarikat-syarikat yang berjaya mempunyai para CEO atau pegawai atasan yang sering bersama dengan pekerja bawahan didalam apa jua urusan. Sebagai contoh, pengasas bersama syarikat Clif Bar, Lisa Thomas dan Gary Erickson sering membawa pekerjanya bercuti ataupun berkhemah di Lake Tahoe dua tahun sekali. Begitu juga dengan CEO Quicksilver’s, Bob McKnight sering meluncur bersama pekerjanya. Beliau juga sering membawa para pekerjanya bercuti di Alaska sambil bermain ski.
Kadangkala para CEO atau pegawai atasan sesuatu organisasi syarikat menerima saranan atau teguran para pekerja bawahan dengan Sirius. Pernah satu ketika dua orang staff MTV Network yang kebetulan keduanya bernama Mellisa telah melahirkan rasa tidak puas hati mereka ke atas corak organisasi MTV. Peristiwa ini dikenali sebagai MELISSA MANIFESTO. Manifesto itu sampai ke pengetahuan Tom Freston CEO MTV Networks dan Judy McGrath, President of MTV. Freston terus bertindak mengoverhaul secara besar–besaran syarikatnya termasuk menerbitkan rancangan-rancangan terkini, mengubahsuai studio rakaman mereka dan beberapa personaliti baru di ambil berkerja.

Bagi Paul Orfalea , Pengerusi syarikat Kinko di Ventura, California, sering berinteraksi dengan pekerjanya untuk mendapat buah fikiran yang bernas tidak kira besar atau kecil dan beliau sering melibatkan diri secara terus dalam setiap proses itu. Setiap hari Orfalea menerima banyak idea daripada pekerjanya untuk pertimbangan beliau. Pada setiap hari Jumaat di ibu pejabat sering diadakan perbincangan antara beliau dengan pekerja-pekerja nya atau lebih dikenali sebagai ‘coworker" oleh Orfalea. Salah satu idea coworker telah berjaya menjadikan syarikat Kinko bertambah maju. Apabila trend pengguna tidak lagi lebih kepada membuat salinan fotokopi yang mana menjadi sumber utama Kinko serta lebih kepada yang berbentuk hadiah atau cenderamata. Salah seorang coworker Kinko mula menyedari trend ini . Beliau mendapat idea menggunakan segala peralatan fotokopi warna dan penjilidan syarikat tersebut untuk menjadikan kelendar dari gambar-gambar yang disediakan oleh pelanggan. Idea ini di ketengahkan kepada Orfalea dan diterima pakai oleh beliau.Sejak itu Kinko bukan sahaja dikenali sebagai syarikat yang menjalankan perkhidmatan fotokopi dan penjilidan tetapi turut menawarkan perkhidmatan cenderamata yang mana pelanggan cuma dikehendaki membawa dua belas keping gambar mereka dan Kinko menjadikan kalendar sebagai hadiah atau kegunaan sendiri.

Konsep perbincangan dengan kakitangan bawahan turut dipraktikkan oleh Haworth Inc. Menurut Bob Milstead, Pengarah Pengeluaran bagi syarikat ini beliau terpegun dengan taraf pemikiran kakitangannya ketika sedang berbincang. Pada satu situasi ketika sedang membincangkan tentang strategi pemasaran di Asia , seorang kakitangan bertanya tentang nasib syarikat mereka di Hong Kong apabila ia diambil alih oleh China. CEO atau ketua sesuatu syarikat yang senang dibawa berbincang kadangkala menguntungkan syarikat itu sendiri. Sebagai contoh pada tahun 1988 President Vistakon (anak syarikat Johnson & Johnson), Hank Green menerima satu panggilan daripada salah seorang jurujual mereka di Denmark. Menurut jurujual tersebut para pakar kacamata di Copenhagen telah membangunkan teknologi membuat kanta sesentuh (contact lens ) yang lebih lembut. Tertarik dengan cerita jurujual itu Green terbang sendiri ke sana dan berjaya mendapatkan teknologi tersebut dan mempaternkan produk tersebut, yang dikenali sebagai ACUVUE . Dari cerita di atas , kita dapat melihat ketokohan Green sebagai seorang ketua, walaupun dia berjawatan tinggi tetapi beliau tidak menolak jika ada orang bawahan ingin berbicara dengannya. Begitu juga apabila beliau mengetahui kepentingan sesuatu hal bagi syarikatnya , beliau lebih rela melakukannya sendiri tanpa mengharapkan orang lain.

Sikap pegawai atasan yang suka menghadkan pergaulan mereka hanya kepada pegawai-pegawai setaraf dengan mereka sepatutnya tidak terjadi. Dalam persaingan perniagaan zaman kini method one way traffic telah di tukar kepada both way trafific. Seperti kata Fradette dan Michaud dalam buku mereka The Power of Corporate Kinetics " Mereka (CEO) sepatutnya memimpin dari hadapan bukan dari atas"
Pegawai atasan yang bijak dan dedikasi selalu berada disamping anak buahnya tak kira diwaktu senang atau susah. Sebagai contoh seorang Pembantu Teknikal di sebuah syarikat komunikasi terulung yang kita panggil sebagai Rangkaian Kabel Bhd. Sentiasa berada di situasi sedia bertindak dan berkerja walaupun tugas hakikinya ialah menyelia sebilangan anggota teknikal di bawahnya. Tidak seperti pembantu teknikal lain , pegawai ini sentiasa memakai uniform walaupun dia tidak diwajibkan memakainya.(kerana beliau tidak lagi mendapat elaun dobi uniform).Dan jika berlaku kerosakan keatas talian kabel yang di selia syarikat itu, beliaulah yang sering sampai dahulu serta mengenalpasti kerosakan sebelum anggota lain sampai walaupun di luar masa kerja.

Begitu juga apabila Tom Watson Sr, CEO kepada IBM menerima anaknya Watson Jr berkerja dengannya, dia tidak terus melantik anaknya sebagai eksekutif di IBM sebaliknya mengarahkan anaknya berkerja dari bawah seperti orang-orang lain juga.Padanya setiap pekerja perlu membuktikan diri mereka masing-masing, walaupun dia itu anak kepada ketua syarikat terbabit. IBM juga merupakan syarikat pertama yang mensasarkan pembayaran gaji khusus kepada tahap prodaktiviti sesaorang, tidak kira apapun jawatannya. Program ini telah dilaksanakan oleh IBM sejak tahun 1958 lagi.
Ketika Michael Eisner mengambilalih kepimpinan Disney pada pertengahan 80an beberapa kaedah drastic telah diambil olehnya, antaranya mengarahkan para eksekutifnya mengarang filem-filem terbaru Disney bukan mengharap sahaja kepada pengarah filem, penulis atau produser. Eisner juga mengurangkan gajinya tidak seperti CEO syarikat-syarikat perfileman lain di Hollywood.
Syarikat Kinko pula mengambil langkah yang lebih dinamik dengan memansuhkan perkataan pekerja dan majikan . Semua anggota Kinko tidak kira apapun jawatannya termasuk CEOnya iaitu Orfalea, akan dikenali sebagai coworker atau rakan sejawat. Di syarikat itu tiada keistimewaan kepada sesiapa, sehinggakan tiada kawasan letak kereta khas bagi pegawai atasan. Jika beliau datang’ lewat hari itu maka dia terpaksa meletakkan keretanya di bahagian belakang pejabatnya.
Ada juga terbaca tentang seorang CEO baru di satu syarikat di Amerika mematikan system pemanas di garaj kereta milik pegawai-pegawainya kerana baginya bil elektrik garaj itu lebih baik digunakan untuk membayar bonus kakitangan bawahannya.
Malahan pengasas syarikat Chisco di Salt lake City, Utah membawa pekerjanya empat kali setahun untuk bermain bowling ataupun terjun bungee .
Begitu juga di General Motors, Pengurus Kilang mereka mengenakan pakaian overall yang serupa dengan pekerja-pekerja di sana.Bagi mereka tiada beza di antara pekerja dan pegawai. Masing-masing berusaha menyumbang kepada kemajuan syarikat mereka.

Penghargaan atau hadiah kepada pekerja adalah salah satu daripada rahsia kepada kejayaan sesebuah syarikat.Ini kerana pekerja yang dihargai atas usahanya akan menambahkan lagi semangat mereka untuk terus berkerja kuat untuk syarikat. Sebagai contoh, syarikat Kinko menganugerahkan penghargaan berbentuk lawatan percutian kepada cawangan-cawangannya yang berjaya membuat keuntungan yang banyak.Suatu yang memeranjatkan apabila staff-staff di cawangan terbabit pergi bercuti , Ahli Lembaga Pengarah Kinko akan mengambilalih untuk menjaga cawangan terbabit sehingga kakitangannya pulang daripada bercuti.
Sementara di Southwest , syarikat terbabit menawarkan program perkongsian keuntungan syarikat kepada para pekerjanya . Syarikat terbabit melabur hampir $54 juta pada tahun 1995 bagi program itu.

Di syarikat Patagonia yang berpusat di Ventura, California telah mengujudkan satu program yang dikenali sebagai Patagonia Internship Program, yang mana membolehkan para pekerjanya mengambil cuti berbayar selama dua bulan untuk mengikuti program-program yang bermirip kepada penjagaan alam sekitar bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Pekerja yang bertugas sepanjang tahun dengan tidak mengambil cuti di syarikat Eastern Mountain Sport (EMS) berpeluang mengambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan untuk melakukan aktiviti-aktiviti lasak .
Program curi untuk pengembaraan EMS menjadikan pekerjanya lebih ceria dan lebih berproduktiviti serta lebih bersemangat. Memetik kata Lisa Thomas, pengasas bersama Clif Bar " All this outdoor activity helps people manage stress, in short and long term. It keeps workers in a positive state of mind".

Further Reading

1. Leadership Secret of the Rouge Warrior – A Commando’s Guide to Success ; Richard Marcinko, Pocket Books, 1996
2. Paid to Play; Laura Hilgers, Outdoor Explorer – West Edition, March-April 2000
3. The Power of Corporate Kinetics; Michael Fradette & Steve Michaud, Simon & Schuster, 1998
4. Executive Book of Quotations; Julia Vitullo-Martin & J. Robert Moskin, Oxford University Press, 1994
5. The Real Team; Richard Marcinko, Pocket Books, 1999
6. Sword Point; Harold Coyle, Pocket Books,1988

RANCANGAN JAHAT YAHUDI DAN NASARA AMERIKA SYARIKAT

"Reforms Islamic schools, educational systems have long been a vital component of radical Islamic indoctrination and recruitment. The best way to counter this is to help Islamic schools ensure they are providing modern education and marketable skills for future generations."

Petikan di atas merupakan sedutan dari sebuah kajian Think Tank barat iaitu RAND mengenai tatacara untuk menjatuhkan umat dan Negara Islam. Antaranya ialah mereka merancang untuk melumpuhkan institusi pengajian agama dan di gantikan dengan subject secular dan kebaratan serta menukar sekolah – sekolah agama kepada system pendidikan moden. Dengan itu para pelajar dapat di jarakkan dari mempelajari ilmu agama dan diganti kepada ilmu keduniaan semata – mata.
Kita tidak menafikan bahawa ilmu dunia ini penting tetapi kita tidak boleh mengenepikan pembelajaran agama kerana ilmu dunia tanpa bimbingan agama akan menyesatkan seseorang itu.

Maka benarlah firman Allah swt dalam surah At – Taubah ayat 32; mafhumnya:
Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan – ucapan_ mereka, dan Allah tidak menghendaki selain meyempurnakan cahaya – Nya, walaupun orang kafir tidak menyukai.

Oleh itu kita hendaklah bersatu menentang dakyah kaum Yahudi dan Nasara ini dan jangan lah kita mengikut akan sebarang arahannya, kerana Allah swt telah melarang keras kita dari menjadikan kaum ini sebagai ikutan. Firman Nya lagi;

Hai orang – orang yang beriman, jika kamu mentaati orang – orang kafir itu, nescaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang – orang yang rugi. Ali Imran ayat 149


Tuesday, February 01, 2005

Mega - Tsunami


"… An eruption of the Cumbre Vieja volcano on La Palma … was likely to cause a massive chunk of rock to break off, crashing into the sea and kicking up huge walls of water higher than any other in recorded history."
- Susan Sclachter.


A mega – tsunami is simply gigantic wave, one big enough to across oceans and destroy cities. Next mega –tsunami hot – spot is a Cumbre Vieja volcanoes on La Palma Island, near Canary Island. According to scientist, another eruption could cause the western flank of the island to collapse in the Atlantic Ocean. The collapse would create nearly 5,000,000,000,000,000 (5 thousand trillion) joules of kinetic energy, which would converted into a colossal wave 900 meter high with awesome speed – within ten minutes it would have moved 250 kilometer. Dr. Simon Day, who works at Benfield Greig Hazards Research Center, University College London says;

"If volcano collapsed in one block of almost 20 cubic kilometers of rock, weighing 500 billion tones – twice the size of the Isle of Wright – it would fall into water almost 4 miles deep and create an underwater wave 2000 feet tall. Within five minutes of the landslide, a dome of water about a mile high would form and then collapse, before Mega Tsunami fanned out in every direction, traveling at speeds of up to 500 mph. a 330 ft wave would strike Western Sahara in less than an hour."

Some source said that the energy released by the collapse would be equal to the electricity consumption of the entire United States in half a year. What damage would it cause? No coastline in the North Atlantic would be spared. Britain, France, Spain and Portugal would all badly hit. However, the real damage would be to the East coast of the United States. By time it had traveled the 4000 miles to America the wave would be lower and wider. It would now be just 50 meters high but many kilometers long, allowing it to sweep up to 20 miles inland, destroying everything in its path. Boston, New York and Miami virtually be wiped off the map. And virtually every human in these cities would be killed.
"Million would be killed. It’s not a question of if Cumbre Vieja collapse, it’s simply a question of when." Explain Dr. Day.

FAQ about Mega Tsunami, courtesy by BBC

Further Reading
http://www.bbc.co.uk/science/horizon/2000/mega_tsunami.shtml
http://armageddononline.tripod.com/tsunamis.htm

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...