Monday, August 15, 2005

OPERATION FLAVIUS, GIBRALTAR 1988

Operasi Flavius telah dijalankan oleh pasukan SAS British[1] di Kepulauan Gibraltar, pulau jajahan Britain yang berhampiran Negara Sepanyol. Operasi ini dijalankan apabila pihak British dimaklumkna oleh pihak keselamatn Sepanyol yang mereka telah mengesan dua orang operative pertubuhan IRA[2] iaitu, Sean Savage dan Daniel McCann di Madrid pada bulan November 1987.[3] Pihak perisikan British, MI6[4] serta SAS segera dimaklumkan, dan dari pemantauan mereka, pihak MI6 mengesyakki pengganas tersebut hanyak mempunyai dua tujuan, menyerang 250,000 orang warga Negara British di Costa del Sol atau menyerang instilasi tentera British di Gibraltar.[5] Pihak keselamatan British ketika itu amat tertekan dengan serangan demi serangan bom yang dilancarkan oleh pihak IRA seperti serangan ke atas Brighton’s Grand Hotel pada 12 October 1984 yang hampir mengorbankan Perdana Menteri Margaret Thatcher, serangan bom ke atas pasaraya Harrods pada tahun 1983, pembunuhan ke atas sepuluh orang pemain pancaragan tentera British di Royal Marines School of Music di Deal, Kent pada tahun1989 dan banyak lagi.[6] Setelah pantauan dan risikan khusus dijalankan, pihak British mengenalpasti sasaran IRA kali ini, iaitu semasa acara penggantian unit kawalan di kediaman Governor Gibraltar.

Teori ini semakin jelas, apabila pada 1 March 1988, pihak berkuasa Gibraltar merekodkan kedatangan seorang perempuan Irish yang bernama Mary Parkin ke sana. Mary Parkin atau nama sebenarnya Mairead Farrell merupakan seorang anggota veteran IRA yang telah dikenalpasti. Beliau telah dikesan memerhatikan beberapa kali acara penggantian unit kawalan tersebut. Bertindak atas maklumat ini, pada 3 march, sepasukan 16 anggota Special Project SAS telah dihantar ke Gibraltar dengan menggunakan penerbangan dan masa ketibaan yang berbeza.[7]

Pada pukul 2.50 petang, 6 march, ketiga – tiga anggota IRA itu dilihat memasuki puast Bandar dengan menaiki kereta Renault dan meletakkannya berhampiran dengan tempat acara itu akan berlangsung. Oleh kerana bimbang akan bom yang disangkakan diletak di dalam kereta itu, pihak SP SAS telah bertindak menyerang ketiga – tiga anggota IRA itu, tapi malangnya setelah di periksa, tiada terdapat tanda – tanda alat kawalan jauh serta bom di mayat dan kereta Renault tersebut. [8]

Tindakan anggota SAS ini menjadi kontrovesi kerana dituduh menyerang orang awam yang tidak bersenjata. Ini di burukkan lagi, apabila setahun kemudian, pihak ITV menyiarkan satu rencana bertajuk Death on the Rock yang menyebabkan pihak British menerima kecaman yang amat teruk.[9] Walaupun demikian pada 30 September 1988, mahkamah Gibraltar memutuskan bahawa tindakan anggota SP SAS itu tidak menyalahi undang – undang dengan undian 9 – 2.[10]

End Note
[1] Special Air Service. Untuk maklumat dan sejarahnya sila rujuk buku; Kemp, Anthony. The SAS at War 1941 – 1945. London: Penguin Books, 1991. atau Philip, Craig, and, Alex Taylor. Inside the SAS. London: Bloomsbury, 1992.
[2] Irish Revolution Army. Untuk maklumat lanjut, sila lihat; Bennett, Richard M. Elite Forces. London: Virgin Books, 2003.
[3] Bennett, Richard M. Elite Forces. London: Virgin Books, 2003. p 83
[4] British foreign intelligence agency. Untuk maklumat lanjut, sila lihat; http://www.fas.org/irp/world/uk/mi6/index.html
[5] Bennett, ibid.
[6] Davies, Nicholas. Ten – Thirty – Three. Edinburgh & London: Mainstream Publishing, 1999. p 54 & p 58
[7] Bennet, ibid.
[8] Philip, Craig, and, Alex Taylor. Inside the SAS. London: Bloomsbury, 1992.p 66
[9] Operation Flavius. http://en.wikipedia.org/wiki/Operation_Flavius
[10] 1988: SAS killed lawfully – Gibraltar jury. http://news.bbc.co.uk/onthisday/hi/dates/stories/september/30/
newsid_2542000/2542719.stm

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...