Friday, August 12, 2005

JEREBU DAN ANDA

Apakah itu jerebu ??
Jerebu adalah satu keadaan di mana mutu udara persekitaran sudah tercemar. Udara yang dihirup dipenuhi dengan pelbagai debu, habuk,gas dan juga bahan-bahan kimia. Antara gas-gas yang ada dalam jerebu adalah CO, O3­, PM10, SOx dan NOx.

Apa kaitan jerebu dengan manusia ??
Segala debu,habuk dan gas-gas dalam jerebu membentuk sebatian kimia yang membahayakan kesihatan manusia, juga kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Apa yang menyumbang kepada jerebu ??
1. Pembakaran secara terbuka
2. Penggunaan bahan bakar yang 'kotor'
3.Penggunaan minyak mengandungi plumbum untuk kenderaan
4. Kawalan pencemaran yang tidak berkesan
5. Pelbagai semburan atau aerosol
6. Pelbagai pembakaran yang menyumbang kepada penghasilan asap
7. Mungkin juga pembakaran rokok !!!

Apa yang perlu anda lakukan
menutup hidung dan mulut semasa berada di luar
memakai kaca mata yang boleh melindungi mata
meminum air yang banyak untuk melegakan rongga pernafasan, khususnya tekak
memasukkan air dalam hidung bagi membersihkan saluran hidung yang menapis kotoran
Kerap mencuci muka dan badan bagi menghilangkan kotoran
Kerap mengambil wuduk bagi orang Islam
Ambil makan seimbang yang berkhasiat terutama sayuran dan buah-buahan
Kurangkan masa berada diluar rumah atau bangunan
Mungkin pengambilan vitamin serta makanan kesihatan dapat meningkatkan imuniti dan tahap kesihatan Mungkin juga penggunaan alat pembersih udara dalam tempat tertutup boleh membantu mengekalkan udara dalaman yang bersih

Kurangkan aktiviti yang menggunakan bahan yang boleh mencemarkan udara seperti: menyembur, mengecat Menggunakan air semburan untuk menggurangkan habuk
Mengurangkan penggunaan alat yang boleh menghasilkan bahan pencemaran
Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor
Mengalakkan penggunaan kenderaan awam
Menasihati orang awan menjauhi tempat berjerebu
Pengharaman pembakaran secara terbuka
Kawalan lebih ketat kepada industri.
Mengurangkan waktu persekolahan .
Mengurangkan masa bekerja
Penggunaan kenderaan awam secara percuma atau diskaun

Disediakan oleh
Dr.Lo’lo’ bt Hj Mohamad Ghazali
Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hal Ehwal Luar
Dewan Muslimat PAS Pusat
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat
docpearl@doctor.com , docpearl@hotmail.com
Tel: 0341068466, Fax: 0341068469 , Tel/fax: 0342565548

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...