Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Friday, August 24, 2007

Santapan Jiwa: Kelebihan Sujud

Sujud lega sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Sumber: Koleksi Email & http://isuhangat.blogspot.com/2007/05/santapan-jiwa-kelebihan-sujud.html

Malaysia, Jepun & Great Britain Merdeka!!!!

Sekarang ni KITA dah MERDEKA selama 50 tahun, cuba kita fikir apa yang kita dah capai dan kita rasa apa yang patut kita capai.... Pendek cerita, apa dah jadi kepada kita sekarang yang merdeka atau apa akan jadi kalau kita masih duduk bawah penjajah....

SEKARANG BILA KITA MERDEKA SENDIRI

1. Kereta yang kebanyakan kita mampu pakai hanyalah WAJA, WIRA, MYVi,
KELISA dan KANCIL

2. Gaji minimum kita di kerajaan ialah RM900 tapi di swasta ialah RM450

3. Harga minyak dan harga barang bila dibandingkan dengan gaji SANGAT TIDAK BERPATUTAN

4. Kita kena kerja 7 hari seminggu, 12 jam sehari. (Pekerja Swasta)

5. Team Bola Sepak kita hanya layak ke SUKAN SEA dan ranking 152.

6. Kita hanya pernah ke Oversea (Pangkor, Redang, Pulau Pinang)

7. Perdana Menteri hanya 5 orang sejak 50 tahun merdeka dan dari satu Barisan sahaja.

8. Kebanyakan kita bila berumur 55 tahun, kita terpaksa retire dari satu kerja dan berhijrah ke kerja lain.

9. Kita kena bayar TOL setiap hari dan jumlah Lebuhraya baru bertambah sama seperti gerai pasar malam

10. Kita hidup dengan aman dan damai setiap hari tanpa sebarang halangan.



KALAU KITA MASIH DIBAWAH JEPUN

1. Kereta yang kebanyakan kita mampu pakai hanyalah HONDA, TOYOTA , MITSUBISHI, NISSAN, SUZUKI dan ISUZU.
Kita gelak dengan orang yang pakai kereta HYUNDAI dan PEUGEOT.

2. Gaji minimum kita di kerajaan ialah JUTA2 YEN tapi di swasta ialah YEN JUTA JUTA juga

3. Buat apa nak kisah beli minyak sebab kita ada banyak PENGANGKUTAN AWAM.
4. Kita kena kerja 5 hari seminggu, 8 jam sehari. (Pekerja Swasta)

5. Team Bola Sepak kita pernah main kat WORLD CUP. WORLLLLDDDD! !!! BANGGA WA CAKAP LUUU....

6. Kita sering pegi oversea, around the world dan semua orang bila jumpa kita nak cakap bahasa kebangsaan kita di negara mereka hahahaha bangang betul la mereka tu....

7. Aku tak tau berapa banyak Perdana Menteri dan berapa banyak parti politik, tapi sering tukar2 la, tapi RAJA satu jer, tak pernah tukar2 RAJA pun.

8. Kebanyakan kita bila berumur 55 tahun, kita jalan2 makan angin ke negara lain, kalau kita tak pergi makan angin, member2 kutuk sebab mereka semua pergi makan angin.

9. TOL???? ape kemende tu???? Buat apa bayar jalanraya yang kerajaan buat guna duit rakyat????

10. Kita hidup dengan aman dan damai setiap hari tanpa sebarang halangan.



KALAU KITA MASIH DIBAWAH GREAT BRITAIN

1. KITA MAMPU PAKAI SEMUA KERETA SEBAB SEMUA KERETA MURAH NAK MAMPOSSS!!!! TAK PAYAH REPAIR, ROSAK BELI BARU.
ADA JUGAK ORANG NAK AMBIK KERETA ROSAK KITA TU.

2. GAJI DAPAT DUIT POUND STERLING. KITA GELAK KAT EURO DAN US DOLLAR SEBAB MURAH!!!! LOW CLASS!!!!

3. PENGANGKUTAN AWAM BANYAK DAN MINYAK PUN MURAH.
4. Kita kena kerja 5 hari seminggu, 8 jam sehari. (Pekerja Swasta)

5. SEMUA ORANG SUKA NATIONAL TEAM BOLASEPAK KITA. TAK PERNAH MENANG PUN TAPI RAMAI ORANG SUKA PAKAI JERSEY BOLA KITA, SPONSOR KELAB KITA, SOKONG SAMPAI PAGI2 BUTA GAME KELAB2 BODOH KITA. WORLD CUP???? TAK PAYAH CERITA LAAA, DAH BORING LAYAK TAPI TAK MENANG FINAL PUN.

6. PERGI OVERSEA???? AKU NAMPAK ORANG DATANG TEMPAT AKU ADA LAH, AKU PELIK APA SEBAB MEREKA MINAT SANGAT DATANG TEMPAT AKU....

7. Aku tak tau berapa banyak Perdana Menteri dan berapa banyak parti politik, tapi sering tukar2 la, tapi QUEEN satu jer, tak pernah tukar2 QUEEN pun.

8. Kebanyakan kita bila berumur 55 tahun, KITA PERGI JALAN2 SANA SINI DAN TENGOK BOLA JER. SAMPAI BORING DUDUK RUMAH TAK BUAT APA PUN.

9. TOL???? ape kemende tu???? Buat apa bayar jalanraya yang kerajaan buat guna duit rakyat????

10. Kita hidup dengan aman dan damai setiap hari tanpa sebarang halangan.

11. WOI!!!! Merdeka tu apa???? bila masa Great Britain kena jajah???? Penjajah terakhir kami ialah Tentera ROM lebih kurang 300 Masihi.... aku pun dah lupa kemerdekaan kali ke berapa, dah tak celebrate dah kot....

Fikir2 lah wahai sahabat.... ERTI SEBENAR KEMERDEKAAN. ...

Sumber: Koleksi Email

Tuesday, July 31, 2007

Kesan rasuah

Mehmet Pasha, pegawai perbendaharaan Empayar Othmaniah menulis dalam buku beliau bertajuk The Book of Counsel for Vizier and Governor, C. 1704, antaranya;

1. "It is essential to guard against giving office through bribery to the unfit and tyrannical oppressors."
2. "... Bribes mean giving permission to plunder the property of the subject."
3. "Bribery is the beginning and root of illegality and tyranny, the source and fountain of every sort of disturbance and sedition, the greatest of calamities..."
4. "The business of the treasury is among the most important and essential affairs of the exalted government." (1)

End Note
(1) Andrea, Alfred J. and, James H Overfield. The Human Record. 3rd Edition Vol. II. Houghton Mifflin Co.


sumber: http://www.danchan.com/weblog/rainman

Tiada alasan mengatakan tidak...

di dalam pesawat

di stesyen kerata api, ataupun...


di hadapan regim yang zalim


Saturday, May 26, 2007

Surat Sayang untuk mu

Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada KU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kemarin .......

Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja ........ AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu sibuk .........

Disatu tempat, engkau duduk disebuah kursi selama lima belas menit tanpa melakukan apapun. Kemudian AKU Melihat engkau menggeerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara kepadaKU tetapi engkau berlari ke telephone dan menghubungi seorang teman untuk mendengarkan kabar terbaru.

AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU

Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu. Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut sebelum menyantap rizki yang AKU berikan, tetapi engkau tidak melakukannya ........

masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang kerumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.

Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV, engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari didepannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yg ditampilkan. Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali kau tidak berbicara kepadaKU ..........

Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah. Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ketempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun namaKU, kau sebut. Engkau menyadari bahwa AKU selalu hadir untukmu.

AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sadari. AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain. AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU menantikan sepatah kata, do'a, pikiran atau syukur dari hatimu

Keesokan harinya ...... engkau bangun kembali dan kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahwa hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKU ........Tapi yang KU tunggu ........ tak kunjung tiba ...... tak juga kau menyapaKU

Subuh ........ Dzuhur ....... Ashyar ........... Magrib ......... Isya dan Subuh kembali, kau masih mengacuhkan AKU ..... tak ada sepatah kata, tak ada seucap do'a, dan tak ada rasa, tak ada harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU ...........

Apa salahKU padamu ...... wahai UmmatKU????? Rizki yang KU limpahkan, kesehatan yang KU berikan, harta yang KU relakan, makanan yang KU hidangkan, anak-anak yang KUrahmatkan, apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKU .............!!!!!!!

Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU tetap berharap suatu saat engkau akan menyapa KU, memohon perlindungan KU, bersujud menghadap KU ....... Yang selalu menyertaimu setiap saat .........

Sumber: Koleksi Email

Tuesday, April 10, 2007

Starbuck vs. Ethiopia





APA KENA MENGENANYA STARBUCK COFFEE DAN NEGARA ETHIOPIA?

UNTUK JAWAPANNYA SILA KLIK DI SINI (pdf)

Monday, April 02, 2007

KONDOM TIDAK MENJAMIN PERLINDUNGAN DARIPADA HIV AIDS !



Para penyelidik di Naval Research Laboratory (NRL) dengan menggunakan mikroskop elektron berkuasa tinggi telah menemui bahawa liang rongga lubang pada kondom yang diperbuat daripada latex mempunyai kecacatan yang tinggi iaitu lubang rongga ini mempunyai saiz garispusat 70 mikron (1000 mikron = 1 mm). Saiz lubang ini adalah 700 kali lebih besar dari saiz virus HIV. Malah menurut mereka adakalanya liang rongga pada kondom ini pada masa tertentu boleh ditembusi oleh sperma yang terdapat dalam air mani.
Menurut Dr. Joe S. McIlhaney, Jr., terdapat bukti klinikal yang menunjukkan bahawa kadar infeksi chlamydial yang berlaku kepada mereka yang menggunakan kondom adalah sama dengan mereka yang tidak menggunakan kondom. Kesimpulannya ialah kondom gagal untuk melindungi wanita daripada trachomatis chlamydia sejenis penyakit yang sering dijangkiti di Amerika Syarikat yang disebabkan oleh bakteria jangkitan seks.

95.7% HIV/AIDS BERPUNCA DARI ZINA, PELACURAN, SEKS BEBAS
Prof. Dr. H. Dadang Hawari dalam seminar tentang HIV/AIDS di Fakultas Kedokteran Universitas Indonesia menyatakan konsentrasi virus HIV/AIDS banyak terdapat pada cairan liang senggama, sperma dan darah.
Kajian telah membuktikan penyakit AIDS disebabkan 95,7% melalui perzinaan dan pelacuran termasuk perilaku seks bebas dan homoseksual.
Katanya lagi "Untuk menghindari tersebarnya virus HIV/AIDS, hendaklah dijauhi perbuatan yang mengarah kepada perzinaan, seperti pornografi (filem atau gambar lucah dan mengghairahkan), pelacuran, homoseksual dan seks bebas, ditambah lagi penggunaan NAZA (Narkotik, Alkohol dan Zat Adiktif)".
Pemakaian kondom menurutnya, tidak 100% selamat, ianya hanya mengurangkan risiko penularan AIDS/HIV sebanyak 30%.
Hal ini disebabkan material kondom mengandungi beberapa kelemahan seperti:
1. Bahan kondom terbuat dari karet (latex) yang merupakan senyawa hidrokarbon dengan polimerisasi; yang bererti berserat dan berpori bagaikan tenunan kain.
2. Pori-pori kondom dan virus HIV/AIDS hanya dapat dilihat melalui elektron mikroskop.
3. Sperma dapat dilihat dengan mikroskop biasa, sedangkan virus HIV/AIDS hanya boleh dilihat dengan elektron mikroskop.

Kadar kegagalan penggunaan kondom dalam mengawal kehamilan mencapai 20%. Di Indonesia
setiap tahun terdapat 3,5 juta kehamilan yang tidak diinginkan, dimana 60% diantaranya minta digugurkan.
Sekiranya penggunaan kondom untuk mengawal kehamilan tidak 100% selamat, apalagi untuk mencegah penularan HIV/AIDS.

TAHUKAH ANDA, TEMAN ANDA YANG SIHAT BOLEH SEBARKAN HIV/AIDS
AIDS adalah sejenis penyakit yang tiada penawarnya pada ketika ini. AIDS adalah penyakit yang membawa maut, dimana pesakit akan menderita lama sebelum kematian.
HIV ialah nama virus yang menyebabkan penyakit AIDS.
Seseorang yang membawa virus HIV didalam badannya adakalanya boleh hidup selama 15 tahun atau lebih tanpa menunjukkan kesan penyakit AIDS pada dirinya. Dan ada pula yang dijangkiti virus HIV dalam masa beberapa bulan sahaja dijangkiti AIDS.
Tetapi mereka ini boleh menyebarkan virus HIV ini kepada orang lain melalui hubungan seks, pendermaan darah atau darah ketika kemalangan kepada orang lain yang tidak berdosa.
Kadar jangkitan HIV/AIDS untuk wanita adalah lebih tinggi sekiranya teman mereka menghidap HIV/AIDS

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari AmalMalaysia.net



Friday, March 30, 2007

SEBELUM dan SESUDAH Banjir - Seandainya Kita Sudah Terlupa


"Pertamanya marilah kita merenung sejenak tragedi yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini yang banyak memberikan keinsafan dan kesedaran jika kita ada secebis keimanan & keyakinan kepada Allah S.W.T. Keimanan ini walaupun sebesar biji sawi ia mampu menggerakkan hati yang mati untuk hidup kembali melihat kebesaran Allah yang Maha Agong berdepan dengan kita sebagai makhluknya yang terlalu kerdil.


Banjir di Johor! Ini adalah unggapan yang senantiasa bermain di bibir rakyat Malaysia khasnya rakyat Johor. Beberapa persoalan timbul mengenai fenomena bencana alam yang berlaku ini. Persoalan yang sering kali ditimbulkan ialah mengapa banjir boleh berlaku di Negeri Johor yang banyak parit & saliran ? Mengapa air yang turun masih tidak lagi surut ? Mengapa hari tak hujan dalam suasana panas terik tapi tiba-tiba boleh banjir? Kenapa bila air pasang besar, kawasan boleh jadi banjir, tapi bila dah surut , ada kawasan yang surut namun kawasan yang terkena banjir, air semakin naik? Hai pelik betul ! Tapi inilah perkara yang berlaku di Negeri Johor!


SOALNYA KENAPA & MENGAPA?

Bagi menjawab persoalan ini, kita boleh merujuk kepada sejarah dunia yang pernah diberitahu oleh Allah dalam Al-Quran. Mudah-mudahan Allah akan meluaskan rezeki kepada yang membaca tazkirah & risalah ini dan semuga Allah akan memudahkan segala urusan kita.Marilah kita bersama lapangkan dada kita & membuka fikiran kita untuk sama-sama kita memahami kisah yang telah Allah kisahkan kepada kita dalam Al-Quran.


KISAH DI DALAM AL-QURAN

Allah S.W telah berfirman dalam surah Al-An’am ayat 6:


Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?


Di dalam ayat di atas Allah mengarahkan kita agar melihat kepada kaum yang telah Allah musnahkan.Sebenarny a kalau kita melihat dalam Al-Quran banyak kaum telah musnahkan antaranya ialah kaum Nabi Nuh yang Allah musnahkan dengan banjir yang besar!. Mengapa Allah menurunkan bala kepada kaum tersebut ?


Allah binasakan mereka kerana mereka ingkar terhadap arahan Allah & Nabi Nuh...Firman Allah dalam Surah Hud ayat 32 :


Mereka berkata: "Wahai Nuh! Sesungguhnya engkau telah bertikam lidah membantah kami lalu engkau banyakkan sangat hujjah-hujjah semasamengemukakan bantahanmu kepada kami; oleh itu, datangkanlah azab Allah yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar".


Lalu dijawab oleh Nabi Nuh di dalam Surah Hud ayat 33 :


Nabi Nuh menjawab: "Sesungguhnya Allah jualah yang akan mendatangkan azabNya itu kepada kamu jika Ia kehendaki, dan kamu tidak sekali-kali akan dapat melemahkan kuasa Allah!


Kemudian Nabi Nuh menyambung lagi: Surah Hud ayat 34:


Dan tidak ada gunanya nasihatku kepada kamu, jika aku hendak menasihati kamu, kalau Allah hendak menyesatkan kamu (kerana kamu tetap berdegil); Dia lah Tuhan kamu dan kepadaNya kamu akan kembali".


Allah mengarahkan kepada Nabi Nuh untuk menghadapi banjir yang besar itu dengan firmanNya surah hud 37 :


Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan)".


Lalu Allah menerangkan kepada kita bagaimana Allah menurunkan azabnya surah hud ayat 40 :


(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: "Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya) , juga bawalah orang-orang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.


Dalam ayat di atas Allah menyatakan ada air yang keluar dari muka bumi....Mungkinkan tragedi banjir yang berlaku dalam negeri kita ini datang dari punca yang sama??? Sebab hujan tak turun tapi kenapa tiba-tiba boleh banjir?? Air datang dari mana ?? Kalau datang dari empangan kenapa air tidak meresap masuk ke bumi? Kenapa Air lambat surut? Air pasang besar dah surut tapi kenapa kawasan banjir masih tetap naik?


Lalu Allah menceritakan bagaimana air boleh surut setelah banjir tersebut menggelamkan kaum Nabi Nuh dengan firmannya surah Hud ayat 44 :


Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim".

Ayat di atas menunjukkan bagaimana Allah membinasakan kaum yeng terdahulu dengan sebab dosa-dosa mereka. Oleh yang demikian Allah jualah yang berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.Marilah kita kembali kepada Allah dengan melakukan segala perkara yang disuruh dan meninggalkan segala perkara yang dilarangSemuga Allah menyelamatkan kita daripada bencana yang menimpa kita. Jangan sekali-kali kita ingkar arahan Allah S.W.T


OLEH

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani

Tim.Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda

Pas Negeri Johor


Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...