Ketika membaca Surah A-Ala (Surah 87) [1] aku terjumpa pada jawapan perlu atau tidak tazkirah semasa Tarawih.
Seperti yang dimaklumi, Selangor melarang jemaah di negerinya melakukan Tazkirah semasa solat Tarawih dan mengarahkan solat Tarawih diadakan 20 rakaat tanpa Tazkirah [2]
Ayat 9 surah A – La menyebut:
Oleh itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat – Allah telah mengarahkan memberikan peringatan/ nasihat/ tazkirah kerana pekara itu bermanfaat.
kemudian Allah menyatakan hanya orang yang takut (beriman) kepadanya sahaja yang menyukai majlis – majlis tazkirah ini (orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran) Surah A –La: 10
Dan Allah secara terang menyatakan orang yang tidak menghendaki/ melarang atau benci kepada majlis – majlis ilmu/ tazkirah/ nasihat ini merupakan orang – orang yang celaka (kafir) sepertimana yang disebut dalam ayat ke 11 Surat A – la, maksudnya;
Dan orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya.
Dan Allah swt melaknat mereka di dalam ayat ke 12 & 13 yang bermaksud;
(iaitu) orang yang akan memasuki api yang besar (neraka) {ayat 12)
Selanjutnya dia di sana tidak tidak mati dan tidak (pula) hidup {ayat 13}
Sementara dalam Tafsir Mahmud Yunus beliau mengulas:
Firman Allah: Berikanlah peringatan dan pelajarann dengan Al – Quranini, kerana peringatan itu bermanfaat. Peringatan itu akan diterima oleh orang yg takut akan Allah. Hanya orang yang menolaknya ialah orang – orang yang celaka dan kafir, iaitu orang – orang yang akan masuk ke neraka yang terbesar.[3]
End Note
[1] Rujuk Al – Hikmah: Al – Quran & Terjemahannya, terbitan CV Pernerbitan Diponogoro
[2] Rujuk http://www.selangordaily.com/modules.php?name=News&file=article&sid=1826
[3] Rujuk: Prof. Dr H Mahmud Yunus. Tafsir Quran Karim. Singapore: Basheer Ahamed, 1979. hal. 899
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)
October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...
-
1865-Apr. 14 . U.S. Pres. Abraham Lincoln shot by John Wilkes Booth, a well-known actor with Confederate sympathies, at Ford's Theater i...
-
Oleh: Encik Syakirin bin Syaari( Lecturer University Of Science & Technology, Sana'a Yemen ) Khalid ibn Zayd ibn kulayb dari Banu Na...
No comments:
Post a Comment