Wednesday, July 25, 2007

Minggu yang sibuk

23 Julai 2007
- Usrah DUN Hulu Kelang
- XPDC Dakwah UPM DUN Hulu Kelang ke Taman Permata & Taman Melawati
"Merakyat Perjuangan Melalui XPDC Dakwah "

24 Julai 2007
- Lawatan DPP Kawasan Gombak ke DPP Kawasan Selayang di Pejabat PAS Kawasan Selayang

LAWATAN MAHABBAH TINGKAT SEMANGAT
PEMUDA


Selayang - 24Julai 2007, Lawatan Mahabbah Dewan
Pemuda PAS Gombak ke Dewan Pemuda PAS Selayang hari ini amat bermakna bagi
kedua-dua belah pihak. Deligasi daripada Ahli Jawatankuasa DPPK Gombak di ketuai
oleh Ust Hasbullah Mohd Ridzwan selaku Ketua Pemuda dan disambut oleh Ahli
Jawatankuasa DPPK Selayang yang diketuai oleh A. Zaidi Abd Talib. Pertemuan
yersebut berlangsung di Pejabat PAS Kawasan Selayang.
Ust Hasbullah dalam ucapan
aluannya bersyukur kerana dapat bertemu dengan saf kepimpinan DPPK Selayang.
Ucapan tahniah juga kepada DPPK Selayang kerana memenangi DPPK terbaik dalam
Selangor.


Bagi DPPK Gombak program ziarah atau deligasi mahabbah merupakan
amalan biasa dalam rangka memperkasakan parti dan menimba pengalaman dari orang
lain, terutamanya DPPK yang terbaik dalam negeri atau negara. Disamping
merapatkan ukhuwah, peluang bertemu semestinya dipergunakan untuk mempelajari
rahsia kecemerlangan dan kekuatan yang ada dalam kawasan tersebut.


Bagi Ketua DPPK Selayang, A. Zaidi Abd Talib, kunjungan daripada DPPK Gombak adalah satu
peluang yang baik untuk beramah mesra dan berkongsi pendapat atau pengalaman.
DPPK Selayang juga banyak belajar daripada DPPK Gombak dalam usaha memperkasakan
pemuda dan organisasi tambahan pula kawasan yang berjiran. Baginya setiap
kawasan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, kelebihan-kelebihan yang ada
mendorong kearah kemajuan dan kekurangan ditampung dan dibaiki bersama.


Apa yang penting dalam pertemuan tersebut ialah kesepakatan dan kesungguhan parti
khususnya Dewan Pemuda untuk berhadapan dengan pilihanraya akan datang. Pemuda
perlulah menjadi penggerak dan sayap kanan parti dalam usaha menumbangkan BN.
Sebarang peluang kerjasama yang wujud perlulah digunakan dan digembelengkan
bersama dalam menghadapi pilihanraya akan datang.


Berita oleh :Lajnah Penerangan, Informasi dan
Komunikasi Dewan Pemuda PAS Kawasan Gom
bak


25 Julai 2007
- Usrah Cawangan & UPU DUN Hulu Kelang
- Mesyuarat AJK Persiapan Air, Prog walimah anak Dr Hatta Ramli


26 Julai 2007
- Pertemuan kerja antara Unit Pengundi Muda PAS Hulu Kelang dengan AMK Hulu kelang

27 Julai 2007
- Jamuan Meraikan petugas - petugas Prog Walimah Anak Dr Hatta Ramli

28 Julai 2007
- Majlis Walimah anak Dr Hatta Ramli (bertugas sbg urusetia minuman)

29 Julai 2007
- Program penculaan pilihanraya
- Mesyuarat AJK Induk Himpunan Pemuda Hulu Kelang

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...