21 April 2008
C7 Flat UTM 01:00 am
Time ni semua dah tido, Cuma aku jer yang x tido2 lagi. Semalam – aku OT lagi, tapi sebelum ke ofis, aku ke MMC untuk collect RM50.00 elaun mesyuarat KOTAMAS.
Cerita menarik dimana seorang ahli senat US berdarah Arab, James G Abourezk, South Dakota, mempermain lobbyist yahudi bernama David Brody;
Pada tahun 1974, dengan harapan untuk dilantik bagi mengisi satu jawatan kosong di dalam Jawatankuasa Kehakiman Senat, beliau memberi amaran kepada David Brody, seorang pelobi Anti – deformation League, jika dia tidak mendapat jawatan itu, dia akan berusaha mendapatkan kerusi dalam Jawatankuasa Perhubungan Luar Negara… “Brody akan sedaya upaya untuk menghalang saya masuk ke dalam Jawatankuasa Perhubungan Luar Negara dimana bantuan kepada Israel akan ditentukan. Saya berhutang budi kepada lobi yang membantu saya dilantik ke dalam Jawatankuasa Kehakiman Senat”,.. Perlantikan ini memberi kesempatan kepada Abourezk untuk membicarakan hal tentang hak milik Israel di Tebing Barat dan Gaza, sama ada ia sah dari segi undang – undang atau tidak, pada tahun 1977. “Ini adalah pembicaraan pertama – dan terakhir – tentang tajuk ini.” [1]
Begitulah kuatnya genggaman puak Yahudi pada politik US
Dalam buku Tentera dalam Politik karya Eric A Nordlinger aku tertarik akan satu ungkapan yang ditulisnya;
Pemimpin adalah orang yang boleh menentukan punca satu – satu masalah – sama ada teknikal, tentera atau social – dan orang yang bersedia membawa ke matlamat yang dikehendaki. [2]
Cuba kita lihat apa kata bekas Setiausaha Negara US, Dean Acheson mengenai ketua, katanya;
Strong men can accomplish a lot even with poor organization, but weakness at the top cannot be overcome by the best.” [3]
Hmmmm..Pak Lah ader nak komen aper – ape ke?
OK la mata dah ngatuk… esok malam kita sambung tulis lagi ekk
Chaloo…
**
Nama yang disebut dalam tulisan hari ini:
James G Abourezk – Ahli Senat US dari North Dakota
David Brody – Pelobi Yahudi dari Anti – Deformation League
Eric A Nordlinger
Dean Acheson – Setiausaha Negara US
Pak Lah - PM Malaysia
Nota Kaki
[1] Findley, Paul. Mereka Berani Bersuara. Trans. Media Indah Sdn. Bhd. K Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, 1993. Hal. 121 – 122
[2] Nordlinger, Eric A. Tentera dalam Politik: Kudeta dan Kerajaan. Trans. Ghazali Mayuddin. K Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, 1986. Hal. 167
[3] Vitullo – Martin, Julia, and J Robert Moskin. Executive’s Book of Quotations. New York: Oxford UP, 1994. Hal. 162
No comments:
Post a Comment