Monday, April 16, 2007

Catatan Semalam

14 April 2007
Aku tiba di KL dari Kulim Hi Tech jam 4.30 pagi. Kereta Doc rosak plak di Jalan Raja Laut tak jauh dari Pejabat Agung. Jalan kaki le ke Pejabat, kemudian naik taxi A Aziz ke Opis aku untuk mengambil kereta aku yang aku latak di sana petang semalam.

Aku ke Kulim sebab escort Doc yang kena berceramah di sana. Bertolak from KL pada 13 April, dalam pukul 5 ptg. Sampai di Kulim jam 8.30 malam, selesai makan, program ceramah pun start di surau yang berhampiran (lupa nama taman tempat ceramah tu)...
Sempat beli senaskah buku:
CN al - Afghani. Tangisan di Bumi Kashmir. Baling, Kedah: Corak Memali, 1998 (RM2.00)

Ceramah tamat jam 11 mlm, lepas minum2 kami pun berangkat pulang ke KL.

Jam 9, aku dan isteri serta Izzatul dan K Mur ke Tesco Ampang. Shopping barangan rumah dan makan T/hari di rumah K Mur

Sebelah malam ke TM, sebab bertugas di Ceramah Perdana di sana. Habis ceramah kena susun dewan untuk program AGM Pas Kawasan Gombak esok hari till 1 pagi.


15 April 2007

Pagi - pagi dah ke TM, sebagai perwakilan DPPG ke AGM Pas Kawasan Gombak di TM hari ni. Perasmi nya ialah YAB Tuan Guru Datuk Haji Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan merangkap Menteri Besar Kelantan.

Perubahan pucuk pimpinan Kawasan di mana, YDP masih lagi diterajui oleh Dr Hatta Ramli, sementara Tim YDP pula diamanahkan kepada Cikgu Radzi, menggantikan Ustaz Sallahudin Nasir. Ustaz Zakaria Mamat pula dipilih sebagai Naib YDP yang baru menggantikan Cikgu Radzi.

pembelian buku
Saari Sungip. Ed. Penerangan Menjana Perubahan: Gombak bermaklumat menuju Kemenangan. Gombak: Pas Kawasan Gombak, 2007 (rm10.00)

Malam - pergi makan malam di rumah K Mur, balik ke Flat UTM jam 10malam dan tidur awal.

1 comment:

fathi aris omar said...

Sedutan artikel Fathi Aris Omar, “Di Bawah Mendung Usrah”

[ii]

Mungkin (ulang: mungkin) manusia paling bodoh itu manusia yang tidak rancak berfikir. Yang kedua terbodoh, manusia yang tidak membaca buku, sementara tempat ketiga jatuhnya kepada manusia yang tidak luas pergaulan dan beragam diskusinya. Dan ketiga-tiganya ada pada manusia usrah dan jemaah Islam yang saya kenali!

Jika gejala ini sejenis paradoks – beginilah paradoks, satu-satunya, yang berjaya saya cungkil sepanjang 10 tahun berusrah dan bergerak dalam gerakan pelajar dakwah; dan selebihnya politik kepembangkangan, kewartawanan dan aktivisme era Reformasi 1998-99. Dan lebih parah daripada segala paradoks ini, keyakinan kita untuk menyebarkan dan melaung-laungkan kebodohan kita di depan masyarakat dengan rasa penuh yakin dan bangga!

Tidak lama selepas karya-karya Fathi Yakan, saya dikenali pula dengan karya-karya al-Maududi (khususnya Fundamentals of Islam atau edisi serpihan terjemahan Iman, Islam, Jihad), Hassan al-Banna (Usul 20 dan Dakwah Kita), Syed Qutb (Petunjuk Sepanjang Jalan, Keadilan Sosial dalam Islam atau sebahagian Fi Zilalil Quran), Yusuf Qardhawi (Problema Kemiskinan), Muhammad Qutb (Salah Faham Terhadap Islam), Mustafa Masyhur (Petunjuk Sepanjang Jalan Dakwah), Said Hawwa (Risalah Ufuk Ta’lim atau Jundullah: Thaqafan wa Akhlakan) dan juga Abu Urwah (Risalah Usrah edisi pertama), selain makalah-makalah terbitan persatuan-persatuan mahasiswa universiti, termasuk PMUTM sewaktu Ahmad Lutfi Othman memegang jawatan setiausaha agungnya.

Kalaulah saya mengadakan usrah hari ini, saya haramkan buku-buku ini kepada anak-anak usrah saya.

Mereka sepatutnya membaca Syed Hussein Alatas (Intelektual Masyarakat Membangun atau Sosiologi Korupsi), Goenawan Mohamad (siri Catatan Pinggir), John Stuart Mill (On Liberty), George Orwell (Nineteen Eighty Four), Jean Paul Sartre (The Age of Reason), Alvin Toffler (Future Shock atau Third Wave), Majid Fakhry (A History of Islamic Philosophy), Bertrand Russell (A History of Western Philosophy), Friedrich August Hayek (The Counter-Revolution of Science: Studies on the Abuse of Reason), Seyyed Hossein Nasr (Science and Civilization in Islam atau Traditional Islam in the Modern World), Osman Bakar (Classification of Knowledge in Islam), Shaharir Mohammad Zain (Simbiosis antara Sistem Nilai dengan Tabii Matematik), Syed Naguib al-Attas (Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu) dan beberapa karya tokoh pemikir dan ahli politik tempatan. Mungkin buku Dr Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah, boleh dibaca dan relevan untuk “usrah baru” saya nanti.

Mungkin, selepas sekian lama berusrah, anak didik saya ini akan terkhayal dengan bahan-bahan diskusi yang ditelaah mereka dan mula berlagak sebagai “intelektual muda” dengan istilah-istilah ganjil dan “moden” untuk menakut-nakutkan sasaran sembang mereka. Tetapi, lebih baiklah berlagak dengan gaya ini daripada tidak sedar diri menjual kalimah-kalimah orang Arab, sesekali memetik al-Quran atau hadis, yang sudah basi dan tidak relevan dengan zaman dan geografi kita! Kalau mahu jenama import, pastikan yang bermutu dan tahan lama.

http://patahbalek.blogspot.com/

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...