April 29, 2007 Ahad
10:10 pm B10 Flet UTM
Hujan mula turun di Hulu Klang, time ni ibu dan baby dah tidur. Aku pun macam nak tidur sebab keletihan, maklumlah hampir seminggu berkempen di Ijok. Last – last kalah jugak.
Tak kala mengimbau tentang kenangan seminggu di Ijok tu, aku teringat tentang betapa megahnya para pembesar Negara yang begitu angkuh memperkuda segala jentera kerajaan tanpa segan silu untuk berkempen bagi parti mereka.
Kereta – kereta Kementerian, Jabatan waima University – university juga tidak ketinggalan turut serta digunakan oleh jentera pilihanraya mereka.
Pak – pak menteri begitu akrab dan mesra kepada rakyat sekitar ketika itu. Tetapi bila sudah menang sekarang, harap – harap jangan lah mereka lupa jalan ke pekan Ijok lagi
Ketika membaca buku bertajuk Hadith 40 karya Imam Nawawi, aku tertarik akan perilaku dan sahsiah Imam Nawawi seperti yang ditulis dalam buku tersebut;
Kehidupannya sehari – hari adalah sekadar memelihara kesihatan badanya. Makan minumnya sehari semalam hanya sekali. Masa selama duapuluh empat jam digunakan sebahagian besarnya kepada bakti dan khidmat suci terhadap penyebaran dan perkembangan ilmu pengatahuan agama Islam. Pendek kata beliau tidak sangat menghiraukan soal makan, minum dan pakaian serta perhiasan… dan beliau tidak suka kepada makan buah – buahan kerana mengelak daripada mengantuk yang menganggu tugasnya sehari – hari. 1
Berbalik tentang menteri – menteri dan pembesar kita sekarang, maka apakah ada sedikit atau banyaknya persamaan mereka dengan Imam Nawawi ini?
Mata aku pun dah bertambah berat, masa untuk beradu lah pulak. Moga – moga esok mentari akan bersinar kembali. Amin…(Catatan orang tengah frust, belum menang di Ijok heheheh)
Nota Kaki
1 Imam Nawawi. Hadith 40: Terjemahan & Syarahnya. Trans. Ust Mustafa A Rahman. Selangor: Dewan Pustaka Fajar, 2005. Hal 44
No comments:
Post a Comment