Monday, December 19, 2005

Agenda Malam Tahun Baru 2006



Kalau pihak di Indonesia boleh melakukannya mengapa tidak kita di Malaysia yang telah bergelar Negara Islam. Lihatlah program di atas, lihat lah para penajanya. Bukan program tajaan sesebuah parti atau NGO tetapi program tajaan syarikat - syarikkat korperat Indonesia yang patut dicontohi di Malaysia (jangan asyik menaja konsert - konsert sahaja). Siapa pula yang akan mengepalainya? Kenal kah kita siapa Dr. Hidayat Nur Wahid, beliau adalah Ketua Majlis Pemesyuaratan Rakyat (MPR) Indonesia sessi 2004 - 2009. Apa dia MPR? MPR merupakan Parlimen di Indonseia, dan ketua Parlimen (Speaker kalau kita di sini) yang mengetuainya.
Di bawah, disertakan sedikit tentang apa itu MPR dan tugas - tugasnya, semoga ianya dapat memberikan sedikit gambaran kepada kita tentang mereka - mereka yang turut sama dalam program ini dan jawatannya di sana.

The 1945 Constitution of the Republic of Indonesia
Chapter II The People's Consultative Assembly (Majelis Permusyawaratan Rakyat or MPR)

Article 2
(1) The MPR shall consist of the members of the DPR and the members of the DPD who have been elected through general elections, and shall be regulated further by law.

(2) The MPR shall convene in a session at least once in every five years in the capital of the state.
(3) All decisions of the MPR shall be taken by a majority vote.

Article 3

(1) The MPR has the authority to amend and enact the Constitution.

(2) The MPR shall inaugurate the President and/or Vice President.
(3) The MPR may only dismiss the President and/or Vice-President during his/her term of office in accordance with the Constitution.
source: http://www.us-asean.org/Indonesia/constitution.htm

Sumber: http://www.republika.co.id/

Friday, December 16, 2005

Sang Singa Farsi: Mahmoud Ahmedinejad


Ketika berucap di Zahedan, tenggara Iran, President Ahmedinejad mengungkapkan kata – kata ini;

“They have fabricated a legend under the name Massacre of Jews, and they hold it higher than God himself, religion itself and the Prophets themselves.”[1]

Kata – kata yang sekali lagi meggemparkan dunia kuffar secara khusus dan islam secara amnya. Kata – kata yang menggoyah tembok ke egoan barat, menjulang perjuangan rakyat Palestine di mata dunia kerana belum pernah ada lagi satu tokoh yang betul – betul mengherdik kaum yahudi dan Zionist secara terang – terangan tanpa selindung retorik dan diplomatic.

Pada bulan oktober lalu, Ahmedinejad mengejutkan dunia dengan ungkapan yang Negara haram Israel perlu dipadam daripada peta dunia.[2]

Seperti diduga, ratusan malahan ribuan suara – suara tidak puas hati mula kedengaran mengkritik negarawan muda ini. “All responsible leaders in the international community recognize how outrageous such comments are. Ulas Scott McClellan, jurucakap White House ketika mengulas pekara di atas.[3] Kata – kata itu tidak mengherankan, menurut penulis Michael Collins Pipers, dalam bukunya The New Jerusalem, ia menulis;

Zionism, in short, rules America and America under Zionism thumb…[4]

Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan juga agak tersinggung dan terkejut dengan ucapan tersebut[5], walaupun jelas ucapan itu lebih berkesan dari kiasan berbentuk retorik yang Annan sering utarakan.

Mark Regev, jurucakap Kementerian Luar Israel pula meminta simpati para kroni – kroninya dengan berkata;

We hope these extremist comments by the Iranian President will make the international community open its eyes.[6]

Walaupun banyak suara mengkritik tetapi penulis tertarik dengan tulisan Sofiwahab yang artikelnya dihantar ke laman http://www.tranungkite.net/, tulisnya;

Syabas diucapkan kepada Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad yang berani berkata benar dalam isu – isu sensetif seperti… isu Negara haram Israel. Beliau merupakan negarawan Islam yang berani walaupun baru memerintah beberapa bulan. Jika kita bandingkan dengan pemimpin Islam lain rasanya beliau ini bagaikan langit dengan bumi…
Umat Islam seluruh dunia sepatutnya berbesar hati mempunyai seorang pemimpin Negara yang benai dan tegas seperti Ahmedinejad walaupun beliau sedar yang Iran terpaksa berhadapan dengan ancaman Eropah dan Amerika Syarikat.
[7]

Pekara pokok dalam polemic ini ialah ketidak senangan Ahmedinejad mengenai situasi pihak zionis yang menggunakan pekara holocaust sebagai tiket untuk mereka bertapak di Palestine sedangkan yang melakukan episode holocaust itu dari bangsa eropah sendiri dan bukannya umat Islam.

Ahmedinejad dipetik sebagai berkata;

Why, under the pretext of the massacre, have you come to the heart of Palestine and the Islamic world, why have you created an artificial Zionist regime?[8] Sebagai cadangan balas, Ahmedinejad berkata;

Oleh itu, beginilah cadangan kami. Berikan saja sebahagian tanah anda di Eropah, AS, Kanada atau pun Alaska kepada Israel untuk mewujudkan Negara mereka di situ.[9]

Tetapi sejatrah telah membuktikan pada 29 Ogos 1897, Kongress Zionist Pertama yang bersidang di Basel, Switzerland telah mempersetujui satu ketetapan yang berbunyi;

The aim of Zionism is to create for the Jewish people a home in Palestine…[10]

End Note
[1] Oliver, Christian. Iran’s Ahmedinejad declares Holocaust is a myth. The Star Online. http://www.thestar.com.my/
[2] Ibid
[3] Ibid
[4] Pipers, Michael C. The New Jerusalem: Zionist Power in America. Washington D.C.: American Free Press, 2004. p17
[5] Ibid
[6] Ahmedinejad calls the holocaust a myth. The Star. December 15, 2005. p40
[7] Sofiwahab. Presiden Mahmoud Ahmedinejad seorang Negarawan Islam yang Berani. http://www.tranungkite.net/
[8] Ahmedinejad calls the holocaust a myth. The Star. December 15, 2005. p40
[9] Sofiwahab. Presiden Mahmoud Ahmedinejad seorang Negarawan Islam yang Berani. http://www.tranungkite.net/
[10] Pipers: 17

Gambar: Tehran.com

Thursday, December 15, 2005

Maksud Allah Siapa Yang Tahu...

Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untukmenyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.

Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini.Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu. Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya,temyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan.Sehingga akhirnya sembuhlah rajaitu dari penyakitnya

Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya. Pada suatu ketika,raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama,yaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.

Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai dipermukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasi di ketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.

Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, "Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?

Tuhan pun berfirman,"Wahai para malaikat-Ku,sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikit pun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah! Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Ku tunaikan seluruhnya di dunia!"

Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini.

Pelajaran pertama adalah:Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga,sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita apabila sedang tertimpa musibah.

Pelajaran kedua adalah:Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.

Pelajaran ketiga adalah:Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat keburukan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.

Pelajaran keempat adalah:Siapa yang tahu maksud Allah?

Sumber: Koleksi email saya.

Siapa Engkau Dampingi?

Sesiapa yang mendampingi lapan macam manusia, Allah akan menambah baginya lapan corak kehidupan;

1. Sesiapa yang suka mendampingi orang kaya, Allah akan menambah kecintaannya dan keinginan kepada dunia.

2. Sesiapa yang suka mendampingi orang miskin, Allah jadikannya orang yang suka bersyukur dan reda.

3. Sesiapa yang suka mendampingi dengan Sultan (Pemerintah Negara), Allah akan menambahkan sikap kasar dan sombong.

4. Sesiapa yang suka mendampingi perempuan, dia akan bertambah bodoh dan kuat nafsu syahwatnya.

5. Sesiapa yang suka mendamping kanak - kanak, akan ditambah kesukaannya bermain - main dan bersenda - gurau.

6. Sesiapa yang suka mendampingi orang - orang fasik, akan bertambah beraninya berbuat dosa dan menunda - nundakan taubatnya.

7. Sesiapa yang suka mendampingi orang - orang salih, akan bertambahlah keinginannya untuk taat kepada Allah.

8. Sesiapa yang suka mendampingi para Ulama maka bertambahlah ilmu dan waraknya.

(Abullaits-faqih)

Sumber: Menara, Bil.61, Disember 1997. p41

Wednesday, December 14, 2005

Pertempuran Yarmuk (13 Hijrah)


Pertempuran Yarmuk adalah merupakan salah satu pertempuran terbesar yang telah diharungi oleh umat Islam untuk menentang Rom (Bezantie) malah pertempuran ini merupakan pertempuran yang sangat penting. Pertempuran ini berlaku dalam keadaan bilangan tentera Rom lebih ramai daripada tentera umat Islam dengan kadar lebih kurang lima nisbah satu (5:1).

Tentera Rom terdiri dari lebih 240 ribu bala tentera manakala bilangan tentera Islam pula menjangkau seramai 45 ribu bala tentera.


Tindakan Sayidina Abu Bakar memilih Khalid bin Al-Walid untuk memimpin tentera Islam adalah merupakan langkah yang sangat baik.

Kedua-dua pasukan tentera tersebut berperang pada bulan Jamadilakhir tahun 13 Hijrah. Hari pertama pertempuran ini berlaku, tentera Rom telah kehilangan seramai separuh daripada tentera mereka sedangkan tentera Islam yang syahid hanyalah seramai lebih kurang 3 ribu orang tentera sahaja.Pertempuran tersebut telah membawa kepada pembukaan Syam dan menggulingkan kerajaan Bezantine di sana.

Sumber: http://www.danchan.com/weblog/k22254

Amanat dari As Syahid Dr Abdullah Azzam

Dengan wawasan ingin melihat Islam tertegak di atasmuka bumi dan berbekalkan semangat ingin mencarikeredaan Illahi melalui syahid, seorang pemuda berbangsa Arab Palestin telah mengelilingi dunia sambil memegang paji-panji jihad.

Bermula dengan penentangan terhadap pencerobohanYahudi di Palestin dalam tahun 1967, beliau dengan penuh keyakinan meneruskan langkah menentang musuh-musuh Allah sehingga beliau gugur sebagai syuhada di bumi Peshawar, Pakistan setelah menabur seribu jasa di dalam menentang komunis di Afghanistan.

Beliau telah menyatu-padukan kumpulan-kumpulan mujahidin yang berpecah sehingga berjaya menghalau dan meruntuhkan Soviet Union yang angkuh. Beliau juga telah melahirkan ribuan mujahidin yang kini telah bertebaran di merata dunia mengangkat senjata ke atas musuh-musuh Allah.

Beliau dibunuh sebagai syuhada pada 24 November 1989.

PETIKAN SEBAHAGIAN AMANAT AS SYAHID DR ABDULLAH AZZAM KEPADA MUJAHIDIN

Sesungguhnya kecintaan kepada jihad telah menguasai kehidupan, diriku, perasaanku, hatiku dan seluruh deritaku. Mereka yang memasang cita-cita yang tinggi(untuk melihat kemenangan Islam) tanpa membuat apa-apa persediaan adalah merupakan mereka yang berjiwa kecil dan tidak mahu serta tidak mungkin sampai ke kemuncakperjuangan dan tidak akan berjaya menuju kematlamatnya.

Sesungguhnya membiarkan umat Islam disembelih di atas muka bumi ini dengan hanya kita mengeluh sambil berkata: ”LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH” atau hanya dengan mengucap : “ INNALILLAHI WAINA ILAIHIRAJIUN “ dan hanya melepas geram ditangan dari jauh tanpa menjuruskan perasaan tersebut kepada satu perancangan yang rapi untuk menghadapi permasalahan tersebut, hanyalah satu kepura-puraaan terhadap agamaAllah dan suatu kelucuan perasaan yang hambar serta dusta yang telah sekian lama menipu diri sendiri disegenap sudut.

Aku tidak nampak apa-apa perbezaan di antara mereka yang meninggalkan peperangan pada jalan Allah (jihad)dengan mereka yang meninggalkan solat, puasa danZakat. Sesungguhnya aku melihat bahawa tiada suatu amalan pun dapat menampung kekosongan kewajipan jihad yang ditinggalkan itu walaupun ianya bernama dakwah,tarbiyah, tulisan dan sebagainya.

Barangsiapa yang bertemu dengan Allah (mati) tanpa senjata ditangan mereka maka sesungguhnya merekabertemu dengan Allah dalam keadaan berdosa kerana meninggalkan ‘qital’ melainkan orang-orang yang ada keuzuran syar’i. Aku melihat orang-orang yang diampunkan Allah sekiranya meninggalkan jihad hanyalah orang buta, orang cacat, orang sakit dan orang-orangyang lemah samada di kalangan lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak di mana mereka itu tidak mampu untuk berjihad dan tidak ada jalan langsung menunaikannya.

Wahai kaum muslimin...

Kehidupan kalian adalah jihad, kemuliaan kalian juga terhasil dari jihad dan kewujudan kalian di atas mukabumi ini, terikat dengan ikatan yang berpanjangan dengan jihad.

Wahai para pendakwah...

Tiada berharga kalian berpanas di bawah cahaya matahari melainkan jika kalian menyandang senjata bagi menghadapi golongan taghut yang melampau, orang-orang kafir dan orang-orang zalim yang bermaharajalela.Sesungguhnya mereka menyangka bahawa agama Allah ini akan tertegak tanpa jihad, tanpa peperangan, tanpa darah dan air mata, maka mereka yang ragu-ragu itu sebenarnya tidak memahami tabiat agama ini.Sesungguhnya kehebatan para da’i, kekuatan dan keberkesanan dakwah dan kemuliaan umat Islam tidak akan wujud melainkan dengan melaksanakan jihad pada jalan Allah. Kejarlah kematian kerana ia akanmemberikan kehidupan (yang hakiki).

Hindarilah diri dari merasa hebat dengan jumlah kitab yang dibaca. Janganlah merasa megah dan mencukupi dengan sembahyang-sembahyang sunat yang kalian telah biasakan itu. Jangan kalian membiarkan kerja-kerja yang remeh temeh menguasai kalian sedangkan di sana ada tugas yang lebih besar dan lebih sukar.

Wahai para ulama....

Majulah kalian untuk memimpin generasi ini yang amat dahagakan untuk kembali kepada Tuhannya. Jangan kalian terbelenggu atau cenderung kepada dunia. Jauhilah janji manis pemberian dan sogokan serta hidangan taghut kerana sesungguhnya hidangan dan sogokan tersebut akan menggelapkan hati dan mematikan fikiran serta menjadi benteng yang menghalang hubungan kaliandengan masyarakat.

Wahai kaum muslimat...

Jauhilah kemewahan kerana ia adalah musuh kepada jihad. Ia juga pembinasa diri manusia. Oleh itu janganlah menunjukkan sesuatu yang berlebihan.Cukuplah sekadar keperluan sahaja. Didik dan latihlah anak-anak kalian dengan kegagahan, keberanian dan jihad. Jadikan rumah-rumah kalian sebagai kandang singa dan bukan reban ayam yang menunggu gemuk untukdisembelih oleh taghut. Tanamkan ke dalam jiwa anak-anak kalian kecintaan kepada jihad.

Hiduplah kalian dengan tidak melupakan penderitaan yang ditanggung oleh umat Islam. Cubalah sedaya upaya menjadikan sehari dalam seminggu, sekurang2nya, hidup bagaikan mujahiddin dengan hanya memakan sekeping rotikering tanpa lauk dan meminum secawan teh tanpa gula.Jauhilah nyanyian-nyanyian yang lembut dan muzik-muzik yang mengasyikkan dengan hamparan permaidani merah.

Wahai isteriku...

Lazimilah sifat zuhud, nescaya engkau akan dikasihi Allah dan berzuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia nescaya engkau akan dikasihi Allah. KetahuilahAl-quran adalah bekalan yang paling berharga serta panduan sepanjang hayat. Seterusnya beribadatlah diwaktu malam (qiamullail) dan berpuasa serta beristighfar dan bertaubat di waktu dinihari akan mendatangkan kejernihan pada hati dan kemanisan serta hubungan yang baik dalam beribadah.

Akhir sekali, aku sangat-sangat berharap agar Allah menemukan kita di Syurga firdaus seperti mana Dia menemukan kita di dunia.

As Syahid Syed Qutb pernah berkata” Sesungguhnya kalimah-kalimah kami akan kekal bagaikan lilin hinggakan setelah kami mati kerananya maka kalimah-kalimah tersebut akan terus berkembang biak dan hidup segar bersama mereka yang masih hidup”

Tuesday, December 13, 2005

Antara yang Pertama...

Dosa pertama yang berlaku di langit ialah kesombongan iblis untuk sujud kepada Saidina Adam a.s
Berkata Iblis: "Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk". Surah Al-Hijr ayat 33

Dosa pertama yang berlaku di bumi ialah pembunuhan Qabil ke atas Habil disebabkan korbannya tidak diterima Allah menyebabkan dia tidak dapat berkahwin dengan saudaranya yang cantik.
Ceriterakanlah kepada mereka kisah kedua putra Adam (Habil dan Kabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan kurban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Kabil). Ia berkata (Kabil): "Aku pasti membunuhmu!" Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa".
Surah Al-Maidah ayat 27

Makhluk pertama yang membandingkan didrinya dengan yang lain adalah iblis laknat.
"Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis: "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah".
Surah Al-A’raaf ayat12

Orang yang pertama bercakap di dalam bahasa Arab adalah Nabi Ismail yang mempelajarinya dari qabilah – qabilah yang menhguni Makkah.

Orang yang pertama memotong misainya, menyikat rambutnya, berkumur dan bersiwak, memotong kuku dan beristinja’ dari kesan najis adalah Saidina Ibrahim a.s.

Uban yang pertama tumbuh di kepala Saidina Ibrahim a.s

Nabi Ismail juga adalah orang yang pertama yang menunggang kuda yang sebelum itu liar dan tidak terlatih.

Di olah dari: Yang Pertama, Lanun. February 15, 1998. p67

Thursday, December 01, 2005

Kaedah mengurangkan rasa mengantuk ketika membaca

a) ada minat pada buku yang hendak dibaca
b) jangan makan makanan yang berat
c) doa pada Allah
d) pilih buku tang digemar untuk dibaca
e) cari intisari buku melalui synopsis
f) baca sedikit demi sedikit (beberapa helai muka sehari) tetapi bagi bab – bab yang sangat menarik, bacalah seberapa banyak yang mampu


Pelbagai kaedah gaya membaca
a) sekejap duduk membaca buku, kemudian berdiri sambil bawa buku dan berjalan – jalan sekeliling bilik atau beranda rumah
b) berhenti sekejap dari membaca dan melihat kea lam persekitaran untuk tujuan merehatkan mata (elok memandang kea rah tumbuhan yang hijau)
c) baca dengan suara yang kuat
d) buat gambaran dengan angan – angan anda apa yang dibaca
e) jika buku ilmiah, cari isinya untuk perbandingan

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
Surah Al – Alaq, ayat 1 - 5


SUMBER
a) Nasir. Prof. Dr. Osman, Kaedah untuk minat membaca. Harakah. 1 – 15 Disember 2005. p8 (Fikrah)
b) N A Baiquni, dan rakan – rakan. Indeks Al – Quran. K Lumpur: Pustaka Indonesia, 1996.

Fadilat bernafas ketika sujud dalam solat


1. membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya
2. membetulkan pundi peranakan yang jatuh
3. mengurangkan sakit senggugut ketika haid
4. melegakan paru – paru dari ketegangan
5. mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks dan limpa
6. kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh
7. meringankan bahagian pelviks
8. memberi dorongan supaya mudah tidur
9. menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun dari sujud
10. pergerakkan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastic, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik
11. bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada
12. mengurangkan kegemukan
13. pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions)
14. organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen
15. mengelakkan pendarahan ota jika tiba – tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya
16. dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya

Oleh itu elok juga kita perhatikan firman Allah SWT di dalam surah Al – Fath ayat 29, mafhumNya;

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar. (48:29)

SUMBER
a) Zakaria, Nazri, BSc. Petanda Keagungan. Kuantan: Knight Venture Ent., 2004. p38
b) N A Baiquni, dan rakan – rakan. Indeks Al – Quran. K Lumpur: Pustaka Indonesia, 1996.

Wednesday, November 30, 2005

Petikan dari Umno-Reform.com


Pengkalan Pasir - Kehadiran Anwar pasti mengugat

2 faktor utama yang pernah di kemukakan oleh laman ini , yang akan menjadi saingan hebat bagi Barisan Nasional khususnya calon UMNO. Satu adalah Anwar Ibrahim dan yang kedua adalah Ibrahim Ali. Apa yang nampak jelas ialah Barisan Nasional akan berhadapan dengan bekas - bekas UMNO, mereka yang pernah menjadi kepimpinan baik di Negeri Kelantan ( Datuk Ibrahim Ali ) mahupun Timbalan Perdana Menteri Malaysia ( Datuk Seri Anwar Ibrahim).
Ini bukan pilihan raya antara PAS dan Barisan Nasional : ini adalah pertandingan antara mereka yang pernah duduk dalam UMNO bertemu calon UMNO. Semestinya Anwar Ibrahim dan Ibrahim Ali tahu selok belok politik UMNO, kempen ala UMNO dan gerakan - gerakan UMNO. Maka pilihanraya ini pasti sengit. Anwar Ibrahim hadir buat pertama kali menyaksikan pilihanraya selepas di bebaskan dari penjara. Beliau pasti mahu memberi impak yang kuat dan ini akan membentuk "signal" atau isyarat khusus bahawa senario politik pilihanraya umum akan datang pasti berubah dengan kehadiran beliau. Memang benar - ini akan menjadi pilihanraya paling sengit dan Barisan Nasional khususnya UMNO perlu sedar bahawa sekiranya kita masih terus ber-retorik dan enggan melakukan perubahan - bermula dari sekarang maka pilihan rakyat mungkin akan berubah. Mungkin esok kita pembangkang !


(gambar Anwar Ibrahim di Pasir Mas Kelantan sumber gambar dari harakahdaily.net)
Artikel dipetik dari: http://www.umno-reform.com/

Tuesday, November 29, 2005

Mari "Tak Nak"

Source: American Cancer Society, Inc., 1599 Clifton Road NE, Atlanta, GA 30329-4251; phone: (800) 227-2345

Within 20 Minutes
Blood pressure drops to a level close to that before the last cigarette
Temperature of hands and feet increases to normal

Within 8 Hours
Carbon monoxide level in the blood drops to normal

Within 24 Hours
Chance of heart attack decreases

Within 2 Weeks to 3 Months
Circulation improves
Lung function increases up to 30%

Within 1 to 9 Months
Coughing, sinus congestion, fatigue, and shortness of breath decrease
Cilia regain normal function in the lungs, increasing the ability to handle mucus, clean the lungs, reduce infection

Within 1 Year
Excess risk of coronary heart disease is half that of a smoker's

Within 5 Years
Stroke risk is reduced to that of a nonsmoker 5-15 years after quitting

Within 10 Years
Lung cancer death rate about half that of a continuing smoker's
Risk of cancer of the mouth, throat, esophagus, bladder, kidney, and pancreas decreases

Within 15 Years
Risk of coronary heart disease is that of a nonsmoker's

Source: The World Almanac 2004

Blogvel Act No. 2

Greenbreed East Municipal Airport 2016pm GACO Frontier 16KA The GACO Frontier 16KA, registration 323-5, bled off airspeed over the Greenbree...