Wednesday, December 14, 2005

Amanat dari As Syahid Dr Abdullah Azzam

Dengan wawasan ingin melihat Islam tertegak di atasmuka bumi dan berbekalkan semangat ingin mencarikeredaan Illahi melalui syahid, seorang pemuda berbangsa Arab Palestin telah mengelilingi dunia sambil memegang paji-panji jihad.

Bermula dengan penentangan terhadap pencerobohanYahudi di Palestin dalam tahun 1967, beliau dengan penuh keyakinan meneruskan langkah menentang musuh-musuh Allah sehingga beliau gugur sebagai syuhada di bumi Peshawar, Pakistan setelah menabur seribu jasa di dalam menentang komunis di Afghanistan.

Beliau telah menyatu-padukan kumpulan-kumpulan mujahidin yang berpecah sehingga berjaya menghalau dan meruntuhkan Soviet Union yang angkuh. Beliau juga telah melahirkan ribuan mujahidin yang kini telah bertebaran di merata dunia mengangkat senjata ke atas musuh-musuh Allah.

Beliau dibunuh sebagai syuhada pada 24 November 1989.

PETIKAN SEBAHAGIAN AMANAT AS SYAHID DR ABDULLAH AZZAM KEPADA MUJAHIDIN

Sesungguhnya kecintaan kepada jihad telah menguasai kehidupan, diriku, perasaanku, hatiku dan seluruh deritaku. Mereka yang memasang cita-cita yang tinggi(untuk melihat kemenangan Islam) tanpa membuat apa-apa persediaan adalah merupakan mereka yang berjiwa kecil dan tidak mahu serta tidak mungkin sampai ke kemuncakperjuangan dan tidak akan berjaya menuju kematlamatnya.

Sesungguhnya membiarkan umat Islam disembelih di atas muka bumi ini dengan hanya kita mengeluh sambil berkata: ”LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH” atau hanya dengan mengucap : “ INNALILLAHI WAINA ILAIHIRAJIUN “ dan hanya melepas geram ditangan dari jauh tanpa menjuruskan perasaan tersebut kepada satu perancangan yang rapi untuk menghadapi permasalahan tersebut, hanyalah satu kepura-puraaan terhadap agamaAllah dan suatu kelucuan perasaan yang hambar serta dusta yang telah sekian lama menipu diri sendiri disegenap sudut.

Aku tidak nampak apa-apa perbezaan di antara mereka yang meninggalkan peperangan pada jalan Allah (jihad)dengan mereka yang meninggalkan solat, puasa danZakat. Sesungguhnya aku melihat bahawa tiada suatu amalan pun dapat menampung kekosongan kewajipan jihad yang ditinggalkan itu walaupun ianya bernama dakwah,tarbiyah, tulisan dan sebagainya.

Barangsiapa yang bertemu dengan Allah (mati) tanpa senjata ditangan mereka maka sesungguhnya merekabertemu dengan Allah dalam keadaan berdosa kerana meninggalkan ‘qital’ melainkan orang-orang yang ada keuzuran syar’i. Aku melihat orang-orang yang diampunkan Allah sekiranya meninggalkan jihad hanyalah orang buta, orang cacat, orang sakit dan orang-orangyang lemah samada di kalangan lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak di mana mereka itu tidak mampu untuk berjihad dan tidak ada jalan langsung menunaikannya.

Wahai kaum muslimin...

Kehidupan kalian adalah jihad, kemuliaan kalian juga terhasil dari jihad dan kewujudan kalian di atas mukabumi ini, terikat dengan ikatan yang berpanjangan dengan jihad.

Wahai para pendakwah...

Tiada berharga kalian berpanas di bawah cahaya matahari melainkan jika kalian menyandang senjata bagi menghadapi golongan taghut yang melampau, orang-orang kafir dan orang-orang zalim yang bermaharajalela.Sesungguhnya mereka menyangka bahawa agama Allah ini akan tertegak tanpa jihad, tanpa peperangan, tanpa darah dan air mata, maka mereka yang ragu-ragu itu sebenarnya tidak memahami tabiat agama ini.Sesungguhnya kehebatan para da’i, kekuatan dan keberkesanan dakwah dan kemuliaan umat Islam tidak akan wujud melainkan dengan melaksanakan jihad pada jalan Allah. Kejarlah kematian kerana ia akanmemberikan kehidupan (yang hakiki).

Hindarilah diri dari merasa hebat dengan jumlah kitab yang dibaca. Janganlah merasa megah dan mencukupi dengan sembahyang-sembahyang sunat yang kalian telah biasakan itu. Jangan kalian membiarkan kerja-kerja yang remeh temeh menguasai kalian sedangkan di sana ada tugas yang lebih besar dan lebih sukar.

Wahai para ulama....

Majulah kalian untuk memimpin generasi ini yang amat dahagakan untuk kembali kepada Tuhannya. Jangan kalian terbelenggu atau cenderung kepada dunia. Jauhilah janji manis pemberian dan sogokan serta hidangan taghut kerana sesungguhnya hidangan dan sogokan tersebut akan menggelapkan hati dan mematikan fikiran serta menjadi benteng yang menghalang hubungan kaliandengan masyarakat.

Wahai kaum muslimat...

Jauhilah kemewahan kerana ia adalah musuh kepada jihad. Ia juga pembinasa diri manusia. Oleh itu janganlah menunjukkan sesuatu yang berlebihan.Cukuplah sekadar keperluan sahaja. Didik dan latihlah anak-anak kalian dengan kegagahan, keberanian dan jihad. Jadikan rumah-rumah kalian sebagai kandang singa dan bukan reban ayam yang menunggu gemuk untukdisembelih oleh taghut. Tanamkan ke dalam jiwa anak-anak kalian kecintaan kepada jihad.

Hiduplah kalian dengan tidak melupakan penderitaan yang ditanggung oleh umat Islam. Cubalah sedaya upaya menjadikan sehari dalam seminggu, sekurang2nya, hidup bagaikan mujahiddin dengan hanya memakan sekeping rotikering tanpa lauk dan meminum secawan teh tanpa gula.Jauhilah nyanyian-nyanyian yang lembut dan muzik-muzik yang mengasyikkan dengan hamparan permaidani merah.

Wahai isteriku...

Lazimilah sifat zuhud, nescaya engkau akan dikasihi Allah dan berzuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia nescaya engkau akan dikasihi Allah. KetahuilahAl-quran adalah bekalan yang paling berharga serta panduan sepanjang hayat. Seterusnya beribadatlah diwaktu malam (qiamullail) dan berpuasa serta beristighfar dan bertaubat di waktu dinihari akan mendatangkan kejernihan pada hati dan kemanisan serta hubungan yang baik dalam beribadah.

Akhir sekali, aku sangat-sangat berharap agar Allah menemukan kita di Syurga firdaus seperti mana Dia menemukan kita di dunia.

As Syahid Syed Qutb pernah berkata” Sesungguhnya kalimah-kalimah kami akan kekal bagaikan lilin hinggakan setelah kami mati kerananya maka kalimah-kalimah tersebut akan terus berkembang biak dan hidup segar bersama mereka yang masih hidup”

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...