Wednesday, December 14, 2005
Pertempuran Yarmuk (13 Hijrah)
Pertempuran Yarmuk adalah merupakan salah satu pertempuran terbesar yang telah diharungi oleh umat Islam untuk menentang Rom (Bezantie) malah pertempuran ini merupakan pertempuran yang sangat penting. Pertempuran ini berlaku dalam keadaan bilangan tentera Rom lebih ramai daripada tentera umat Islam dengan kadar lebih kurang lima nisbah satu (5:1).
Tentera Rom terdiri dari lebih 240 ribu bala tentera manakala bilangan tentera Islam pula menjangkau seramai 45 ribu bala tentera.
Tindakan Sayidina Abu Bakar memilih Khalid bin Al-Walid untuk memimpin tentera Islam adalah merupakan langkah yang sangat baik.
Kedua-dua pasukan tentera tersebut berperang pada bulan Jamadilakhir tahun 13 Hijrah. Hari pertama pertempuran ini berlaku, tentera Rom telah kehilangan seramai separuh daripada tentera mereka sedangkan tentera Islam yang syahid hanyalah seramai lebih kurang 3 ribu orang tentera sahaja.Pertempuran tersebut telah membawa kepada pembukaan Syam dan menggulingkan kerajaan Bezantine di sana.
Sumber: http://www.danchan.com/weblog/k22254
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)
October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...
-
1865-Apr. 14 . U.S. Pres. Abraham Lincoln shot by John Wilkes Booth, a well-known actor with Confederate sympathies, at Ford's Theater i...
-
Oleh: Encik Syakirin bin Syaari( Lecturer University Of Science & Technology, Sana'a Yemen ) Khalid ibn Zayd ibn kulayb dari Banu Na...
No comments:
Post a Comment