Wednesday, November 30, 2005

Petikan dari Umno-Reform.com


Pengkalan Pasir - Kehadiran Anwar pasti mengugat

2 faktor utama yang pernah di kemukakan oleh laman ini , yang akan menjadi saingan hebat bagi Barisan Nasional khususnya calon UMNO. Satu adalah Anwar Ibrahim dan yang kedua adalah Ibrahim Ali. Apa yang nampak jelas ialah Barisan Nasional akan berhadapan dengan bekas - bekas UMNO, mereka yang pernah menjadi kepimpinan baik di Negeri Kelantan ( Datuk Ibrahim Ali ) mahupun Timbalan Perdana Menteri Malaysia ( Datuk Seri Anwar Ibrahim).
Ini bukan pilihan raya antara PAS dan Barisan Nasional : ini adalah pertandingan antara mereka yang pernah duduk dalam UMNO bertemu calon UMNO. Semestinya Anwar Ibrahim dan Ibrahim Ali tahu selok belok politik UMNO, kempen ala UMNO dan gerakan - gerakan UMNO. Maka pilihanraya ini pasti sengit. Anwar Ibrahim hadir buat pertama kali menyaksikan pilihanraya selepas di bebaskan dari penjara. Beliau pasti mahu memberi impak yang kuat dan ini akan membentuk "signal" atau isyarat khusus bahawa senario politik pilihanraya umum akan datang pasti berubah dengan kehadiran beliau. Memang benar - ini akan menjadi pilihanraya paling sengit dan Barisan Nasional khususnya UMNO perlu sedar bahawa sekiranya kita masih terus ber-retorik dan enggan melakukan perubahan - bermula dari sekarang maka pilihan rakyat mungkin akan berubah. Mungkin esok kita pembangkang !


(gambar Anwar Ibrahim di Pasir Mas Kelantan sumber gambar dari harakahdaily.net)
Artikel dipetik dari: http://www.umno-reform.com/

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...