Thursday, February 03, 2005

WW1: FAQ's

Sebab Musabab terjadinya Peperangan Dunia Pertama
Terdapat beberapa teori yang menyebabkan terjadinya Peperangan Dunia pertama, antaranya;

1. Terbunuhnya Archduke Franz Ferdinand dan isterinya pada 28 Jun oleh anggota pertubuhan haram The Black Hand, sebuah pertubuhan nasionalis Serbia yang bernama Gavrilo Prinzip. Berikutan dengan peristiwa itu, Austria – Hungary telah mengisytihar kan perang terhadap Serbia, yang ketika itu tanah jajahan Russia. Jerman dan Itali yang ketika itu bersekutu dengan Austria – Hungary dalam pakatan Triple Alliance turut terbabit sama dalam kancah konflik tersebut. Begitu juga Russia dan negara – negara Balkan, turut terlibat sama. Dalam masa sama, Inggeris dan Perancis yang mempunyai pakatan dengan Russia terpaksa menyebelahi Serbia kerana ianya tanah jajahan Russia. Bagi negara Amerika, mereka mula terbabit apabila taktik serangan kapal selam pihak Jerman mula mengganggu – gugat sistem perdagangan maritim mereka. Sebab lain mungkin berkait rapat dengan kes Zimmermen telegram dimana, Setiausaha negara Jerman di masa itu, telah menghantar telegramnya kepada duta Jerman di Mexico, meminta pihak Mexico membantu Jerman dalam kempen perang tersebut dan sebagai balasan pihak Jerman akan mendapatkan kembali beberapa bekas tanah jajahan Mexico yang kini menjadi wilayah Amerika.[1]

2. Satu lagi teori itu ialah kerana pada masa itu, kaedah pergabungan kuasa (alliance), keinginan utuk memperluas tanah jajahan, terutama bagi negara Jerman serta semangat kebangsaan dan imperialism yang menebal di kalangan negara terbabit.[2]


Tarikh permulaan dan tamatnya Peperangan Dunia Pertama
Menurut catatan sejarah, Peperangan Dunia Pertama bermula pada tahun 1914 dan berakhir pada tahun 1918[3].


Kesan Peperangan Dunia Pertama ke atas negara terbabit dan dunia
1. Kesan kemusnahan yang teruk terutama kepada negara Jerman
2. Korban jiwa yang tinggi bagi kedua – dua belah pihak (hampir 8, 538, 315 kematian)[4]
3. Menjerumuskan dunia ke Konfik Peperangan Dunia ke Dua


Senjata – senjata yang digunakan dalam Peperangan Dunia Pertama
Antara yang terkenal ialah penggunaan mustard gas oleh pihak Jerman. Kesan daripada nya amat menakutkan, apabila terhidu gas tersebut, ianya akan mencairkan paru – paru dan menyebabkan kematian. Selain dari itu penggunaan kapal udara Zepplins, kapal selam U – Boats serta kereta kebal. Sejarah merakamkan penggunaan pertama kereta kebal dalam peperangan di catatkan pada September 15, 1916 oleh pihak British dengan menggunakan kereta kebal Mk. 1 “Big Willie”, iaitu dalam petempuran Somme. Bagaimanapun sumber mengatakan, petempuran yang benar – benar berjaya dilaksanakan oleh kereta kebal ialah dalam petempuran Cambrai pada tahun 1917, oleh pihak British dengan menggunakan kereta kebal Mk IV.[5]

End Note
[1] Internet source: www.faqfarm.com
[2] Ibid
[3] Internet source: http://home.versatel.nl/rene.brouwer/
[4] ibid
[5] Internet source: http://en.wikipedia.org/wiki/Tank_history

Soalan - solan dipetik dari laman www.faqfarm.com

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...