Sunday, February 20, 2005

JAWI ohh... JAWI

Artis persenda Jawi dalam Melodi ditegur

SURAT 1
Saudara Pengarang, PADA 13 Februari 2005 saya menyaksikan rancangan Melodi di TV3. Artis undangan rancangan tersebut iaitu seorang artis wanita yang popular di kalangan remaja. Artis itu diundang bagi membicarakan tentang kesnya yang ditangkap dalam serbuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di salah sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur. Beliau pernah mempertikaikan tentang serbuan tersebut dalam akhbar baru-baru ini. Saya terkilan kerana apa yang diperkatakan oleh artis itu seolah-olah menggambarkan beliau tidak mempunyai asas langsung tentang agama Islam. Dia meminta pihak kerajaan mengeluarkan garis panduan berpakaian di kalangan muda-mudi sekarang. Islam telah pun ada garis panduan dalam menutup aurat, mengapa minta lagi pihak kerajaan hendak mengeluarkan garis panduan tersebut? Dalam nada sindir, dia juga meminta pihak Jawi menangkap semua muda-mudi yang berpakaian seksi di seluruh Kuala Lumpur. Sebelum temu bual itu berakhir, artis tersebut memperli Jawi ketika bersalam dengan pengacara dengan berkata ``nanti ditangkap'' kerana bersalam antara lelaki dan wanita. Saya yang cetek agama ini hanya beristighfar. Saya meminta artis tersebut bertaubat kerana pintu taubat sentiasa terbuka. - BUDAK TUNJANG, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

SURAT 2
Saudara Pengarang, SEORANG artis perempuan yang tidak berapa gah namanya di persada seni, baru-baru ini mempertikai tindakan Jawi di sebuah disko di Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya dengan lantang cuba menagih simpati masyarakat apabila mendakwa Jawi telah melayan dirinya seumpama seorang p#@#&$r. Jika kita berpakaian yang mendedahkan sebahagian tubuh badan, janganlah marah jika kita digelar begitu. Artis itu juga mendakwa beliau hadir ke tempat sedemikian atas jemputan sesetengah pihak tetapi itu bukanlah alasannya. Wajarkah kita mendakwa teraniaya setelah berada di tempat sedemikian atau mungkin telah dengan sengaja berpakaian yang tidak mencerminkan diri kita seorang Islam? Masih adakah maruah jika kita tidak tahu menjaga maruah agama yang kita anuti? Seperti kata ibu kepada empat mangsa kemalangan jalan raya baru-baru ini, beliau redha dengan ujian Allah. Katanya, mungkin ada hikmah di sebaliknya, mungkin imannya akan bertambah kukuh disebabkan kehilangannya itu. Begitu kukuh imannya menghadapi ujian daripada Allah. Kita hendaklah memandang apa yang berlaku sebagai peringatan dan seharusnya kita sedar kita masih diberi peluang untuk memohon keampunan dari-Nya di atas keingkaran kita. Fikir-fikirlah. - MOHD FAZLI YUSOFF, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

SURAT 3
Saudara Pengarang, JIKALAU pendekatan Jawi dikatakan terlalu keras, cara bagaimanakah yang paling praktikal bagi menangani `bunga-bunga maksiat'? Saya tidak tahu jika ada orang yang mengunjungi kelab malam hanya sekadar duduk berdiam diri. Keadaannya sama seperti jika kita pergi dan lepak di sarang penagih dadah. Andai ada pihak yang mengatakan bahawa ke kelab malam adalah hal peribadi dan tiada paksaan dalam Islam, amat jelas bahawa mereka sangat jahil. Tiada paksaan dalam Islam bermaksud kita tidak boleh memaksa sesiapa memeluk agama Islam. Tetapi sesiapa yang sudah memeluk agama Islam dan mengaku beriman dengan Allah dan al-Quran, maka tiada lagi kompromi tentang hukum dan undang-undang Allah s.w.t. - NOOR ZURANI, Selayang, Selangor.

SURAT 4
Saudara Pengarang, SAYA terpanggil untuk membuat sedikit komen berkenaan kes yang melibatkan Jawi dan seorang artis. Saya rasa pihak Jawi tidak harus berdiam diri kerana sebelah pihak sahaja yang bersuara, nampak seperti sebelah pihak sahaja yang bersalah. Janganlah hanya di gertak hendak disaman sedikit telah rasa takut. Pada hari Ahad 13 Februari 2005, artis itu muncul dalam rancangan popular Melodi di TV3. Semasa dia ditemuramah, ada beberapa perkara yang tidak sedap di dengar. Antaranya artis tersebut telah minta pihak berkenaan memberi panduan cara berpakaian. Kerajaan tidak perlu mengeluarkan panduan kerana semua orang Islam tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh kerana dalam al-Quran terang-terang dinyatakan. Dia juga tidak wajar mempersenda Jawi dengan mengatakan dia tidak mahu bersalam dengan pengacara (lelaki) kerana takut kena tangkap. -

Bila di saman oleh polis trafik tak ada seorangpun bangkang, walaupun dalam hati tak setuju.Tapi bila hukum syarak nak dilaksanakan maka hiruk pikuk dunia dibuatnya. Cuba bayangkan kalau ada melanggar traffic lingt di waktu malam - anda dengan kereta anda sebuah. Sedangkan traffic light adalah untuk mengatur urusan jalanraya bila banyak kereta. Maka adakah hujah anda masa itu saya seorang sahaja - jadi saya tak perlu traffic light untuk mengatur lalu lintas kerana bila kereta sebuah tak perlu diatur perjalanan kerana pasti tak akan aksiden...bayangkan anda berada dimahkamah dan hakim mendengar hujah logik anda dan kes anda digugurkan? HEHE jangan harap. Cuba anda pergi ke disko dan ditangkap dalam keadaan mabuk, oleh penguatkuasa anda pasti akan menjawab 1) Tak salah berada di disco kerana kita nak berhibur setelah penat mengeluarkan keringat untuk meningkatkan ekonomi negara.2) penguatkuasa tak ada kod etika ; saya diINTIP, tak diberikan penutup bla..bla...akhirnya : BUANG KES KERANA...kes penguatkuasa agama sentiasa tak berdisiplin. Teringat ratu cantik yang ditahan oleh JAIS, saya tak tahu perempuan Melayu tak boleh bertanding dalam pertandingan ratu cantik....haha, cuba bayangkan bila anda disaman potong Q dijalanraya, alasan anda ialah saya tak TAHU POTONG Q itu salah. janji saya dapat izin dari kereta belakang. Cerita ini tak ada kaitan dengan orang mati...semuanya berkenaan dengan orang hidup

Dipetik dari email dan sumber - sumber lain.
Bacaan lanjutan - Jeslina 'biadap', hina Jawi dalam Melodi
Laman Rasmi JAWI

Penutup:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani; Ya Allah, Engkaulah Tuhan ku, Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau, yang menjadikan aku, dan aku adalah hambaMu, dan aku tetap atas amanahMu, dan janjiMu sekadar kesanggupan ku, aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang telah aku lakukan, aku mengakui bagi Mu dengan nikmat ke atas ku dan aku mengakui dosaku, ampunilah aku, maka sesungguhnya tiada siapa mengampuni dosa - dosa ku melainkan Engkau sahaja. AMIN

Ayat Al - Quran merujuk tentang aurat seseorang perempuan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nur ayat 31)

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...