04 January 2006
RABU
12:13 MALAM
Masih belum tidur, sedang membaca buku karya Mohamed el – Awa yang bertajuk Hukuman Dalam Undang – Undang Islam. Tertarik dengan satu fakta yang beliau ungkaikan;
… suatu hukuman yang sama ditetapkan dalam al – Quran untuk mencuri telah menghentikan semua jenis perbuatan mencuri di wilayah Ardoyne (Belfast), Ireland. Perkara ini dilaksanakan oleh IRA [1] dan difahamkan ia dilapurkan sebagai Pengadilan Keras dalam THE TIMES (bertarikh April 8, 1971) [2]
Ini menunjukkan hukuman Hudud tetap releven pada masa sekarang untuk menyekat gelombang jenayah yang makin menggila. Penulis buku ini juga memberi contoh, apabila Hudud dilaksanakan di Arab Saudi, hukuman untuk pencuri tidak pernah dilaksanakan lebih daripada dua kali setahun.[3] Maka benarlah ayat – ayat Allah yang mana firmanNya bermaksaud;
Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada mu (wahai Muhammad saw) kitab (al – Quran) dengan membawa kebenaran, supaya kamu menghukum manusia menurut apa yang Allah tunjukkan kepada mu, dan janganlah kamu menjadi pembela kepada orang yang khianat.
Surah an – Nisaa: 105 [4]
Maka eloklah kita perhatikan kata – kata Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di bawah ini tentang imannya kepada Hudud, katanya;
Cara saya beriman dengan Hudud sama kuat dengan keimanan saya kepada solat, zakat, puasa dan haji.[5]
Rasanya nukilan – nukilan di atas sudah mampu menginsafkan saya serta kita semua. Amin
09:18 PAGI
Di office, baru sempat menulis catatan ini. Pagi ni on the way ke office hujan lebat. Ibu stay back sebab Umie tak ada pagi ni, dia ke klinik. Sarapan yang ibu bekalkan hari ni 1st class, siap ada goreng pisang. Docket ada satu tetapi dah clear, baru pasang pada akhir tahun lepas. Print list buku – buku aku, kalau ikut rekod ada dalam 206 naskah – banyak tu, tak termasuk buku yang hilang (dipinjam tak pulang – pulang[6]) dll.
KESALAHAN DALAM ISLAM [7]
1. Hudud
a) Minum Arak
b) Mencuri
c) Merompak
d) Berzina
e) Memfitnah orang berzina
f) Murtad
2. Kisas
- Hukuman untuk pembunuhan dan kecederaan
3. Ta’zir
- Semua kesalahan lain yang boleh dihukum mengikut budi bicara.
11:10 PAGI
Still di office, belum ada docket lagi. Surf internet – check cara – cara nak citing dari website http://www.easybib.com/ [8] Call ibu – dia dah dalam LRT, hantar baby jam 10:00 pagi tadi. Tertarik dengan ulasan Mohamed el – Awa mengenai Hudud, katanya;
Nabi mengharamkan sebarang campur tangan dalam melaksanakan Hudud. [9]
Maka sesiapa yang berusaha menghalang hukuman ini dari dilaksanakan, maka apakah hukumannya?
03:36 PETANG
Baru balik daripada buat docket di Imbi Plaza. Test line OK, Cuma internal wiring dia rosak. Balik dari sana, ke Maybank BB Plaza – cucuk duit RM50.00, punya la sesak ATM (semua ATM – Low Yat, SWP, BBP) Banyak betul orang nak keluarkan duit. Kemudian pergi beli susu di Giant SWP, RM35.19 dan makan di Kebab (RM8.98). Docket petang boleh tahan banyak pulak ni, so far ada empat di tangan aku sekarang. Menurut akhbar THE STAR hari ini, kemungkinan ada rombakan cabinet akan dilakukan Pak Lah dalam masa terdekat ini. Dan antara casualties nya mungkin Dato’ Seri Rafidah Aziz.[10]
04:19 PETANG
Aku terperanjat, fasal bila aku dapat tahu yang Proton telah membeli syarikat motosikal MV Augusta dengan harga 70 juta Euro (RM315 juta) dan menjualnya dengan harga 1 Euro bersamaan RM4.50! Bisness apa – apaan ini. Tok Det pun terperanjat sama.[11] Inilah dia perangai puak – puak UMNO, sesama depa pun bercakaran, yang merana rakyat. Tu duit rakyat juga tu.
05:34 PETANG
Di rumah, balik from office awal tadi. On the way isi minyak – RM15.00 di Petronas AU2. docket all clear. Mr. Hood suruh aku tinggalkan movement aku di office. Apahal ek? Padahal memang aku sentiasa tinggal atas meja aku. Sedang membelek – belek majalah Going Places bertarikh March 2000. Aku terjumpa satu kata – kata yang sangat elok untuk dipetik;
A traveler without knowledge is a bird without wings.
- Sa’ di [12]
Satu kata nasihat yang perlu aku ambil, tambahan pula aku mungkin ke KK dalam bulan August nanti.
End Note
[1] Irish Republican Army
[2] El Awa, Mohamed. Hukuman Dalam Undang – Undang Islam. K Lumpur: DBP, 2003. hlm 45
[3] Ibid. hlm. 44
[4] Al – Quran al – Karim. Lihat juga: Awang, Abdul Hadi. Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari. K Lumpur: Nufair Street, 2005. hlm. 58
[5] Wahab, Zaharin Abd. Home page. 2005. http://www.rainman2.blogspot.com/ Lihat juga: Nik Mat, Nik Aziz. Unplugged. Ed. Annual Bakri Haron. Selangor: La Khauf, 2005.
[6] Ustaz Mat Esa Deraman menulis dalam bukunya Adab –adab Menuntut Ilmu mengenai peminjaman buku seperti berikut; Disunatkan memberi pinjam sesiapa sahaja yang tidak akan memberi mudharat kepada bukunya atau kepadanya ketika ketiadaan bukunya itu. Beliau menambah, … sekiranya diketahui akan sifat seorang peminjam yang suka mengabaikan pinjamannya maka tidak perlu diberi pinjam padanya. Beliau juga memetik satu surat yang ditulis oleh al – Imam al – Buwaithi kepada ar – Rabi’ yang katanya; jagalah buku – bukumu, kerana sekiranya satu buku yang hilang pasti tiada lagi penggantinya. (Deraman, Utz. Mat Esa. Adab – Adab Menuntut Ilmu. Johor Bahru: tiada penerbit, 1426 Hijrah. Hlm. 32 – 33)
[7] El Awa. Ibid. hlm 2
[8] Satu laman yang amat berguna untuk panduan membuat rujukan.
[9] El Awa. Ibid. hlm. 3
[10] Wong Chun Wai. Cabinet change on the cards. The Star. January 4, 2006. hlm. 4
[11] Mohammed, Dr. Mahathir, and T Mahaleel T Ariff. Explain Augusta Sale, Proton. The Star. Jan 4, 2006. hlm. 28
[12] Going Places. March 2000, hlm. 9
No comments:
Post a Comment