03 January 3, 2006
SELASA
09:30 PAGI
Start kerja setelah (ber)cuti panjang (30 Dec 05 hingga 02 January 06). Staff mula ramai balik. Ramai yang dah balik dari bercuti.[1] Docket pagi ni ada satu. Ibu tertinggal handphone (pu)lak, call aku dari office dia.
12:15 T/HARI
Baru balik daripada buat docket di BTS [2] Sport Toto. Lepas buat docket singgah Borders Book Store tingkay satu, beli majalah Strategy & Tactics No. 233 (RM24.00), hari hujan – balik exchange naik monorel (RM1.20).
Boss cuti kot hari ni, tak nampak baying pun. Terkenang akan ucapan Saidina Umar kepada Gebenor – gabenornya ketika dalam satu mesyuarat, katanya;
…janganlah bersikap lepas tangan terhadap mereka (orang bawahan atau rakyat – penulis) kerana perbuatan itu boleh menjadikan golongan yang kuat akan menindas golongan yang lemah.[3]
Semoga pesanan/arahan di atas menjadi pedoman kepada sang – sang ketua/penguasa malah aku sendiri untuk menghadapi tuntutan kuasa itu.
03:00 PETANG
Wahai sekelian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati ku.
- Khalifah Umar Abdul Aziz [4]
Sedang rehat sambil surf – surf internet. Petang tadi jam 1:30 petang ke Imbi – tukar satu set telefon di kedai emas di sana. (Sebiji kedai emas di puluhan kedai PC.) Tertarik dengan kata – kata Khalifah Umar ketika dia baru dilantik menjadi Khalifah. Begitulah kalau orang yang zuhud memerintah tak seperti umat – umat sekarang – terlalu cintakan dunia dan takutkan mati. By the way, siapa datuk yang ditangkap di spa tu ha???
May Allah illuminate Umar in his grave, as he has illuminated our mosques for us.
- Ali bin Abi Talib [5]
06:04 PETANG
Di LRT Setiawangsa. Sedang menunggu ibu – handphone ibu pula tertinggal di rumah – susah nak call. Call K Mur tak dapat pula.[6] Petang tadi tak keluar pun, docket semua under control. Stil membaca:
1. Majalah Strategy & Tactics
2. Buku Pengurusan dalam Islam karya Dr A Sin
The army doesn’t retreat.
- General George Henry Thomas [7]
10:19 MALAM
Baru lepas chit – chat dengan ibu fasal lampin, pampers dan susu baby. Tengok siri Without Trace di NTV7 – nice story. Petang tadi lepas ambil baby, singgah di kedai tomyam beli lauk paprik, telur bungkus dan sayur campur (RM11.00). Esok big boss said cuti dibekukan fasal Dato’ CEO nak melawat Kawasan Tengah. Esok gak Umie nak ke klinik gigi, kena hantar baby lambat – so nampaknya ibu kena stay – back la, sebab aku tak boleh lambat esok. Ibu kena naik bas la.
Hidup ini kena banyak plan & priority, kita kena set – up mana yang penting (perlu disegerakan) mana yang tak perlu disegerakan (tak penting), seperti kata – kata Brian Tracy ini;
There is never enough time to do everything that needs to be done, but there’s always enough time to do what important. [8]
End Note
[1] Cuma Fozi dari unit ADSL dan Param & Ya dari MDF yang masih bercuti. Hantar anak ke sekolah.
[2] Berjaya Times Square, Jalan Imbi
[3] Abu Sin, Ahmad Ibrahim. Pengurusan Dalam Islam. (Terjemahan ke Bahasa Melayu oleh A Rashid Ngah dan Jusoh Kadir.) K Lumpur: DBP, 2002. pp230
[4] Azman, Adil Fawwaz. Tokoh Islam: Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Internet: http://eone.cjb.net/
[5] Jalal ad – Din as Suyuti. The History of the Khalifahs. Internet: http://www.bogvaerker.dk/bookwright/umar.html
[6] Zah baru call from handphone K Mur – 6:30 petang sampai.
[7] Burtt, John. George Henry Thomas: Rock of the Union. Strategy & Tactics. No. 233, Mar/Apr 06. pp 20
[8] Source: unknown, dipetik dari koleksi peribadi penulis
No comments:
Post a Comment