21 December 2005 (Rabu)
09:25 Pagi
Masih di office, rehat sebentar setelah kemaskan telefon set yang rosak bawa naik ke store tkt. satu. Adalah seguni, docket ada dua; Low Yat dan SWP.
Sarapan nasi kerabu lauk sotong (sotong, ibu yang masakan, nasi beli di gerai berhampiran ofis.)
Boss kursus dua hari (21 dan 22 Dec 05) – masalah settle sendiri as usual.
Ingat nak survey HP – PC cable untuk handphone di Low Yat
Petang nak isi minyak kereta (budger RM20.00)
All things are possible until they proved impossible…
- Pearl S Buck [1]
12:00 T hari
PROJECT ALPHA (Akademi Latihan Pilihanraya PAS). Perlu cari:
a) Polisi PAS tentang pilihanraya
b) Kata – kata President PAS tentang pilihanraya
c) Lujnah – lujnah dalam PAS
Baru balik buat docket di Low Yat. Cari HP – PC cable (tetapi) tak jumpa.
03:00 petang
Baru balik makan di masjid Alam Shah dengan Zainal. Komeng sms pasal trip ke KK dengan Air Asia, RM80.00 pax (RM80.00 x 3 = RM240.00). Aku set je – Komeng kata dia, Azhar dah confirm – aku sekeluarga, tengah cari orang lagi. Kena start simpan duit ni. (trip dijangka pada 03 – 09 August 2006.) [2]
04:21 petang
Hujan di KL, bedek – bedek handphone, try facilities dia. Plan – plan tentang trip ke Sabah august tahun depan – budget cuti, lama lagi tu. Otak dah tak brape mood nak kerja – memandangkan mau cuti tak berapa lama lagi (24 – 28 December 2005.)
11:29 malam
Baru berkesempatan tulis. Petang tadi ke Giant Taman Permata – shopping lebih kurangbsambil makan di KFC.
Belanja di Giant – RM61.00
KFC – RM14.86 (RM13.02 + 1.84)
K Mur call dia balik KL malam ni.[3]
Chit – chat dengan ibu, 10.30 – 11.30 malam. Topic – mix + trip to KK august 06
Total belanja di Giant = RM75.86.
Bil air sampai – RM5.00 = esok bayar.
22 December 2005 (Khamis)
02:55 pagi
Still belum tidur… gaming CM4[4] makin asyik plak. Time ni, ibu dan baby dah lama lena dah. Buat research sikit – sikit tentang PROJECT ALPHA. Aku hari ni nak bayar insuran baby – dah sms Asmadi dah untuk jumpa (h)ari ni + bil air RM5.00. mata dah ngantuk je… kena tidur ni, esok kerja.
Baca buku: Fowler, R Booth, and, J R Orenstein. An Introduction to Political Theory. New York: Harper Collins, 1993.
08:28 pagi
Di office, ngantuk ooo… pekena Livita Honey 1 botol.[5] Print docket, pagi – pagi dah ada satu di Lot 10. Pasang bateri di test phone. Budget pagi ni nak bayar insuran baby (RM52.40) dan bil air (RM5.00). Give ibu RM30.00 untuk top – up handphone dia.
12:23 t hari
Baru balik daripada tolong Zainal buat docket. Ke Pernama Jalan Bellamy. Beli :
Susu baby – RM35.30
Nescafe - RM7.50
Total - RM42.80
Kemudian ke Pasar Road beli beteri handphone ibu;
Bateri HP – RM18.00
Total - RM18.00
Makan nasi (tapau) di Jalan Landak;
Nasi - RM4.50
Total - RM4.50
Bayar bil air di Pos B Bintang;
Bil Air - RM5.00
Total - RM5.00
Beli garam gunung drp. Mr. Karini, POPD;
Garam Gunung - RM2.00
Total - RM2.00
JUMLAH BESAR = RM72.30
03:15 petang
Asmadi datang office untuk collect duit insuran Izzatul (RM52.40). Berbincang dengan dia tentang technology handphone, GPRS, WAP dll. Mr Hood still bekursus.
06:05 petang
Di Station LRT[6] Setiawangsa – tunggu ibu, hujan. Ingat on the way balik nak singgah Gerak Jaya – beli Harakah, rasa – rasa dah keluar ni.
10:19 malam
Baru balik dari rumah K Mur, ibu dan bay tidur di sana, aku pada mulanya plan nak tidur juga (di sana) tetapi tukar fikiran saat – saat akhir. Banyak kerja nak disiapkan, banyak item nak direkodkan. Janji dengan ibu, lepas subuh aku datang ambil untuk (ke) kerja. Makan malam di sana – kedai baru buka di sebelah rumah K Mur – bolehlah. Rasa kasihan juga kat ibu dan baby…
Di rumah aku kerjakan kipas angina – cuci dan bersihkan sawang – sawang. Balik (kerja) tadi, aku balik dulu pasal ibu lambat – ambil baby, sebelum tu singgah beli Harakah di Gerak Jaya. Masa K Mur nak balik (ke rumah dia) baby nak ikut tu yang ke sana (rumah K Mur) tu. Besok malam plan nak balik kampung dengan (family dan) K Mur nak ikut sekali. Mesti jalan jem, balik lambat sikit la.
23 December 2005 (Jumaat)
12:48 t malam
Baru nak tidur, tidur sorang – sorang malam ni. Call Hashim fasal trip ke KK, dia kata dia pergi. Best juga – ramai yang nak pergi. Mata dah ngantuk ni – harap jangan terbabas esok pagi dah. Kira traveling day jer hari ni. Tengahari cabut solat Jumaat di Keramat la. Kalau ada docket kasi tutup je la. Sebelum tidur (kena buat):
1. Basuh cawan
2. Basuh singki
08:19 pagi
Baru tiba ofis from rumah K Mur, pagi tadi jam 05:30 pagi aku ke sana (rumah K Mur) balik, parking susah – full. Adake patut pintu rumah dia tak kunci – cuai betul. Layan ASTRO sampai jam 07:00 pagi – di ofis check advance – sudah masuk RM1316.00. Bayar duit rumah online[7] (RM400.00). Plan nak bayar duit kereta (RM384.00) pagi ni. Malam ni balik kampung – rasa – rasa tengah malam kot – takut jem.
Masa malam gelap, tetapi takkan malam untuk selamanya. Bila siang dia akan cerah balik.
- Tok Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan[8]
Nota Kaki
[1] Dipetik dari Kalender Meja TM tahun 2005
[2] Tarikh sebenar trip: 10 August hingga 16 August 2006. sumber SMS Komeng bertarikh 28.12.2005 (21:16)
[3] Semasa di Tmn Permata, dia call ibu mungkin suruh ambil dia di LRT Setaiwangsa – tetapi kami masih di Tmn Permata, jadi dia balik ke Ukay Perdana naik teksi.
[4] Championship Manager 4, football management PC games.
[5] Dibeli untuk driving malam semasa balik kampung pada hujung minggu ni.
[6] Light Rapid Transit
[7] Melalui internet banking Maybank di http://www.maybank2u.com.my/
[8] Nik Mat, TG Dato’ Nik Aziz. Malam takkan selamanya…(interview). Harakah. 1 – 15 January 2006. 5 (Fikrah Harakah).
No comments:
Post a Comment