Tuesday, January 03, 2006

AKEDEMI LATIHAN PILIHANRAYA PAS (ALPHA) – Abstract

Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Al – Maidah: 8[1]

Abu Said al – Khudri berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah saw bersabda; Sebaik – baik manusia di sisi Allah pada hari Kiamat dan yang paling dekat duduk dari Nya ialah pemimpin yang adil, dan sekeji – keji manusia di sisi Allah dan yang paling jauh duduk dari Nya ialah pemimpin yang zalim. [2]

Mengapa perlu ALPHA?
1. Pilihanraya adalah satu – satunya cara kita mendapat kuasa
2. Pilihanraya merupakan salah satu matlamat perjuangan
3. selalu tewas dalam pilihanraya
4. untuk melatih jentera PR secara sistematik
5. menghadapi PR secara tersusun
6. R &D serta implementation

Dalam temuramah dengan akhbar Harakah, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, presiden PAS menyatakan;

Kita menganggap pilihanraya adalah satu medan perjuangan.[3]
Oleh kerana itu untuk menghadapi medan pejuangan ini, kita perlu lengkap bersiap sedia dengan segala ilmu dan peralatan sebagai bekal kita bertempur dengan lawan.

Dr. Burhanuddin al – Helmy ketika membantah satu akta yang dikenali sebagai The Election Offences (Amendment) Bill[4] pada bulan Disember 1963 telah berkata;
…Undang – undang ini akan menyekat kebebasan agama islam dari disebar atau dikupas oleh ahli politik PAS. Pilihanraya menentukan kedudukan diri, masyarakat, bangsa dan agama – maka ia menjadi tanggungjawab PAS untuk menyempurnakan ikrar ini. (Ramlah Adam, 2003: 201)
Maka jelas kepada kita pihak pemerintah telah cuba dengan pelbagai cara untuk menyekat pengaruh PAS dalam pilihanraya sejak tahun 1963 lagi.

Bekas president PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah berkata;
Dengan pengalaman kita sekian lama dalam pertarungan seperti ini, kita telah membaca taktik dan putar belit UMNO untuk menggambarkan merekalah yang benar dan kitalah di pihak yang salah…[5]
Tetapi adakah kita di semua peringkat betul – betul telah arif membaca tipu muslihat musuh kita itu, ataupun kerap kali kita terjun ke arena pilihanraya dengan situasi dan persediaan ala ad – hoc dan bidan terjun kalau tidak di peringkat negeri tetapi mungkin di peringkat kawasan atau cawangan.

Merungkai kata – kata Dr. Hassan Ali ketika Majlis Jamuan Petugas PAS di Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir baru – baru ini, beliau agak kecewa walaupun PAS telah menghadapi Pilihanraya Umum sebanyak 12 kali, tetapi kita masih beluam ada satu MANUAL KHAS bagi menghadapi pilihanraya itu. Katanya kita masih tidak sistematik menghadapinya seperti yang terjadi di Pilihanraya Kecil N12 Pengkalan Pasir baru – baru ini.

Sebagai iktibar, Count Moltke, seorang sarjana peperangan dan pakar taktikal agung tentera Prussian[6] telah menyiapkan pasukan tentera Prussian dengan sebuah Akademi Peperangan, dimana di situ mereka diajar secara khusus bagaimana menghadapi sesuatu peperangan dan bagaimana merancang untuk peperangan yang mungkin timbul di masa hadapan.[7]

Raja (pemerintah, ketua organisasi – ed.) hendaklah tiada mempunyai sasaran ataupun kesibukan lain kecuali mempelajari perang, organisasi dan disiplinnya, kerana itulah satu – satunya seni yang diperlukan seorang pemimpin… melalaikan seni perang merupakan asas untuk menghancurkan Negara (parti, organisasi – ed)…[8]

Samalah juga kita dalam organisasi politik, melalaikan taktik dan tindakan kita untuk menghadapi pilihanraya merupakan asas kejatuhan sesuatu organisasi politik. Kita menghadapi pilihanraya dengan seribu satu disadvantages seperti masalah 3M (Media, Money and Machinery) mereka juga mempunyai SPR, Polis, pengundi hantu, pengundi pos, agensi – agensi kerajaan seperti Kemas, Jabatan Penerangan dll. Kalau kita tidak bersedia masakan kita mudah untuk menghadapi mereka, bak kata Machiavelli lagi;

…raja (penguasa) yang dapat berdiri (yang berkuasa) adalah mereka yang mempunyai pasukan yang besar (jentera yang besar) atau mempunyai wang… (Machiavelli, 1990. 35)

Sejarah mencatatkan bahawa PAS telah menyertai pilihanraya umum pada tahun 1955 secara tergesa – gesa. PAS telah didaftarkan sebagai parti politik sehari sebelum penamaan calon, iaitu pada 31 Mei 1955.[9] Maka adalah tidak wajar bagi PAS yang telah menyertai pilihanraya sejak tahun 1955 itu sentiasa berkeadaan tergesa – gesa dan tidak bersedia apabila setiap kali pilihanraya diadakan.

Nota Kaki
[1] Al – Quran dan Terjemahan Arab Saudi.
[2] Shalaby, Prof. Dr. Ahmad. Agama Islam. Singapura: Pustaka Nasional, 1968. 243
[3] Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Interview with Harakah reporter. Yusof, Azmi. Pencabulan demokrasi di Pengkalan Pasir. Harakah. 1 – 15 Januari 2005, 4 (Fikrah).
[4] Undang – undang ini membolehkan kerajaan bertindak terhadap sesiapa sahaja dan mana – mana parti politik yang menggunakan agama sebagai cara untuk mempengaruhi undi. Lihat: Adam, Ramlah. Burhanuddin al – Helmy: Suatu Kemelut Politik. K Lumpur: DBP, 2003. 201
[5] Dipetik dari Ucapan Presiden PAS di Majlis Taklimat Penerangan Pra – Pilihanraya pada 11 Februari 1995. lihat: Jenayah Akademik pemimpin UMNO. K Lumpur: Lajnah Penerangan & Penyelidikan PAS Pusat, 1995. vii
[6] Biograpi dipetik dari: The Oxford Essential Biographical Dictionary. American Ed. New York: Berkley Books, 1999. 264
[7] Kennedy, Paul. The Rise and Fall of the Great Powers. London: Fontana Press, 1989. 237
[8] Machiavelli, Niccolo. The Prince. Trans. Muhammad A Bakar. Penguasa: Surat seorang negarawan kepada pemimpin Republik. K Lumpur: DBP, 1990.
[9] Dipetik dari artikel Sejarah Ringkas PAS pada Diari PAS tahun 2000.

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...