KUALA TERENGGANU, 12 September - Mufti Terengganu, Dato’ Dr Mohamad Zubir Haji Awang telah membuat kenyataan bahawa buku-buku yang beliau karang mengandungi kesilapan yang banyak serta menarik balik dan memohon keampunan dari Allah swt Yang Maha Kuasa supaya dilepaskan tambatannya dengan buku-buku tersebut tanpa apa-apa kaitan – dunia dan akhirat. Kenyataan dua muka surat yang bertarikh 5 September 2005 itu dibuat terhadap empat judul buku karangan beliau yang berkait dengan agama, politik dan pemerintahan Islam. Baca kenyataan penuh beliau:
PEMBERITAHUAN MENGENAI PENARIKAN BALIK BUKU-BUKU KARANGAN SAYA
Adalah dengan penuh sedar dan insaf, saya Mohamad Zubir Awang (Dato’ Dr.) mengumumkan kepada kaum Muslimin sekalian di negeri Terengganu dan di lain-lain negeri di Malaysia, bahawa saya dapati buku-buku karangan saya yang lepas adalah mengandungi kesilapan-kesilapan, setengahnya yang saya sebut mengenai peratus-peratus masyarakat Islam untuk dilaksanakan hukum hudud Islam ke atas masyarakat Malaysia, pada hal hak Allah dan Rasul tiada peratus-peratus dan beberapa perkara lagi mengenai huraian ayat (وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ) yang juga ada mengandungi perkara-perkara yang tidak tepat dan kabur.
2. Dengan ini saya nyatakan, bahawa buku huraian ayat (وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ) iaitu huraian kafir, zalim dan fasiq itu mengandungi kesilapan-kesilapan yang kurang tepat. Buku tersebut memakai tajuk “Penjelasan Isu-Isu Agama dan Politik (2). Buku pertama memakai judul “Penjelasan Isu-Isu Agama dan Politik (1), dengan nama barunya ialah “Permasalahan Agama dan Politik, Analisa dan Huraian”.
3. Saya juga dengan ini menegaskan bahawa buku saya bernama (الدولة الاسلامية) iaitu “Kerajaan Islam” atau “Pemerintahan Islam” juga ada mengandungi sedikit sebanyak kesilapannya. Buku ini tebalnya hampir 300 muka surat, tetapi tidak dihebohkan kepada umum, bahkan dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja.
4. Perlu diingatkan, bahawa kesilapan-kesilapan yang mengandungi hak Allah dan Rasul-Nya wajiblah saya mengaku salah serta menarik balik buku-buku yang salah itu dan bertaubat meminta maaf kepada Allah swt akibat dari kesilapan tersebut yang saya sendiri menelitinya semasa mengarang buku-buku tersebut masa dulu.
5. Walau bagaimanapun, saya ingin menyatakan kepada sesiapa yang telah membaca buku-buku saya itu, bahawa saya menarik balik buku-buku tersebut dan mengaku tersilap dan tersalah serta sesiapa yang memilikinya, janganlah lagi berpegang kepada buku-buku tersebut, kerana saya tidak lagi bertanggungjawab terhadap buku-buku tersebut.
6. Buku-buku yang saya menarik balik ialah:-
(a) Buku “Penjelasan Isu-Isu Agama dan Politik (2)” iaitu huraian tentang ayat (وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ), penjelasan mengenai kafir dan fasiq. Oleh: Hj Mohamad Zubir bin Haji Awang
(b) Buku “Penjelasan Isu-Isu Agama dan Politik (1)” dengan nama barunya “Permasalahan Agama dan Politik – Analisa dan Huraian” Oleh: Dato’ Hj Mohamad Zubir Hj Awang
(c) Buku “Kerajaan Islam atau Pemerintahan Islam” (الدولة الاسلامية)
(d) Huraian Negara Islam dan Negara Kafir (دارالاسلام ودارالكفر)
7. Saya menegaskan di sini bahawa hukum-hukum Hudud Islam ialah hukum Allah yang merupakan hak Allah dan Rasul-Nya yang wajib ke atas umat Islam percaya, menerimanya serta taat dan patuh kepada hukum-hukum tersebut tanpa apa-apa was-was. Penerimaan ikhlas di hati dan tindak-tanduk zahir serta perasaan.
8. Buku karangan saya berjudul – HUKUM HUDUD ISLAM – pun ada kesilapan pada baris keenam di halaman Kata-Kata Pengantar, yang tercatat begini: “Hukum-hukum Hudud Islam ini adalah termasuk di dalam perkara-perkara Hukum Allah dan Syari’at Nabi Muhammad yang wajib di atas umat Islam mematuhinya dan menerima pakainya. Perkataan selepasnya ialah “selagi mereka mampu” itu wajiblah digugurkan dan saya mengaku kesilapan itu berlaku kerana kurang teliti.”
9. Di dalam halaman 23 buku Hukum Hudud ini juga saya catatkan sebuah hadis mengenai minuman dan pemakanan orang bukan Islam. Menurut Dr Yusuf Al-Qardhawy, hadis itu bukan hadis, hanya mungkin perkataan sahabat atau tabi’in sahaja. Maka saya juga menarik balik hadis ini.
10. Buku saya yang berjudul “Huraian Negara Islam dan Negara Kafir” ingin saya jelaskan di sini bahawa “Negara Islam yang cukup syaratnya ialah negara Islam yang diperintah dengan hukum dari al-Quran dan as-Sunah, termasuk di dalamnya hukum hudud, yang mana dinamakan negara Islam yang adil.” Saya juga menarik balik buku ini dari digunapakai oleh masyarakat Islam kita.
Saudara pembaca! Saya sekali lagi menegaskan bahawa buku-buku yang saya sebut di sini yang mengandungi kesilapan yang banyak itu saya menarik balik dan memohon keampunan dari Allah swt Yang Maha Kuasa supaya dilepaskan tambatan saya dengan buku-buku tersebut tanpa ada apa-apa kaitan lagi – di dunia dan akhirat. Sekiranya ada kesilapan-kesilapan lain di dalam mana-mana buku saya yang lain dari yang disebutkan tadi, maka saya juga tetap menarik balik perkataan-perkataan tersebut serta memohon keampunan dari Allah swt.
Harapan saya supaya Allah mengampunkan dosa saya, sama ada saya sedar atau tidak, dan dosa ibu bapa kita serta kaum Muslimin seluruhnya
Sekian harapan saya. Terima kasih.
Saya yang lemah:
t.t.
Mohamad Zubir bin Hj Awang (Dato’)
5 September 2005
Sumber: http://www.tranungkite.cjb.net/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)
October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...
-
1865-Apr. 14 . U.S. Pres. Abraham Lincoln shot by John Wilkes Booth, a well-known actor with Confederate sympathies, at Ford's Theater i...
-
Oleh: Encik Syakirin bin Syaari( Lecturer University Of Science & Technology, Sana'a Yemen ) Khalid ibn Zayd ibn kulayb dari Banu Na...
No comments:
Post a Comment