4 September 2005 - 10:39 mlm.
Kembali menyambung catatan yang sudah hampir seminggu tidak dicoret kerana aku sekeluarga holiday ke kampung dari 31 August ~ 4 Sept 2005. Setelah lama bekerja, aku ambil cuti lama sikit untuk menghilangkan keletihan, bercakap mengenai keletihan ini aku teringat kata - kata Angelo Dundee, seorang pelatih heavyweight, katanya;
Tired is a disgusting word. You never say tired to a fighter, even if he's ready to drop from exhaustion. Even if he thinks about being tired you're dead.[1]
Tapi aku bukanlah heavyweight champion, aku manusia biasa bisa merasakan kepenatan. tentang balik kampung tu sebenarnya last minute decision setelah menjalani proses bargain dan diplomacy talk dengan ibu. Di kampung aku tidak ke mana cuma sesekali ke Tongkang Pechah dan Parit Sulong. Izzatul sungguh gembira di sana sehingga kurang tidur dan payah untuk disuruh tidur, asyik nak bermain sahaja. Aku balik ke KL tengah malam tadi (Ahad midnight) dan sampai di AU3 jam 3 pagi Ahad. Saja balik awal sikit so ada masa nak rest dan do a little bit job di rumah. Petang tadi ke rumah Kak Bid - layan ASTRO, maklumlah sejak demam Mawi ni, rumah kakak ipar aku pun dah ada ASTRO. Kuat tak kuat Mawi punya pukulan. Layan cerita 10.5, subuah cerita mengenai gempa bumi bersaiz 10.5 yang melanda California, nice story.
5 September 2005 - 11:59 mlm.
Seminit lagi hari akan bertukar, baru bangun dari tidur sebenarnya. Nasib baik sempat bangun untuk menulis pekara - pekara yang terjadi untuk hari ini. Hari ini aku kembali bekerja setelah hampir seminggu bercuti - mood cuti masih tebal lagi nampaknya. Tetapi aku cuma perlu kerja untuk hari ini sahaja kerana esok (6 Sept ) sehingga 9 September, aku kena menghadiri kursus di MMC. Kursus itu Halim yang dapat. sebab dia ada kursus lain yang sama tarikhnya, so aku yang ganti. So what? Janji aku ada kursus tahun ni. Kursus perlu untuk refresh kan memory kita, kursus juga adalah satu medium untuk memajukan diri dan tak ku sangkal sebagai pit time untuk berehat. Bercerita tentang kursus, aku teringat satu bidalan asing, katanya;
Give me a fish, I eat for a meal. Teach me to fish and I eat a lifetime.[2]
Maknanya kalau kita diajar menunggu bantuan orang kita hanya akan menjadi sang penunggu untuk bantuan tetapi kalau kita belajar buat sendiri - kita akan lebih maju tanpa menunggu bantuan, dan di sini KURSUS penting untuk tahu.
BTW time ni ibu dan Izzatul dah lama tidur. Esok, aku kena pergi dulu la nampaknya coz ibu kena tunggu Izzatul sampai Umie balik drp klinik. Lebih kurang jam 10 pagi.
6th September 2005 - 01:17 pagi
Bercerita mengenai susahnya nak dapat peluang bekursus di ofis aku sekarang, aku terbaca satu clip kartun DILBERT[3] dalam akhbar The Star bertarikh Nov 13, 2003, antara lainnya dialog itu berbunyi;
DILBERT: I Desperately Need To Take This Training.
DILBERT BOSS: We Can't Spare You. Send Wally And Have Him Tell You What He Learned.
Gitu le lebih kurang politik di ofis aku, harap - harap korang paham la yeee.
6th September 2005 - 05:54 petang
Di rumah, balik drp TTC jam 4.30 ptg -- sessi petang kureng laa, sebab ngantuk dan panas coz aircond rosak dlm bilik tu. Internet pun x boleh thru. Sessi kursus hari ini di ajar oleh Pn Siti Anang Suria.
Balik ke rumah layan CD THE GREAT RAID, pung kureng -- jalan cerita nya merapu - rapu, kurang action, cuma scene pembunuhan oleh tentera jepun ke atas POW tu je yang tangkap sikit. Cerita tentang perang, aku teringat akan tulisan Setiausaha Pertahanan US ketika Perang Vietnam, Robert S McNamara kepada President L B Johnson, tulisnya;
This important war must be fought and won by the Vietnamese themselves. We have known this from the beginning.[4]
Dari tulisan itu jelas menggambarkan betapa patahnya semangat Setiausaha McNamara ketika itu. Ini jelas di ulas oleh Edward Luttwak dalama bukunya Strategi: Logik Peperangan dan Keamanan, tulisnya;
Justeru itu, melalui kejayaan sepenuhnya satu pihak atau pihak yang lain, melalui keletihan semata – mata atau – lebih kerap berlaku dalam sejarah – kerana konflik matlamat sebenar yang menyebabkan peperangan itu diselesaikan melalui perubahan pada matlamat yang dihasilkan oleh peperangan itu sendiri: berdasarkan kesan peperangan dari segi kematian, kemusnahan harta benda, dan penderitaan, nilai apa jua yangb hendak diperoleh atau dipertahankan, dipertimbangkan semula menurut nilai sebenarnya, dan dengan itu cita – cita menjadi kurang penting atau diketepikan.[5]
Sebagai catatan - Iraq sekarang menjadi Vietnam ke dua Amerika Syarikat, untuk lebih jelas lagi sila lihat artikel bertajuk: Iraq: Adakah Vietnam ke Dua Amerika? di laman http://rainman2.blogspot.com/2005/08/iraq-adakah-vietnam-ke-dua-amerika.html
8th September 2005 - 5:27 petang
Mencoret kembali setelah dua hari tak menulis. Sebab utama ialah aku sibuk, sibuk kursus TCP/IP di MultiMedia College dan sibuk prepare untuk exam pada 15 Sept 2005 di MMC juga. Entah la... aku bukan prepare sangat utk exam ni, baca la mana patut. Badan aku pun kurang sihat especially bahagian kaki aku -- sakit aje. Tu la masa muda lasak sangat dah tua baru rasa penyakitnya. Hari ini hari ke tiga aku course, adalah knowledge sikit. Kawan - kawan dari unit lain pun banyak. bak kata Master Chief Albert Tremblay, USN
Together everybody achieve more[6]
Ada juga aku risik - risik ttg peluang kerja di unit lain, but SMS aku ke Kamarul tak berjawab pun???
8th September 2005 - 11:04 malam
Berita baik, Kamarul baru call aku sekejap tadi. Dari percakapan aku dengan dia -- memang ada peluang, tapi Rosli nak lepas ke? Kamarul suruh aku mention masa temuduga nanti. Walaupun dulu aku tak rapat sangat dengan dia tapi quite OK la. Lama gak aku borak ngan dia, memula aku segan gak sebab dia dah jadi bos, tapi dia okey je borak ngan aku -- so boleh la.
Masa dia call, aku tengah tengok Joe Doe di TV3. Selain polis dua orang tu, Doe ada dua lagi pembantu sekarang - Digger dan NSA - man. Doktor yang ada dalam episod Moriatti muncul lagi dalam episod ni - Oarng bisu tu pun ada but ada sorang lagi yang misteri. Addict nampaknya aku dengan siri ni, harap - harap tak la habis di sekerat jalan. Esok hari terakhir aku kursus, harap - harap half - day la esok.
Masa ni ibu dan Izzatul dah lama tidur. Aku pun nak beradu kejap lagi.
9th September 2005 - 7:49 malam
Baru balik ambil ibu di LRT Setia Wangsa - cadang nak tidur rumah K Mur malam ni. Ibu tgh sebuk berkemas. Hari ni last day kursus, dapat sijil dan RM20.00 duit makan. Lepas solat jumaat di Masjid UTM, jumpa Asmadi - bayar duit insuran Izzatul - RM54.20.
Lepas jumpa Asmadi. aku ke Kg Bahru cari Harakah dan CD. Beli CD Anwar Ibrahim dan Kes Insiden Batu 6 di Terengganu. Tidur rumah K Mur, K Abid ada dinner malam ni. Izzatul asyik meragam je semasa di sana, tak serasi kot.
10th September 2005 - 7:55 malam
Kerana Jihad ini telah menjadi Fardhu Ain ke atas Seluruh Kaum Muslimin. Dan dia menjadi Fardhu Ain sejak jatuhnya Andalusia ke tangan kaum Nasrani. Apalagi sekarang kita lihat darah kaum Muslimin telah menjadi darah yang paling murah, kita lihat mereka dibunuh(i) di mana - mana, di Chechnya, Afghanistan, Palestina, dsb. dan kita tidak mendengar seorang pun dari kaum Muslimin yang membela mereka. Ketika rakyat Chechnya menuntut kemerdekaan dari negara penjajah Nasrani Komunis Russia tiada seorang pun yang sudi membela dan membantu mereka. Bahkan media massa sendiripun sangat mendukung musuh dan Yahudi dan Nasrani. Di seluruh dunia ini media massa dikawal oleh Yahudi dan selalu menyebar isu - isu bohong terhadap kaum Muslimin
- Kommander Abul Walid, Komandan lapangan Mujahiddin Chechnya [7]
Melihat kata - kata di atas, aku rasa ada benarnya. Bukan di bumi Chechnya sehaja, di sini pun Islam tertindas. Satu kesimpulan yang dapat aku rumuskan setelah melihat CD bertajuk Tragedi Batu 6 yang memperlihatkan kebiadapan umat melayu terhadap kaumnya sendiri. Tertarik dengan ulasan Suhaimi Taib dalam akhbar Harakah, katanya;
Sesiapa pun tidak berhak menganggu kebebasan mengadakan majlis dalam rumah ibadat masing - masing tetapi tindakan menggugat kebebasan beragama suatu perbuatan pencabulan terhadap perlembagaan negara di bawah akta yang berkaitan dengan Islam sebagai agama rasmi negara. [8]
10th September 2005 - 11:30 malam
Saat ini ibu dan Izzatul dah lama tidur, aku je masih belum - belum tidur. Baru lepas CM04. Hari ni penat tidur je, lepas balik drp rumah K Mur - tidur, lunch pun tidak. Petang, bawa Izatul jalan - jalan bawah sebab dia dah merengek je. Esok satu hari lagi rilex sebelum balik bekerja seperti biasa. 15 Sept ni ada exam di MMC, aku baca apa pun tidak. Untung batu timbul, untung sabut tenggelam -- betulke? Dapat ke x dapat ke aku x nak complaint, tak seperti sesetengah ahli politik tu asyik komplaint je kat media, ini mengingatkan aku kata - kata E Powell, katanya;
Politicians who complain about the media are like sailors who complaint about the sea [9]
12th September 2005 - 01:52 Pagi
Baru lepas bangun dari tidur -- tidur awal malam semalam. Semalam (11th Sept 2005 - Ahad), ialah hari yang busy buat aku. Pagi - pagi dah ke Sentul, sarapan dan ke pasar beli lauk pauk. OTW balik singgah beli ayam di AU3 dan shopping keperluan di Giant Taman Permata. Tu yang malamnya tidur awal tu. Ni baru pukul 1 pagi dah jaga, camana, ibu dan Izzatul dah lama lena. Pagi ni start kerja seperti biasa setelah aku cuti 5 hari (31/8 ~ 4/9/2005) dan kursus 4 hari dari 6/9 ~ 9/9/2005. Semalam (11/9/2005) ulang tahun ke 4 tragedi 911 di US iaitu pada 11/9/2001. Mengenai pekara ini, aku teringat kata - kata President Bush, katanya;
...We're on the offensive against terror. We're determined to stop the enemy before they can strike our people.
- President George W. Bush, September 10, 2003 [10]
13th September 2005 - 05:24 petang
Baru balik dari office. Balik awal sedikit hari ni. Di Office tengah sibuk pasal exam naik pangkat, macam - macam soalan spot keluar. Aku pun naik pening. Doket, alhamdulillah, kurang hari ni.
14th September 2005 - 11:47 malam
Baru lepas study skit - sikit untuk esok. Esok turn aku untuk exam bagi Program naik pangkat SMS. Mudah - mudahan aku boleh menjawabnya dengan senang dan yakin, amin... Time ni ibu dan izzatul dah tidur, concentrate subject ADSL, sedikit CA, CGPA dan safety precaution. Sebab ujian untuk SP dan MS, subject - subject fibre dan ADSL top spot. Rasa trend itu akan membawa ke soalan esok. Fibre aku study juga sikit - sikit, isyaAllah.
Type of Fiber Optics
1. Single mode step index
2. Multi Mode step index
3. Multi Mode Grade Index
Fiber optic type cable
1. Buffer type
2. Loose type ( (a) loose type (b) ribbon type)
3. Tight structure
15th September 2005 - 10:49 malam
selesai menonton John Doe, makin exciting cerita ini. John Doe bersama NSA - man semakin hampir menyingkap rahsia kumpulan Phoenix.. Mereka telah berjaya memberkas Lelaki Bisu, ternyata dia tak bisu dan pekak. JD juga berjaya menyelamatkan Theresa tetapi Michael telah di bunuh ketika tempat persembunyian kumpulan Phoenix di serbu. Stocking Cap - boss Lelaki bisu, indentitynya berjaya di bongkar - dia adalah Digger!!! bersambung la pulak.
Alhamdulillah, hari ni aku selamat menjalani perperiksaan khas untuk naik pangkat. Ujian di MMC KL jam 10 pagi. Subject: Network Access. Soalan tertumpu kpd subject ADSL dan Fiber, sedikit RT dan CGPA. Aku confident menjawabnya. Mudah - mudahan berjaya.
Akhbar B Harian hari ni melapurkan Mekah dilanda gempa bumi sekuat 5 Richter. Aku teringat akan satu buku bertajuk 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman karya Abu Ali al - Banjari an - Nadwi, dalam buku itu antara salah satu hadis Nabi Muhammad saw yang dipetik berbunyi;
Antara sepuluh tanda hari kiamat hampir datang ialah Gempa bumi di Semenanjung Arab (HR Ibnu Majah)[11]
Mudah - mudahan kita ditempatkan di kalangan orang yang diberi syafaat, Amin.
Hari kiamat, Apakah hari kiamat itu? Tahukah kamu apa hari kiamat itu? Pada hari itu manusia seperti anai - anai yang bertebaran, dan gunung - gunung seperti bulu yang dihambur - hamburkan.
- al - Qariaah, 1 - 5
Nota Kaki
[1] Vitullo – Martin, J. and, J Robert Moskin. Executive’s Book of Quotations. New York: Oxford UP, 1994
[2] Address book by Hagemtronic (M) Sdn. Bhd.
[3] Dilbert by Scott Adams, The Star Nov 13, 2003. p 14
[4] Greenfield, James L. Ed. The Pentagon Paper New York: Bantams Books, 1971. p 543. Memo bertajuk Actions Recommended for Vietnam bertarikh October 14, 1966
[5] Lihat:
a). Wahab, Zaharin Abd. Apa itu Peperangan? http://www.rainman2.blogspot.com
b). M. Pathmanathan (trans.) Luttwak, Edward N. Strategi: Logik peperangan dan keamanan. Kuala Lumpur: DBP, 1995. p 52
[6] Marcinko, Richard. The Real Team. New York: Pocket Books, 1999.
[7] Jihad Di Chechnya: Neraka Russia (Part 4). CD-Rom
[8] Taib, Suhaimi. Demokrasi di kesamping jika menggugat Umno/BN. Harakah 16 - 30 Sept 2005. p 7(Fikrah)
[9] Reader Digest. Dec 2001. p 99
[10] Internet source, URL unknown
[11] an - Nadwi, Abu A al - Banjari. 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman. Jakarta: Media Dakwah, 1998. p 124
No comments:
Post a Comment