Tuesday, September 13, 2005

Kawal Harga Minyak

Oleh: Azhar A Rahim

Nak turunkan harga minyak dari RM1.62 seliter kepada RM0.80 seliteradalah perkara yang diluar jangkauan. Pertamanya, trend sekarang ialahharga minyak semakin naik. Jika mahukan minyak turun kepada paras RM0.80seliter kerajaan perlu melipatgandakan subsidi minyak sehinggabelanjawan kerajaan mungkin sebahagian besarnya diuntukkan kepadasubsidi minyak ini. Peruntukkan untuk pembangunan seperti pembinaaninfrastruktur sekolah, jalanraya, bangunan kerajaan dan lain prasaranaperlu dikurangkan untuk digunakan sebagai subsidi minyak kepada rakyat.

Dalam pada itu, perbezaan harga minyak dengan negara jiran akan menjaditerlalu besar sehinggakan kegiatan arbitrage seperti penyeludupan petroldan diesel akan terjadi secara berleluasa kerana keuntungan yang akandibuat adalah terlalu besar dan ini membolehkan penyeludup memberiimbuhan yang lebih kepada pegawai penguatkuasa untuk mengelakkantangkapan. Peyeludup dadah mungkin akan menukar komoditi mereka daripadadadah heroin, candu, etc kepada menyeludup minyak kerana risikopenguatkuasaan undang-undang yang lebih rendah tetapi boleh membawapendapatan yang lumayan.

Pekilang-pekilang untuk barangan eksport keluar negera menjadi lebihkompetitif bukan kerana pengeluaran lebih efisyen tetapi kerana subsidiminyak yang diberi. Mata rakyat akan dikaburkan kerana harga minyak yangrendah tetapi boleh membawa kesan yang buruk pada ekonomi negara dimasaakan datang. Rakyat juga perlu ingat bahawa harga minyak dipasaranadalah diluar kawalan kerajaan Malaysia.

Adalah lebih baik jika rakyat menggunakan minyak secara efisyen sepertimenggunakan kenderaan yang rendah kapasitinya seperti Perodua Kancildaripada 4WD yang berkapasiti 3.0 liter. Juga rakyat perlu merancangsetiap perjalanan supaya penggunaan minyak peribadi kurang daripadasepatutnya.

Dewasa ini ramai pengguna membeli kenderaan yang berkapasiti besariaitu 1.8 liter keatas hanya kerana harga kenderaan yang rendah secararelatif dan kerana skim bayaran balik yang rendah kerana faedah yangrendah dan masa bayaran yang lebih panjang. Pembeli kenderaan membelikenderaan kerana punya kemampuan untuk memiliki kenderaan yangberprestasi tinggi ini dan bukannya kerana keperluan. Apa gunanyamembeli kenderaan yang berkapasiti besar hanya untuk pergi kerja ataukepasar atau untuk berjalan-jalan?

Di Malaysia ini tindakkan kolektif pengguna untuk menghukum peniagatidak pernah ujud dan tidak mungkin berkesan jika digunakan terhadapsyarikat minyak yang ini kerana mereka punya dayatahan yang lebih tinggidaripada pengguna diMalaysia ini. Manakala pengguna barangan konsumerdiMalaysia ini hanya mengharapkan campurtangan kerajaan semata-matauntuk melindungi mereka. Individu seperti Ralph Nader di AmerikaSyarikat tidak pernah ujud di Malaysia. Yang ada hanya beberapa keratpersatuan pengguna seperti CAP yang kekuatannya datang dari sokonganahlinya dan bukan dari penguna barangan konsumer secara keseluruhan.

Dalam pada itu kerajaan juga perlu memberi penerangan kepada rakyattentang tambahan hasil negara yang diperolehi dengan kenaikan hargaminyak dan bukan hanya menyogok cerita tentang subsidi minyak sabanhari.

Kerajaan perlu lebih telus dalam mendidik rakyat tentang implikasikeseluruhan kenaikan minyak kepada pendapatan negara dan bukan hanyabercerita tentang beban subsidi yang ditanggung semata-mata. Kegagalankerajaan untuk memberi penerangan menyeluruh ini akan membuatkan rakyathilang kepercayaan kepada apa saja yang diterangkan oleh kerajaan danmembuatkan rakyat semakin gelisah tentang kenaikan kos kehidupanseharian.

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...