Wednesday, July 20, 2005

Perisik – Pelengkap Sesuatu Operasi (Part 3)

PERISIK – PENGKELASAN DAN FAKTA

Illegal (Perisik tidak sah)

Menurut laman web http://mkzine.com/essays/ medefinasikan perisik illegal seperti berikut;

An agents performing intelligence work in a foreign country who passed him or herself off as not really a citizen of the country they are form; a standard recruitment ploy. Also, a term for anyone under deep cover of a legend. [i]

Sebagai contoh, pada awal kewujudan Negara Soviet, hampir kesemua Negara luar enggan mengiktirafnya, oleh itu hanya dengan cara illegal HUMINT sahaja pihak Soviet dapat menyusupkan asset perisikannya ke Negara sasaran. Hal ini membuatkan perisikan Soviet begitu mahir melatih seseorang perisik menyerupai identity warganegara yang ingin dirisiknya dan sehingga dapat larut dalam masyarakat itu tanpa dikesan.[ii] Doktrin KGB meletakkan tugas illegal sebagai orang yang akan menguruskan segala asset informer KGB jika ejen – ejen legal mereka tumpas atau terpaksa memberhentikan operasi.[iii] Salah satu kelebihan perisik illegal ialah dapat menjalankan kegiatannya tanpa gangguan pihak berkuasa dan ajensi pencegah-perisikan Negara sasaran, dan ianya juga dapat bergerak bebas mahupun dalam situasi perang dan darurat.[iv] Teteapi risiko yang mereka tanggung amat tinggi, mereka tidak mempunyai perlindungan diplomatic[v], dan sering kali terjadi, negera mereka akan menafikan kewujudan dan status mereka apabila mereka tertangkap. Bagi sesetengah Negara, hukuman kepada perisik adalah mati. Penyamaran yang dipilih oleh ejen-ejen illegal ini pelbagai, antaranya mereka menyamar seperti pelancong, sebagai contoh, pada 25 Ogos 1960, dua orang veteran tentera udara Amerika, Mark Kaminsky dan Harvey Bennett telah ditahan oleh pihak berkuasa Soviet semasa bercuti di Negara itu atas alasan merisik bagi pihak AS.[vi] Kemudian, pada tahun 1961, seorang lagi pelancong AS, Marvin William Makinen telah ditahan di Russia oleh pihak berkuasa Negara itu atas tuduhan mengambil gambar instalasi tentera Soviet di Kiev. Beliau dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun oleh pihak berkuasa Soviet.[vii] Selain AS, pihak China juga dikatakan kerap menggunakan illegal untuk merisik kekuatan Amerika Syarikat. Sebagai contoh, Dr. Wah Lim, bekas saintis di Loral Space and Communications telah menghantar satu dokumen sulit melalui fax ke Negara China yang menyebabkan China dapat memajukan system peluru berpandunya.[viii] Selain itu, seorang pereka senjata nuclear kelahiran Taiwan, Wen Ho Lee, juga dikatakan merisik bagi pihak China ketika beliau bertugas di Los Alamos Lab.[ix] Laman web globalsecurity pula mendedahkan seorang pakar senjata nuclear Russia, Igor Sutyagin, didapati bersalah atas tuduhan merisik bagi pihak AS dan Britain semasa beliau bertugas di USA-Canada Institute, Moscow. Beliau dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun bermula 7 April 2004.[x] Begitu juga di Taiwan, tiga orang juruteknik yang berkhidmat di CIST Institute milik tentera Taiwan didapati bersalah kerana merisik bagi pihak China.[xi] Insiden itu membuatkan pihak China bertindak balas, pada February 2004, pihak berkuasa China melumpuhkan satu kegiatan perisikan terbesar Taiwan dengan tertangkapnya tiga orang perisik Taiwan di sana. Kegiatan yang berpusat di Nanjing Military Region, dan mensasarkan beberapa penempatan tentera Negara China seperti Perlabuhan Ningpo dan Pengkalan Peluru Berpandu Leping di Daerah Jiangxi.[xii] Sementara di Sweden pula pihak keselamatan Negara itu telah berjaya menahan tiga orang perisik yang bertugas di di Syarikat LM Ericsson kerana dituduh memberi rahsia sulit kepada ejen perisikan Russia di sana. Menurut jurucakap LM Ericsson, Henry Stenson, intipan mereka itu hanya melibatkan system komunikasi komersial yang dibekalkan oleh syarikat itu, tiada sebarang kelengkapan yang melibatkan ketenteraan terlibat.[xiii] Terkini pada 15 Julai 2004, dua perisik MOSSAD Israel telah ditahan oleh pihak berkuasa New Zealand dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi Auckland atas tuduhan memasuki Negara itu secara tidak sah, sementara seorang lagi berjaya melarikan diri ke Australia. Uriel Zosha Kelman dan Eli Cara didapati cuba mempalsukan identity mereka ketika memasuki New Zealand. [xiv]

Melihatkan data – data di atas, maka tidak syak lagi, penggunaan para perisik illegal ini amat penting bagi menjayakan sesuatu operasi perisikan. Kata – kata pakar ketenteraan China, Sun Tzu membuktikan semua itu, katanya;

He who know the enemy and himself
Will never in a hundred battles be at risk;
He who does not know the enemy but knows himself
Will sometimes win and sometimes lose;
He who know neither the enemy nor himself
Will be at risk in every battle
.[xv]

Bersambung...

End Note
[i] “counterintelligence, covert operations, and espionage.” www.mkzine.com/essays
[ii] Barron, John. KGB Today: The Hidden Hand. New York: Berkley Books, 1985. p 247
[iii] Ibid p 248
[iv] White, Terry. Fighting Technique of the Special Force. London: Century Books, 1993. p 231
[v] Wahab, Zaharin Abd. Operasi Perisikan dan Sejarahnya. Unpublished articles, 2005.
[vi] Wise, David, and, Thomas B Ross. The Invisible Government. New York: Vintage Books, 1974. p 241
[vii] Ibid p 242
[viii] Maier, Timothy W. China’s US Arsenal (Chinese espionage at American nuclear lab). Insight. April 19, 1999. www.findarticles.com/cf_0/m1571/14_15/54442588/
[ix] Ibid, untuk lapuran lebih terperinci, sila lihat; Fisher, Jr., Richard D. Time To Heed the Cox Commission’s Wake – Up call. The Heritage Foundation. June 3, 1999. http://www.heritage.org/research/asiaandpacific/em602.cfm
[x] Buff, Margot. Russia: Researcher Sutyagin Convicted of Espionage. http://www.globalsecurity,org/intell/library/news/2004/ (6 April 2004)
[xi] Wu, Sofia. Three Suspects Indicted on Charge of Spying for Mainland China. http://www.globalsecurity.org/wmd/library/news/taiwan/2004/
[xii] Taiwan Spy Ring Broken by China. http://news.yahoo.com
[xiii] Grandell, Tommy. 3 Ericsson workers charged in spy case. Associated Press. May 8, 2003. www.baltimoresun.com/technology/
[xiv] Cienfuegos, Ernesto, and La Voz De Aztlan. Israeli spies receive prison sentences. 15 July 2004. http://www.aztlan.net/nz_mossad_spies.htm
[xv] Ames, Roger T. The Sunzi Legacy and Classical Strategy: A Tale of Two Warfare’s. In Lane, C. Dennison (editor). Chinese Military Modernization. London and New York: Kegan Paul International, 1996. p 26

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...