Monday, July 18, 2005

PERISIK – PELENGKAP SESUATU OPERASI (Part 2)

PERISIK – PENGKELASAN DAN FAKTA

All spies are expendable
- Sun Tzu [i]

Menurut seorang pakar peperangan berbangsa China, Sun Tzu, perisik boleh dibahagi kepada lima jenis;[ii]

Perisik tempatan – ejen tempatan yang berada di kawasan musuh dan terlatih.
Moles – ejen yang terdiri dari pegawai di dalam kerajaan musuh.
Ejen bermuka dua – ejen perisikan musuh yang berpaling tadah.
Ejen expandable – ejen yang boleh dikorbankan
Ejen surviving – ejeb yang membekalkan maklumat tentang musuh.

Sementara itu, Terry White dalam bukunya yang bertajuk Fighting Skills of the SAS and Special Force mengkelaskan perisik atau HUMINT [iii] terdiri dari dua jenis iaitu Legal dan Illegal. [iv]

Legal (Perisik Sah)

Perisik kelas ini biasanya berselindung disebalik tabir diplomatic seperti pegawai kedutaan, attaché tentera, pegawai perdagangan atau pegawai kerajaan yang bertugas di Negara sasaran. Perisik jenis ini mempunyai kelebihan kerana ianya dilindungi oleh kuasa diplomat dan apabila sesuatu yang buruk berlaku, seperti tertangkap ketika cuba merisik, mereka terlepas dari hukuman Negara yang terbabit, mereka Cuma akan diminta keluar dari Negara itu. [v] Negara Russian, ayng suatu masa dahulu dikenali sebagai Soviet Union amat mahir dalam bidang ini, menurut Viktor Suvorov, seorang ejen perisik Soviet yang berpaling tadah pada tahun 70an, ketika perang dingin sedang memuncak, hampir 40 peratus keseluruhan kakitangan di kedutaan Soviet merupakan ejen KGB dan 20 peratus pula dilatih oleh GRU. [vi] Kerajaan Mesir, sebagai contoh, pada September 1981 telah menghalau pulang tujuh orang diplomat Soviet termasuk seorang duta kerana disabitkan sebagai perisik di sana.[vii] Begitu juga dengan Negara Norway telah memerintahkan dua orang pegawai perdagangan Soviet meninggalkan Negara tersebut kerana didapati cuba secara sulit membeli komponen pesawat pejuang F 16 AS yang dibuat di sana. Mereka juga cuba merasuah sebuah firma Norway untuk mendapatkan maklumat sulit teknologi AS bagi kegunaan Soviet. [viii] Malaysia juga tidak terlepas dari intaian para perisik Legal Soviet. Pada bulan Julai 1981, negera ini telah menghalau tiga warganegara Soviet yang disyakki cuba merekrut seorang setiausaha politik kepada timbalan perdana menteri ketika itu.[ix] Mereka ialah;

Zavdat Lutfulovich Khamidulin
Vladislav Petrovich Romanov
Gennadi Ivanovich Stepanov

Selain mereka bertiga, pihak berkuasa Malaysia juga pernah menghalau keluar dua lagi warganegara Soviet kerana disyakki merisik, mereka ialah;
Anatoli Alekseevich Lyko pada May 1975 – disyakki ejen GRU
Igor Ivanovich Dmitriev pada Jun 1976 [x]

Di Amerika Syarikat pula, Arkady Shevchenko mungkin merupakan diplomat peringkat tertinggi Soviet yang menjadi perisik dan berpaling tadah. Beliau berjawatan Setiausaha Agung Rendah di Bangsa-Bangsa Bersatu (UN). Sebagai ketua di Jabatan Politik dan Hal Ehwal Majlis Keselamatan, beliau dituduh merisik bagi bagi pihak US ketika masih di dalam KGB.[xi] Selain pegawai diplomatic, attaché tentera juga sering terlibat dalam kegiatan perisikan ini. Sebagai contoh, majalah Japan Policy and Politic bertarikh 13 November 2000 melapurkan pada tahun 1985, seorang attaché tentera Jepun yang bertugas di Moscow telah diperintahkan keluar dari Negara itu kerana dituduh merisik. Attaché yang dikenali sebagai Major Kenji Miyazaki telah dituduh cuba meletakkan assetnya di Kementerian Perdagangan Soviet dan beberapa pusat penyelidikan sulit milik Soviet. [xii] Selain Jepun, pihak China jiga giat menjalankan operasi pengintipannya ke atas Amerika Syarikat. Salah seorang perisiknya yang dikenalpasti ialah John Huang, berjawatan pegawai tinggi di Jabatan Perdagangan US.[xiii] Tuduhan itu mula dilemparkan secara umum oleh Gerald Solomon, Pengerusi Jawatankuasa House Rules Kongress Amerika, katanya;

I have received reports from government sources that there are electronic intercept which provide evidence confirming that John Huang committed economic espionage and breached national security…[xiv]

Oleh itu tidak hairanlah apabila salah seorang pegawai FBI telah memberitahu Los Angeles Times yang pembukaan bangunan konsulat China di Los Angeles memberi pihak China sebuah lagi flatform untuk merisik.[xv]
Bersambung...

End Note
[i] Counterintelligence, Covert Operations and Espionage. Internet source. http://www.mkzine.com/Essays/Ref-Intelligence%20Collection.html
[ii] Ibid
[iii] Human Intelligence – is an intelligence gathering discipline collecting information either by interviewing or tracking a subject of investigation, or using a combination of black technique to gain confessions or involuntary disclosure of information. HUMINT. Internet: www.wikipedia.org/wiki/HUMINT
[iv] White, Terry. Fighting Skills of the SAS & Special Force. London: Magpie Books, 1997. p 349
[v] Ibid p 349
[vi] Ibid p 350
[vii] Barron, John. KGB Today: The Hidden Hand. New York: Berkley Books, 1985. p 29
[viii] Ibid
[ix] ibid
[x] Ibid p 372 - 374
[xi] Davis, Ian, and David Isenberg. The Long History of UN Espionage. Observer. March 8,2003. internet: www.globalpolicy.org/security/issued/iraq/attack
[xii] MSDF officer forced out of Moscow post by KGB spy: journal. Japan Policy & Politics. Nov 13, 2000. internet: http://www.findarticles.com/
[xiii] Timperlake, Edward, and William C Triplett II. Year of the Rat. Washington DC: Regnery Publishing, 1998. p 43
[xiv] Ibid
[xv] Ibid p 129

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...