Saturday, July 16, 2005

Perang: Satu Analisa (Sejarah peperangan di dunia)

It is fatal to enter any war without the will to win it
- General Douglas MacArthur [i]

Professor Geoffrey Blainey menulis dalam bukunya The Causes of War, since war was more newsworthy than peace, the record ostensibly said far more about causes of war than peace. [ii] Ini menggambarkan kepada kita tentang betapa banyaknya sejarah tentang peperangan yang dirakam dan ditulis buat tatapan dan rujukan kita hari ini. Perang telah berlaku sejak dahulu lagi, dalam Al – Quran, banyak ayat – ayatnya yang merekodkan sejarah konflik peperangan manusia sejak Nabi Adam Alaihiwassalam hingga ke zaman keRasulan Nabi Muhammad SAW. Boleh dikatakan kisah pembunuhan Habil oleh saudaranya Qabil yang kedua – duanya putera Nabi Adam AS adalah titik awal peperangan dan pertumpahan darah di muka bumi ini. [iii] Mengikut catatan sesetengah pengkaji, terdapat dua buah angkatan tentera terawal dicatat dalam sejarah, iaitu; Pasukan Tentera Sumaria dan Akkad pada tahun 3500 – 2200 BC dan Pasukan Tentera Firaun Mesir pada tahun 3200 – 1300 BC.[iv] Professor Gabriel menulis dalam bukunya; No society of the Bronze Age was more advance in the design and application of military weaponary and technique than was ancient Sumer.[v] Mengenai tentera Firaun Mesir, beliau mengulas; The pharaoh’s army consisted of small but regular standing forces of several thousands organized like household guards. Egypt introduced conscription during this time, levying one man in a hundred to be called to service each year.[vi] Begitu juga seawal tahun 43 sesudah Masihi (AD), Caratacus, raja England ketika itu telah memimpin rakyatnya bangkit menentang pencerobohan tentera Roman. Sir Edward Creasy dalam karyanya bertajuk Battles of the World: From Marathon to Waterloo – Fifteen Decisive Battles of the World menerangkan tentang 15 buah perang besar yang telah mengubah sejarah dunia ini iaitu;

Peperangan Marathon – tahun 490 sebelum Masihi
Peperangan Syracuse – tahun 413 sebelum Masihi
Peperangan Arbela – tahun 331 sebelum Masihi
Peperangan Metaurus – tahun 207 sebelum Masihi
Peperangan Teutoburg Forest – tahun 9 selepas Masihi
Peperangan Chalons-sur-Marne – tahun 451 selepas Masihi
Peperangan Poitiers atau Tours – tahun 732 selepas Masihi
Peperangan Hastings – tahun 1066 selepas Masihi
Peperangan Orleans – tahun 1429 selepas Masihi
Peperangan Spanish Armada – tahun 1588 selepas Masihi
Peperangan Blenheim – tahun 1704 selepas Masihi
Peperangan Poltova – 1709 selepas Masihi
Peperangan Saratoga – 1777 selepas Masihi
Peperangan Valmy – 1792 selepas Masihi
Peperangan Waterloo – 1815 selepas Masihi [vii]

Dunia Islam juga tidak lari dari sejarah yang melibatkan peperangan. Penulis Ahmad Adnan Fadzil memperincikan sejarah tersebut di dalam bukunya yang bertajuk Jihad Peperangan Rasulullah SAW. Antara peperangan yang ulung ialah;

Peperangan Badar Kubra – berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah. Tentera Islam yang dipimpin oleh Baginda sendiri seramai 317 orang menentang lebih 1000 orang tentera musyrikin Mekah yang dipimpin oleh Abu Jahal.
Peperangan Uhud – berlaku pada 11 Syawal tahun ke 3 Hijrah. Pasukan Islam yang dipimpin Baginda seramai 700 orang menentang pasukan musyrikin yang berkekuatan 3000 orang yang mana 2000 daripadanya berkuda. Mereka dipimpin oleh Abi Sufyan dan unit berkuda diketuai oleh Khalid Al – Walid.
Peperangan Al – Ahzab atau Peperangan Khandak (Parit). Berlaku pada bulan Syawal tahun ke 5 Hijrah. Peperangan ini berlaku apabila sejumlah gabungan pasukan musuh dari kaum kafir quraisy dan kaum – kaum lain yang berkekuatan seramai 10,000 tentera merancang untuk menyerang Madinah. Usaha mereka dapat digagalkan dengan izin Allah apabila pihak Islam yang diketuai oleh baginda Rasulullah telah membina system peparitan di sekeliling Madinah, lantas membantutkan usaha mereka untuk menyerangnya. [viii]


Matlamat peperangan di dalam Islam [ix]

Matlamat utama peperangan disyariatkan kepada umat Islam ialah untuk meruntuhkan system kekufuran.[x] Dalilnya boleh didapati pada ayat Surah Al – Baqarah: 193 yang bermaksud;

Dan perangilah mereka itu sehingga tiada ada fitnah lagi dan agama itu hanyalah semata – mata untuk Allah [xi]

Dan lagi boleh di dapati pada Surah Al – Hajj: 39 – 40 [xii] yang bermaksud;

Telah diizinkan Allah (berperang) bagi orang – orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar – benar Maha Kuasa menolong mereka itu. (ayat 39, Surah Al – Hajj)

(iaitu) orang – orang yang telah diusir dari kampong halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata Tuhan kami hanyalah Allah. Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara – biara Nasrani, gereja – gereja, rumah – rumah ibadat orang yahudi dan masjid – masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama) Nya. Sesungguhnya Allah benar – benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (ayat 40. Surah Al – Hajj) [xiii]

Tiga unsur utama perang yang di haruskan oleh Islam

1. Membalas serangan musuh
2. Membantu kaum Muslimin yang lemah yang dizalimi oleh orang – orang kafir
3. Menghukum perosak Agama dan masyarakat Islam. [xiv]

Sesuai dengan tuntutan Allah untuk menjadikan manusia sebagai Kahlifah di muka bumi ini, yang mana takrif Khalifah ialah menegakkan agama Allah (Islam) dan mentadbir urusan dunia dengannya (Islam). [xv] Maka ianya meliputi urusan pembangunan diri manusia seperti Agama, Iman dan ikhsan. Sehinggalah pembangunan kebendaan yang menjadi keperluan manusia seperti makanan, pakaian, bangunan, alat – alat perhubungan dan tidak ketinggalan alatan persenjataan untuk pertahanan.[xvi] Ini dibuktikan ketika zaman Rasulullah apabila Baginda bertindak mengutuskan dua orang sahabat iaitu Urwah bin Mas’ud dan Ghailan bin Salamah ke sebuah Bandar di Damsyiq (Damascus) yang ketika itu dikuasai oleh tentera Rom bagi mempelajari cara – cara membuat manjaniq (catapult) dan dabbabah (sejenis senjata). [xvii] Kepentingan ini juga diteruskan oleh Panglima besar Islam iaitu Salahuddin Al – Ayubbi ketika kempen pembebasan Baitul Muqadis (Bethlehem) semasa Peperangan Salib (Crusade) dimana beliau telah mengujudkan satu dewan khas yang bertanggung jawab terhadap hal ehwal ketenteraan dimana mempunyai tugas mengawalselia keselamatan kuda – kuda, kesesuaian senjata dan bilangan tentera. Dewan itu juga ditugaskan untuk memastikan uniform dan pakaian mereka baik dan anggota nya berada dalam keadaan rehat yang secukupnya. Salahuddin juga mengambil berat tentang urusan pembinaan senjata, kapal, bahan letupan, pemasangan periuk api, manjeniq dan lain – lain alatan peperangan. Selain itu juga beliau turut mengujudkan Dewan Armada yang diketuai oleh seseorang yang berpangkat Amir Al – Ma’ atau Admiral dalam masa sekarang bagi mengatur cara memperolehi sumber – sumber bagi pembinaan kapal, cara – cara mengeraknya dan urusan pentadbirannya. [xviii]
Bersambung...

End Note
[i] Internet: http://home.att.net/~quotations/war.html
[ii] Blainey, Geoffrey. The Causes of War. New York: The Free Press, 1973. p 4. Beliau juga menulis for every thousand pages on the causes of wars there is less than one page directly on the causes of peace. Ibid p 3
[iii] Al – Quran: Al – Maidah ayat 27 – 32, carian di buat melalui; N A Baiquni, I A Syawaqi, dan R A Azis. Indeks Al – Quran. K Lumpur: Pustaka Indonesia, 1996. p 9
[iv] Gabriel, Richard A., and, Karen S Metz. A Short History of War: The Evolution of Warfare & Weapons. Strategic Studies Institute: US Army War College. Internet: www.42cs.maxwell.af.mil/au/awc/awcgate/gabrmetz/gabr0000.htm
[v] Ibid
[vi] Ibid
[vii] World Book Encyclopedia dan lihat juga; Creasy, Sir Edward. Battles of the World: From Marathon to Waterloo – Fifteen Decisive Battles of the World London: Macmillan & Co., 1851.
[viii] Fadzil, Ahmad Adnan. Jihad Peperangan Rasulullah. K Lumpur: Pustaka Syuhada, 2001.
[ix] Segment ini banyak memetik tulisan Ahmad Adnan Fadzil dalam bukunya Jihad Peperangan Rasulullah (K Lumpur: Pustaka Syuhada)
[x] Fadzil. Ibid. p 15
[xi] Ibid. p 16
[xii] Carian di buat melalui; N A Baiquni, I A Syawaqi, dan R A Azis. Indeks Al – Quran. K Lumpur: Pustaka Indonesia, 1996. p 243
[xiii] Al - Quran dan terjemahan keluaran Kedutaan Arab Saudi di K Lumpur
[xiv] Fadzil. Ibid. p 17 - 18
[xv] Awang, Abdul Hadi. Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari. Kuala Lumpur: Nufair Street, 2005. p 93
[xvi] Lihat Awang, Abdul Hadi. Ibid. p 93
[xvii] Fadzil. Ibid. p 228
[xviii] Basri, Ibrahim (Trans.). Ulwan, Abdullah Nasih. Pejuang Pembaharuan: Salahuddin Al – Ayubbi. K Lumpur: Darul Numan, 1999. p 91 - 92

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...