Saturday, July 16, 2005

Perang: Satu Analisa (Sebab – sebab berlakunya peperangan)

In peace the sons bury their fathers, but in war the fathers bury their sons
- Croesus [i]

War does not spring full – grown from the loins of Mars. It is made by men who by purpose or accident are in positions of leadership and influence.
- Bob Kobres [ii]


Banyak sebab musabab yang boleh mencetuskan peperangan. Menurut Gabriel dan Metz dalam bukunya A Short History of War, perang mula terjadi apabila kegiatan pertanian dan penternakan haiwan mula berkembang pada kurun ke lima BC. Kegiatan ini menyebabkan terbitnya satu cara hidup bermasyarakat yang lebih kompleks. Kemahiran membuat senjata juga menyumbang ke arah tercetusnya konflik awalan di antara mereka.[iii] Dalam peperangan Crimean (Crimean War) sebagai contoh, konflik antara pihak Khalifah Uthmaniah (Ottoman) dan Kerajaan Russia tercetus hanya kerana pihak Uthmaniah memberi kelebihan kepada Negara Perancis mengawal sejumlah gereja – geraja Kristian di Palastine. Oleh kerana permintaan Russia ditolak maka pihak Russia bertindak menawan Negara jajahan Uthmaniah iaitu Moldavia dan Walachia. Kerana itu pihak Kerajaan Uthmaniah bertindak mengisytiharkan perang terhadap Negara Russia.[iv] Satu lagi contoh terjadinya peperangan hanya dengan sebab – sebab yang minima ialah terjerumusnya Amerika Syarikat ke kancah Perang Dunia Pertama hanya dengan sepucuk telegram yang dihantar oleh Menteri Luar Jerman masa itu yang bernama Alfred Zimmerman kepada duta Jerman di Mexico.[v] Dalam kandungan telegram itu, Zimmerman menawarkan kepada Negara Mexico beberapa tanah jajahannya yang terlepas kepada AS seperti Texas, Arizona dan New Mexico jika pihak Mexico berpaling dan berpihak kepadanya. [vi] Secara ringkasnya terdapat tiga sebab – sebab utama yang sering mencetuskan peperangan, iaitu;

a) Konflik yang disebab oleh perebutan hasil bumi.
b) Pertembungan Kuasa
c) Pengaruh Identiti

Menurut Alexander Nikitin dalam draft di dalam satu persidangan di Queens College, Cambridge, UK pada 3 hingga 8 Ogos 2000 [vii], secara terperincinya menghuraikan tiga factor tadi kepada beberapa sub – factor iaitu;

Perebutan Hasil Bumi
a) kerana sumber galian (minerals) – kewilayahan, sumber air, hasil drp. Laut, tanah, bahan galian (dsb.)
b) Hasil industri – infrastruktur industri, tenaga, Bandar, perlabuhan, sumber kewangan dan tenaga kerja
c) Hasil hiliran industri – maklumat, rangkaian computer, teknologi maju, bahan kajian saintifik dan moden, keupayaan tinggi ketenteraan (nuclear, aeroangkasa, peluru berpandu)

Petembungan Kuasa
a) Politik dalaman – pengagihan kuasa antara kumpulan, kelas, bangsa, kedudukan, puak, ketua, elemen persekutuan, regim politik, dsb.
b) Politik antarabangsa – Sempadan, daerah, pemilikan akses kepada sumber – sumber, perikatan, treaty, tuntutan undang – undang, dsb.
c) Hubungan antara etnik – tingkat autonomy, isu politik, perwakilan minority, struktur pemerintah, dsb.

Pengaruh Identiti
a) Budaya – kawalan dari pengaruh budaya luar, pertentangan sesuatu budaya kepada pemerintah atau penduduk
b) Agama – pengagihan kuasa dan pengaruh antara agama dan ketua sesuatu Negara
c) Ideologi – akses kepada social, etnik, kumpulan budaya.



Perebutan hasil bumi

Paul Kennedy menulis;

War, to put it bluntly, would support war. By confiscation of crown and feudal properties in defeated countries; by spoils taken directly from the enemy’s armies, garrisons, museums, and treasuries; by imposing war indemnities in money or in kind… [viii]

Sebab ini dinobatkan antara sebab – sebab utama tercetusnya peperangan.[ix] Hasil bumi seperti bahan galian, sumber tenaga seperti minyak dan keluasan tanah sering menjadi elemen yang menarik bagi Negara – Negara untuk berperang. John Collins menulis; national interest in natural resources and raw materials shape international relationship… [x] David Hume pula menulis dalam essay nya; nothing is more usual, among states which have made seme advances in commerce, than to look on the progress of their neighbors with a suspicious eye, to consider all trading states as their rivals… [xi] sebagai contoh ialah semasa perang pencerobohan Iraq ke atas Kuwait pada 2 Ogos 1990. Saddam dilihat cuba menjadikan Iraq sebuah kuasa baru dunia apabila mengawal sejumlah 20% sumber minyak dunia yang ada di sana. [xii] Faktor sumber tenaga seperti minyak ini menjadikan Negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat rela berperang bagi memastikan mereka mempunyai bekalan yang cukup seperti yang dibuktikan semasa Operation Iraqi Freedom.[xiii] Mereka sanggup berbelanja hampir USD 17.7 billion bagi menghantar dan mengekalkan anggota tentera di kawasan Teluk pada tahun 1991.[xiv] Malahan Presiden Carter dalam ucapannya bertarikh 15 Julai 1979 telah mencadangkan satu program selama 10 tahun yang bernilai USD 140 bilion bagi mengurangkan pergantungan sumber minyak AS di pasaran luar. [xv] Contoh lain yang boleh diambil ialah Negara Perancis. Dengan menawan Negara – Negara jirannya, Napoleon bukan sahaja mendapat pulangan yang berganda malahan menjana keutuhan kewangan bagi Negara Perancis dan untuk beliau sendiri.[xvi] Sementara Jepun memperolehi keuntungan apabila menawan Korea pada Perang Dunia ke Dua kerana memperolehi sumber – sumber asli seperti arang batu, bijih besi dan lain – lain sumber asli termasuk kawasan janakuasa hidroelektrik di sana. [xvii] Insiden terbaru ialah keadaan tegang di Perairan Sulawesi berhampiran sempadan Malaysia – Indonesia gara – gara perebutan kawasan minyak yang bertindih di antara kedua buah Negara. [xviii] Minyak merupakan satu asset yang berharga kala ini mahupun di waktu dahulu. William K Whiteford, pengerusi, Gulf Corp. pernah berkata;

…That’s gasoline you smell in there. You can’t buy any perfume in the world that smells as sweet. [xix]

Oleh kerana kepentingan itu, dalam Operation Barbarossa, Hitler telah mengarahkan antara salah satu objektif operasi itu ialah menawan kawasan lombong minyak Russia di daerah Caucasus. [xx] Pihak berikat juga mengariskan kawasan perlombongan minyak milik tentera Jerman sebagai objektif utama juga, ini terbukti pada 1 Ogos 1943, berpuluh – puluh pesawat pengebom B – 24 Liberator milik 9th US Air Force telah mengebom kompleks penapisan minyak milik Jerman di Ploesti, Romania dari pengkalan milik mereka di Utara Afrika, 2,000 batu dari kawasan sasaran. [xxi] Maka tidak syak lagi, peperangan hampir pasti terjadi apabila kepentingan hasil bumi sesuatu Negara terancam, seperti yang dirumuskan oleh John Collins dalam bukunya;

Resource warfare can threaten modern societies and damage military capabilities just surely as nuclear weapons. [xxii] Bersambung...


End Note
[i] Internet: http://www.wisdomquotes.com/
[ii] Kobres, Bob. Chapter XVIII: Causes of War. Univ. of Georgia Libraries. Internet: http://abob.libs.uga.edu/bobk/coopc18.htm
[iii] Gabriel, Richard A., and, Karen S Metz. A Short History of War: The Evolution of Warfare & Weapons. Strategic Studies Institute: US Army War College. Internet: www.42cs.maxwell.af.mil/au/awc/awcgate/gabrmetz/gabr0000.htm
[iv] Abd. Wahab, Zaharin. Month of War. Selected Works. Unpublished edition. 2004. See also – http://www.encyclopedia.com/ untuk maklumat lengkap tentang Crimean War.
[v] Kennedy, Paul. The Rise and Fall of the Great Powers. London: Fontana Press, 1989. p 349
[vi] Espionage history (1917 – 1918). Internet: http://ncnc.essortment.com/espionagehistor_rago.htm
[vii] Nikitin, Alexander. Political and Economic Causes of war. 50th Pugwash Conference On Science and World Affairs: “Eliminating the Causes of War”. Internet: www.pugwash.org/reports/pac/pac256/wg2draft1.htm
[viii] Kennedy, Paul. Ibid. p 172
[ix] War; World Book Encyclopedia 2002, Deluxe Premier Ed. CD
[x] Collins, John M. Military Geography for Professional and the Public. Washington: Brassey’s , 1998. p 165
[xi] Hume, David. Of the Jealousy of Trade. Internet: http://etext.lib.virginia.edu/
[xii] Woodward, Bob. The Commander. New York: Simon & Schuster, 1991. p 237
[xiii] Ketika penjajahan Iraq ke atas Kuwait, Presiden Bush dipetik sebagai berkata, if Saddam succeeds in extending his control to a large part of the Arab world, he could pose a direct threat to the US by severely damaging our oil – dependent economy. Lihat; Henderson, David R. Do We Need to Go to War For Oil? Cato Foreign Policy Briefing No. 4. internet: http://www.cato.org/pub_display.php?pub_id=1529
[xiv] Henderson, Ibid. see also; Susan, Rasky. Senators Question Control of Gulf Aid. New York Times. September 12, 1990. p A9
[xv] The World Almanac and Book of Facts 2004. CD. Selectsoft Publishing.
[xvi] Kennedy, Paul. Ibid. p 172
[xvii] Collins, John M. ibid. p 159
[xviii] TNI Tetap Bersiaga di Kawasan Ambalat. Internet: http://www.kompas.com/
[xix] Vitullo – Martin, Julia, and J Robert Moskin. Executive’s Book of Quotations. New York, Oxford: Oxford UP, 1994. p 208
[xx] Matthews, Rupert. Hitler: Military Commander. London: Capella, 2003. p 173
[xxi] Warden III, John A., Colonel, USAF. The Air Campaign. Washington: Brassey, 1989. p 39
[xxii] Collins, John M. Military Geography for Professional and the Public. Washington: Brassey’s , 1998. p 165

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...