Paul Kennedy menulis:
War, to put it bluntly, would support war. By confiscation of crown and feudal properties in defeated countries; by spoils taken directly from the enemy’s armies, garrisons, museums, and treasuries; by imposing war indemnities in money or in kind… [1]
Leonid I Brezhnev, ketika menyakinkan rakan sejawatnya dari Somalia, Presiden Siad Barre dipetik sebagai berkata:
Our aims is to gain control of two great treasure house on which the west depends – the energy treasure house of the Persian Gulf and mineral treasure house of central and southern Africa.[2]
Faktor perebutan hasil bumi dan minyak telah dinobatkan antara sebab – sebab utama tercetusnya peperangan.[3] Hasil bumi seperti bahan galian, sumber tenaga seperti minyak dan keluasan tanah sering menjadi elemen yang menarik bagi Negara – Negara untuk berperang. John Collins menulis;
national interest in natural resources and raw materials shape international relationship… [4]
David Hume pula menulis dalam essay nya;
nothing is more usual, among states which have made seme advances in commerce, than to look on the progress of their neighbors with a suspicious eye, to consider all trading states as their rivals… [5]
sebagai contoh ialah semasa perang pencerobohan Iraq ke atas Kuwait pada 2 Ogos 1990. Saddam dilihat cuba menjadikan Iraq sebuah kuasa baru dunia apabila mengawal sejumlah 20% sumber minyak dunia yang ada di sana. [6] Faktor sumber tenaga seperti minyak ini menjadikan Negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat rela berperang bagi memastikan mereka mempunyai bekalan yang cukup seperti yang dibuktikan semasa Operation Iraqi Freedom.[7] Mereka sanggup berbelanja hampir USD 17.7 billion bagi menghantar dan mengekalkan anggota tentera di kawasan Teluk pada tahun 1991.[8]
alahan Presiden Carter dalam ucapannya bertarikh 15 Julai 1979 telah mencadangkan satu program selama 10 tahun yang bernilai USD 140 bilion bagi mengurangkan pergantungan sumber minyak AS di pasaran luar. [9] Contoh lain yang boleh diambil ialah Negara Perancis. Dengan menawan Negara – Negara jirannya, Napoleon bukan sahaja mendapat pulangan yang berganda malahan menjana keutuhan kewangan bagi Negara Perancis dan untuk beliau sendiri.[10]
Sementara Jepun memperolehi keuntungan apabila menawan Korea pada Perang Dunia ke Dua kerana memperolehi sumber – sumber asli seperti arang batu, bijih besi dan lain – lain sumber asli termasuk kawasan janakuasa hidroelektrik di sana. [11] Insiden terbaru ialah keadaan tegang di Perairan Sulawesi berhampiran sempadan Malaysia – Indonesia gara – gara perebutan kawasan minyak yang bertindih di antara kedua buah Negara. [12] Minyak merupakan satu asset yang berharga kala ini mahupun di waktu dahulu.
William K Whiteford, pengerusi, Gulf Corp. pernah berkata:
…That’s gasoline you smell in there. You can’t buy any perfume in the world that smells as sweet. [13]
Oleh kerana kepentingan itu, dalam Operation Barbarossa, Hitler telah mengarahkan antara salah satu objektif operasi itu ialah menawan kawasan lombong minyak Russia di daerah Caucasus. [14]
Pihak berikat juga mengariskan kawasan perlombongan minyak milik tentera Jerman sebagai objektif utama juga, ini terbukti pada 1 Ogos 1943, berpuluh – puluh pesawat pengebom B – 24 Liberator milik 9th US Air Force telah mengebom kompleks penapisan minyak milik Jerman di Ploesti, Romania dari pengkalan milik mereka di Utara Afrika, 2,000 batu dari kawasan sasaran. [15]
Maka tidak syak lagi, peperangan hampir pasti terjadi apabila kepentingan hasil bumi sesuatu Negara terancam, seperti yang dirumuskan oleh John Collins dalam bukunya:
Resource warfare can threaten modern societies and damage military capabilities just surely as nuclear weapons. [16]
Winston Churchill ketika menjadi First Sea Lord dalam suratnya kepada Admiralty bertarikh September 29, 1939 mengesahkan yang hasil bumi adalah salah satu element pencetus akan sesuatu gerakan tentera. Beliau menulis seperti berikut:
It must be understood that an adequate supply of Swedish iron ore is vital to Germany, and the interception of these Narvik supplies during the winter month, i.e. from October to the end of April, will greatly reduce her power of resistance.[17]
Begitu juga di mana pihak British terpaksa memusnahkan facility minyak di Miri dan Seria kerana takut ianya jatuh ke tangan pihak Jepun apabila mereka menawan Sarawak, ini dirakamkan dalam memoir Lt General Arthur Percival, GOC Malayan Command ketika itu, beliau menulis:
Orders for the final demolition of the oil – fields reached the O C Troop Miri and Seria (Major Slatter of the 2/15 Punjab Regiment[18]) on the morning of 8 December. The first step was the wrecking of engine, pumping machinery, and furnaces. The next was denial of the gas – lift wells at Seria. Then the sea – loading lines were blown up and the various subsidiary plants, laboratories, etc, were laid waste.[19]
Perlaksanaan tugas di atas memang berasas kerana pihak Jepun telah memerintahkan Major General Kawaguchi Kiyotake yang memerintah Kawaguchi Detachment untuk menawan telaga minyak di barat laut Borneo dan pengkalan udara yang berada di luar Bandaraya Kuching. Bagi para perancang ketenteraan Jepun pada masa itu, Sarawak merupakan sasaran yang amat penting dan objective utama mereka ialah kawasan padang minyak di Miri.[20]
Ianya dibuktikan di dalam satu artikel yang dipetik dari journal Pointer bertarikh July 1987.
The United States economic pressures, especially the threat of a total oil embargo, led Japan to look for alternative sources of supply in the Dutch East Indies. [21]
Maka jelaslah bahawa apabila sumber mentah sesuatu Negara terancam, Negara itu akan berbuat apa sahaja termasuk berperang bagi memastikan sumber mereka tidak terancam.
Pihak British amat sedar akan rancangan itu, maka 2nd Battalion/ 15th Punjab Regiment yang dipimpin oleh Lt Col Lane telah dihantar ke Sarawak dengan dua tugasan:[22]
i. Untuk mempastikan yang kawasan pemprosesan dan carigali minyak di Miri dan Seria tidak jatuh kepada tangan tentera Jepun.
ii. Mempertahankan lapangan terbang di Kuching
G.C Allen dan Audrey Donnithorpe dalam buku mereka yang bertajuk Western Enterprise in Indonesia and Malaya juga ada mencatatkan tentang kesan kependudukan Jepun ke atas perlombongan petroleum di Asia Tenggara, tulis mereka;
In the years that followed the outbreak of the Pacific War the Indonesian economy was disrupted. Many plant, including oil installations, were destroyed by the Allies, before Japan occupied the country.[23]
Semasa Perang Dunia ke Dua, pihak tentera Berikat telah berjaya melumpuhkan sector pembinaan senjata pihak Jerman dengan. Ini diakui sendiri oleh Menteri yang bertanggungjawab di atas pembinaan senjata mereka iaitu Albert Speer. Dalam satu memorandum beliau kepada Hitler, beliau menulis:
Hence, the element in shortest supply is chromium. This is especially grave since chromium is indispensable to a highly developed armament industry. Should supplies from Turkey be cut off, the stockpile of chromium is sufficient only for 5.6 months. The manufacture of planes, tanks, motor vehicles, tank – shells, U – boats and almost entire gamut of artillery would have to cease from one to three months after this dateline, since by then the reserve in the distribution channels would be used up. [24]
Pada tahun 1990, bekas presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon telah menulis dalam bukunya The Real War secara terperinci mengenai keperluan dan kepentingan bahan galian chromium ini. Beliau memperincikan bahawa sebuah pesawat pejuang sahaja memerlukan sebanyak 3,600 paun chromium untuk komponen – komponennya seperti ball bearings, alatan berketepatan tinggi (high – precision instruments), dan peluru berpandu. Beliau juga mendedahkan hasil kajian Majlis Penyelidikan Negara menyatakan:
…concluded that the U S long – term vulnerability in chrome is greater than in petroleum. Chromium is already in short supply, and we desperately need it to rebuild our armed forces.[25]
Selain itu, pihak Berikat juga sedar akan dua kelemahan yang dimiliki oleh pihak Jerman, iaitu bekalan bijih besi (Iron Ore) dan juga minyak. Bekalan bijih besi bagi Jerman datangnya dari Negara Sweden sementara bekalan minyak datangnya dari Negara Romania dan lapangan petroleum di Baku.[26]
Nota Kaki
[1]Kennedy, Paul. The Rise and Fall of the Great Powers. London: Fontana Press, 1989 p 172
[2] Ia merujuk kepada sumber minyak dan gas asli di kawasan Teluk Parsi dan sumber mineral di benua Afrika. Lihat: Nixon, Richard. The Real War. New York: Touchstone Books, 1990. p23
[3] War; World Book Encyclopedia 2002, Deluxe Premier Ed. CD
[4] Collins, John M. Military Geography for Professional and the Public. Washington: Brassey’s , 1998. p 165
[5] Hume, David. Of the Jealousy of Trade. Internet: http://etext.lib.virginia.edu/
[6] Woodward, Bob. The Commander. New York: Simon & Schuster, 1991. p 237
[7] Ketika penjajahan Iraq ke atas Kuwait, Presiden Bush dipetik sebagai berkata, if Saddam succeeds in extending his control to a large part of the Arab world, he could pose a direct threat to the US by severely damaging our oil – dependent economy. Lihat; Henderson, David R. Do We Need to Go to War For Oil? Cato Foreign Policy Briefing No. 4. internet: http://www.cato.org/pub_display.php?pub_id=1529
[8] Henderson, Ibid. see also; Susan, Rasky. Senators Question Control of Gulf Aid. New York Times. September 12, 1990. p A9
[9] The World Almanac and Book of Facts 2004. CD. Selectsoft Publishing.
[10] Kennedy, Paul. Ibid. p 172
[11] Collins, John M. ibid. p 159, Lihat juga: Allen, G.C. Allen, and A.G. Donnithorpe. Western Enterprise in Indonesia & Malaya. London: George Allen & Unwin Ltd., 1962. Hal 165 – 166. Mereka menulis: By 1938 the output of ore reached 1,600,000 tons. All this was shipped to Japan. Its represented about half of Japan’s ore imports.
[12] TNI Tetap Bersiaga di Kawasan Ambalat. Internet: http://www.kompas.com/
[13] Vitullo – Martin, Julia, and J Robert Moskin. Executive’s Book of Quotations. New York, Oxford: Oxford UP, 1994. p 208
[14] Matthews, Rupert. Hitler: Military Commander. London: Capella, 2003. p 173
[15] Warden III, John A., Colonel, USAF. The Air Campaign. Washington: Brassey, 1989. p 39
[16] Collins, John M. Military Geography for Professional and the Public. Washington: Brassey’s , 1998. p 165
[17] Churchill, Winston. The Gathering Storm: The Second World War. 1st Vol. London: Penguin Books, 1962. p475
[18] Berkekuatan hanya 100 orang anggota dan dibantu oleh kakitangan Sarawak Oilfields Ltd. Lihat: Ooi Keat Gin. A Japanese Christmas. Dlm. The Star. July 20, 2005. p12
[19] Percival, Lt Gen A E. The War in Malaya. New Delhi: Sagar Publications, 1971. p166
[20] Ooi Keat Gin. A Japanese Christmas. Dlm. The Star. July 20, 2005. p12
[21] Lee Swee Hoon. Why Did Japan Invade Southeast Asia? Dlm. Pointer. July 1987. p3
[22] Smyth, Sir John. Percival and the Tragedy of Singapore. London: Macdonald, 1971. p158
[23] Allen, G.C. and Audrey G Donnithorpe. Western Enterprise in Indonesia & Malaya. London: George Allen & Unwin Ltd., 1962. Hal. 37
[24] Speer, Albert. Inside the Third Reich. Trans. Richard & Clara Winston. London: Sphere Books, 1971. p432
[25] Nixon, Richard. The Real War. New York: Touchstone Books, 1990. p29
[26] Churchill, Winston. The Gathering Storm: The Second World War. 1st Vol. London: Penguin Books, 1962. p511
Wednesday, May 30, 2007
Saturday, May 26, 2007
Surat Sayang untuk mu
Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada KU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kemarin .......
Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja ........ AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu sibuk .........
Disatu tempat, engkau duduk disebuah kursi selama lima belas menit tanpa melakukan apapun. Kemudian AKU Melihat engkau menggeerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara kepadaKU tetapi engkau berlari ke telephone dan menghubungi seorang teman untuk mendengarkan kabar terbaru.
AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU
Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu. Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut sebelum menyantap rizki yang AKU berikan, tetapi engkau tidak melakukannya ........
masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang kerumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.
Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV, engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari didepannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yg ditampilkan. Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali kau tidak berbicara kepadaKU ..........
Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah. Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ketempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun namaKU, kau sebut. Engkau menyadari bahwa AKU selalu hadir untukmu.
AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sadari. AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain. AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU menantikan sepatah kata, do'a, pikiran atau syukur dari hatimu
Keesokan harinya ...... engkau bangun kembali dan kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahwa hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKU ........Tapi yang KU tunggu ........ tak kunjung tiba ...... tak juga kau menyapaKU
Subuh ........ Dzuhur ....... Ashyar ........... Magrib ......... Isya dan Subuh kembali, kau masih mengacuhkan AKU ..... tak ada sepatah kata, tak ada seucap do'a, dan tak ada rasa, tak ada harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU ...........
Apa salahKU padamu ...... wahai UmmatKU????? Rizki yang KU limpahkan, kesehatan yang KU berikan, harta yang KU relakan, makanan yang KU hidangkan, anak-anak yang KUrahmatkan, apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKU .............!!!!!!!
Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU tetap berharap suatu saat engkau akan menyapa KU, memohon perlindungan KU, bersujud menghadap KU ....... Yang selalu menyertaimu setiap saat .........
Sumber: Koleksi Email

Thursday, May 17, 2007
Mengejutkan! Bukti BN beli undi di Ijok dipapar di YouTube
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Bukti-bukti wujudnya rasuah dan pembelian undi pada pilihan raya kecil Dun Ijok, 29 April lalu semakin terserlah apabila kisah berhubung tindakan tidak beretika BN itu dipaparkan orang-ramai melalui laman web
Antaranya adalah rakaman perbualan telefon membabitkan seorang berbangsa Cina dengan petugas Bilik Gerakan BN Melaka di Jaya Setia, Ijok bernama Haji Ahmad.
Butiran rakaman yang sempat dicatat adalah seperti berikut:
Pemuda Cina: Saya ada 13 orang (yang mahu mengundi BN), saya rasa ada lagi...
Haji Ahmad: Saya ingat macam inilah, you bawa itu senarai masa hari mengundi... dekat bilik gerakan kita ada rekod semua pengundi luar... kalau betul dia pengundi luar kita bayarlah.
Pemuda Cina: Saya akan pastikan mereka undi BN di Jaya Setia, tapi mereka minta duit dulu sebelum undi BN.
Haji Ahmad: Ehh tak boleh... mereka kena bawa slip itu; slip pengesahan mengundi, baru kita bagi...
Pemuda Cina: Mereka takut kalau mereka sudah undi BN, duit tak dapat.
Haji Ahmad: You kalau tak percaya, you datang dekat bilik gerakan. You tengok orang bayar punya. Ada tempat bayar punya... Kita ada senarai 200 lebih pengundi luar.
Pemuda Cina: Kalau boleh saya bawa mereka malam ini.
Haji Ahmad: Boleh, boleh. bawa senarai nama...
Pemuda Cina: Macam mana kami nak ensure dia orang vote BN?
Haji Ahmad: Kita tahulah... itu sebab kita panggil dia undi dulu. itu slip ada serial number punya.
Pemuda Cina: Jumpa di mana?
Haji Ahmad: You datang bilik gerakan (BN) Melaka lah. (Semua) orang tahu mana bilik gerakan (BN) Melaka. Besar punya. Ada ramai orang.
Sumber: http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7725&Itemid=85
Audio: http://www.youtube.com/watch?v=eJSJM2ndbSo

Friday, May 11, 2007
Gombak Amal Youth Club U13 Football Team
Malam tadi aku menghadiri pelancaran Gombak Amal Youth Club U13 Football team di PASTI Furqan, Kampung Nakhoda.
Pasukan yang dibimbing oleh Saudara JB mempunyai hampir 22 orang pemain yang rata - rata di bawah umur 13 tahun.
Majlis malam tadi dirasmikan oleh Ustaz Hasbullah selaku Penasihat Amal Youth Club, Gombak. Pasukan yang baru ditubuhkan dalam masa dua bulan ini kerap melakukan perlawanan persahabatan dengan pasukan - pasukan U13 setempat dan semakin mantap hasil perlawanannya.
Memetik kata - kata Ustaz Hasbullah, ahli sukan yang baik merupakan mereka yang sihat fizikal dan pemikiran mereka.
Majlis diakhiri dengan majlis jamuan ringan.
Monday, May 07, 2007
Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods...
Artikel untuk parent and parent to be.. Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal, kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.
Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.
1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad
2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek..buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb.
3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe......... satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan
4. Jgn marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....
5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa.........kita pun bukan tak biasa merapu.......
6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.
Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...
Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca.... Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak.....itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya....Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..
Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.

Catatan Semalam
April 29, 2007 Ahad
10:10 pm B10 Flet UTM
Hujan mula turun di Hulu Klang, time ni ibu dan baby dah tidur. Aku pun macam nak tidur sebab keletihan, maklumlah hampir seminggu berkempen di Ijok. Last – last kalah jugak.
Tak kala mengimbau tentang kenangan seminggu di Ijok tu, aku teringat tentang betapa megahnya para pembesar Negara yang begitu angkuh memperkuda segala jentera kerajaan tanpa segan silu untuk berkempen bagi parti mereka.
Kereta – kereta Kementerian, Jabatan waima University – university juga tidak ketinggalan turut serta digunakan oleh jentera pilihanraya mereka.
Pak – pak menteri begitu akrab dan mesra kepada rakyat sekitar ketika itu. Tetapi bila sudah menang sekarang, harap – harap jangan lah mereka lupa jalan ke pekan Ijok lagi
Ketika membaca buku bertajuk Hadith 40 karya Imam Nawawi, aku tertarik akan perilaku dan sahsiah Imam Nawawi seperti yang ditulis dalam buku tersebut;
Kehidupannya sehari – hari adalah sekadar memelihara kesihatan badanya. Makan minumnya sehari semalam hanya sekali. Masa selama duapuluh empat jam digunakan sebahagian besarnya kepada bakti dan khidmat suci terhadap penyebaran dan perkembangan ilmu pengatahuan agama Islam. Pendek kata beliau tidak sangat menghiraukan soal makan, minum dan pakaian serta perhiasan… dan beliau tidak suka kepada makan buah – buahan kerana mengelak daripada mengantuk yang menganggu tugasnya sehari – hari. 1
Berbalik tentang menteri – menteri dan pembesar kita sekarang, maka apakah ada sedikit atau banyaknya persamaan mereka dengan Imam Nawawi ini?
Mata aku pun dah bertambah berat, masa untuk beradu lah pulak. Moga – moga esok mentari akan bersinar kembali. Amin…(Catatan orang tengah frust, belum menang di Ijok heheheh)
Nota Kaki
1 Imam Nawawi. Hadith 40: Terjemahan & Syarahnya. Trans. Ust Mustafa A Rahman. Selangor: Dewan Pustaka Fajar, 2005. Hal 44

Subscribe to:
Posts (Atom)
Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)
October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...
-
1865-Apr. 14 . U.S. Pres. Abraham Lincoln shot by John Wilkes Booth, a well-known actor with Confederate sympathies, at Ford's Theater i...
-
Oleh: Encik Syakirin bin Syaari( Lecturer University Of Science & Technology, Sana'a Yemen ) Khalid ibn Zayd ibn kulayb dari Banu Na...