Thursday, May 17, 2007

Mengejutkan! Bukti BN beli undi di Ijok dipapar di YouTube

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Bukti-bukti wujudnya rasuah dan pembelian undi pada pilihan raya kecil Dun Ijok, 29 April lalu semakin terserlah apabila kisah berhubung tindakan tidak beretika BN itu dipaparkan orang-ramai melalui laman web

Antaranya adalah rakaman perbualan telefon membabitkan seorang berbangsa Cina dengan petugas Bilik Gerakan BN Melaka di Jaya Setia, Ijok bernama Haji Ahmad.

Butiran rakaman yang sempat dicatat adalah seperti berikut:

Pemuda Cina: Saya ada 13 orang (yang mahu mengundi BN), saya rasa ada lagi...
Haji Ahmad: Saya ingat macam inilah, you bawa itu senarai masa hari mengundi... dekat bilik gerakan kita ada rekod semua pengundi luar... kalau betul dia pengundi luar kita bayarlah.
Pemuda Cina: Saya akan pastikan mereka undi BN di Jaya Setia, tapi mereka minta duit dulu sebelum undi BN.
Haji Ahmad: Ehh tak boleh... mereka kena bawa slip itu; slip pengesahan mengundi, baru kita bagi...
Pemuda Cina: Mereka takut kalau mereka sudah undi BN, duit tak dapat.
Haji Ahmad: You kalau tak percaya, you datang dekat bilik gerakan. You tengok orang bayar punya. Ada tempat bayar punya... Kita ada senarai 200 lebih pengundi luar.
Pemuda Cina: Kalau boleh saya bawa mereka malam ini.
Haji Ahmad: Boleh, boleh. bawa senarai nama...
Pemuda Cina: Macam mana kami nak ensure dia orang vote BN?
Haji Ahmad: Kita tahulah... itu sebab kita panggil dia undi dulu. itu slip ada serial number punya.
Pemuda Cina: Jumpa di mana?
Haji Ahmad: You datang bilik gerakan (BN) Melaka lah. (Semua) orang tahu mana bilik gerakan (BN) Melaka. Besar punya. Ada ramai orang.

Sumber: http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7725&Itemid=85
Audio: http://www.youtube.com/watch?v=eJSJM2ndbSo

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...