1. Mengembalikan hak mentasyri’ hukum itu kepada Allah.
Firman Allah SWT dalam Surah Asy – Syura ayat 13, maksudnya;
Dia telah mensyariatkan kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama) -Nya orang yang kembali (kepada-Nya).
(42:13)
Dan firmanNya lagi dalam Surah Asy – Syura ayat 21, maksudnya:
Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang lalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih. (42: 21)
2. Hendaklah syariat Allah lebih tinggi.
Tidak ada yang menyaingi dan tidak ada yang lebih tinggi dari syariat Allah. Hal ini adalah berdasarkan pada beberapa ayat al – Quran al – Karim.
Firman Allah dalam Surah al – Hujurat ayat 1, maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(49:01)
Ertinya kamu tidak boleh mendahului dalam hal kata – kata, dalam hal syariat dan dalam hal mengeluarkan pendapat sampai melintasi Allah dan RasulNya.
Dan firmanNya lagi dalam Surah al – Hujurat ayat 2, maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyadari. (49:02)
Jadi hal ini menunjukkan haram mengangkat suara melebihi suara Nabi. Dan samalah juga haramnya mengeluarkan fikiran dan perkataan mengatasi perkataan Nabi. Ini adalah pendapat Imam Ibnu al – Qayyim dan para fuqaha yang lain. Dari kerana itu, maka tidak sayugia seorang hakim untuk mengatakan bahawa dia sendiri sebagai (sumber) hukum, kerana di samping hukum Allah dia membuat hukum – hukum lain (sebagaimana halnya di zaman pemerintahan Tartar dahulu), di mana mereka mengadakan hukum – hukum lain di samping hukum Islam. Kerana itu para ulama menfatwakan kufur orang – orang yang meredhakan hal itu.
Jadi sebaliknya, janganlah hendaknya hakim itu mengatakan bahawa dia adalah sumber perundangan. Tidak malu ia menetapkan undang – undang lain lebih tinggi daripada syariat Allah.
Firman Allah dalam Surah an – Nisaa ayat 105, maksudnya:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penantang (orang yang tidak bersalah), karena (membela) orang-orang yang khianat
(4:105)
3. Melaksanakan syariat Allah secara lengkap, bukan terpisah – pisah.
Di mana lapangannya seperti Aqidah, akhlak, syariah dan muamalat, kalau disisih – secara sengaja – mana satu dari lapangan – lapangan itu bererti samalah dengan menyisih semuanya. Ertinya hukum syarak semuanya dianggap tidak berlaku. Kerana menolak sebahagian adalah seperti menolak semuanya.
Firman Allah SWT dalam Surah al – Baqarah ayat 208, maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu.
(2:208)
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menulis dalam bukunya, Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari seperti berikut;
Penjajah telah berjaya melaksanakan perancangan mereka untuk menjauh dan memisahkan umat Islam daripada ajaran Islam secara sedikit demi sedikit. Teori – teori yang disadurkan Islam telah dikemukakan sebagai gentian kepada ajaran Islam. Kita melihat secara nyata betapa gejala – gejala negative yang berlaku dan menimpa kita hari ini adalah hasil kegagalan ajaran yang lain selain Islam. Ini menunjukkan bahawa betapa Islam hendaklah dilaksanakan secara menyeluruh. (Haji Hadi: 114)
Dicap oleh al – Quran sebagai: Kuffur, jahiliyyah, fitnah dan melawan Allah dan RasulNya. Dan dari kerana itu kerja menyisihkan syarak dari politik (demikian juga) dengan masalah ekonomi dan kemasyarakatan adalah serupa menyisihkan semua hukum yang disebut oleh syarak.
BIBLIOGRAPHY
a) Al – Quran al - Karim
b) Jarisyah, Dr Ali. Pendakwah bukan Pelampau. Trans. Drs. Haji Abdul Rahman Ahmad. Selangor: Penerbitan Hizbi, 1985.
c) Awang, Abdul Hadi. Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari. K Lumpur: Nufair Street, 2005.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)
October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...
-
1865-Apr. 14 . U.S. Pres. Abraham Lincoln shot by John Wilkes Booth, a well-known actor with Confederate sympathies, at Ford's Theater i...
-
Oleh: Encik Syakirin bin Syaari( Lecturer University Of Science & Technology, Sana'a Yemen ) Khalid ibn Zayd ibn kulayb dari Banu Na...
No comments:
Post a Comment