Saudara!
Kau merdeka di balik alam baru,
Saudara!
Kau merdeka dari belenggu itu,
Kalau betul kau berpegang pada Tuhanmu,
Apa helah makhluk, tidak berbekas padamu.
Saudara!
Kan musnah tentera zalim tak menentu,
Akan muncul di alam ini satu fajar baru,
Pancaran sinarnya akan memerdekakan ruhmu,
Lihat, nun fajar baru menari - nari menujumu.
Saudara!
Darah badanku membeku mati,
Tidak hendak mengalir kerana ikatan abadi,
Dia kan membawa sembahan ke lelangit tinggi,
Bertatah medali di syurga nan abadi.
Saudara!
Kau tangisi atas pemergian saya,
Tersiram khusyu' di kuburan saya,
Mereka nyalakan lilin dari reputan saya,
Kejarlah dengannya kemenangan yang jaya.
Saudara!
Jika kutidur, jumpa kekasih,
Raudhah Tuhanku telah tersedia dan isih,
Burung - burungnya berkepak - kepak silih,
Bahagia nian berada di Taman Firdaus.
Saudara!
Ikutilah kalian jejakku ini,
Puak demi puak, angkatan baru susuli,
Meskipun aku mati, tapi mati suci,
Kalian kan lalu dengan kemenangan lagi.
Ku membela nama Tuhan dan agama,
Dengan yakin atas sunnah, ku jalan selama,
Entah demi kemenangan di merata dunia,
Entah untuk mendapat balasan sama anbia'.
ASSY SYAHID SAYYID QUTUB
Sumber: Jarisyah, Dr. Ali. Pendakwah bukan Pelampau. Selangor: Penerbitan Hizbi, 1985. pp65
No comments:
Post a Comment