Wednesday, January 18, 2006

Orang ramai diminta hadiri demonstrasi pertahankan kuasa mahkamah syariah

Oleh SAIDATUL AMANI KUALA LUMPUR, 17 Jan (Hrkh) -

Umat Islam di Selangor dan Wilayah Persekutuan diminta hadir dalam demonstrasi mempertahankan kuasa Mahkamah Syariah Perkara 121 (A) selepas solat Jumaat ini (20 Januari 2005).Demonstrasi tersebut anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat dan akan diketuai Ketuanya, Salahuddin Ayub serta exco Pemudanya yang akan berkumpul di pekarangan Masjid Negara untuk menyerahkan memorandum bagi mempertahankan kuasa Mahkamah Syariah tersebut kepada Pesuruhjaya Suhakam.
Beliau yang menghubungi Harakahdaily menyeru orang ramai berkumpul di pekarangan Masjid Negara untuk sama-sama membantah bagi pertahankan kuasa mahkamah syariah pada hari berkenaan.
Selain itu, Dewan Pemuda akan turut memfailkan saman terhadap kerajaan kerana meneruskan pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
Katanya, saman tersebut akan dilakukan pada pagi Jumaat tersebut jam 11 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Ketua Penerangannya, Mohamed Hanipa Maidin berkata, tindakan saman itu perlu dilakukan kerana pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris itu bertentangan dengan Akta Kebangsaan, Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. - mks

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...