Wednesday, January 18, 2006

KEKUFURAN KAMAL ATATURK

POLISI YANG KUFUR
1. Tidak mengambil al – Quran dan Hadith sebagai dasar perlembagaan dan pemerintahan Negara.
2. Golongan pemerintah dan kuncu – kuncunya (dari menteri ke wakil rakyat) adalah perompak – perompak terhormat yang mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka kaya – raya hasil menyertai politik.
3. Kebanyakan siaran – siaran radio dan TV serta isi kandungan majalah, 95% adalah maksiat.
4. Terdapat binaan tugu – tugu dan patung – patung dalam Negara, yang mana monument tersebut dibesar – besarkan.
5. Muzik – muzik haram (konsert), tari – menari, pergaulan bebas, panggung wayang lucah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan lain – lain dibenarkan berleluasa (diberi lesen).
6. Waktu – waktu solat, masjid kosong.
7. Peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang – orang tua dan ibul tunggal disisihkan.
8. Banyak projek yang sia – sia atau membazir, dengan menggunakan wang berjuta – juta seperti membesarkan tempat – tempat maksiat yang digunakan oleh kaum pembesar sahaja.
9. Polis dan tentera yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan tetapi merekalah yang banyak membuat rakyat berasa tidak aman.
10. Pemimpin tidak boleh ditegur dan cepat melenting jika ditegur, serta bersifat pendendam ke atas orang yang menegurnya.


AMALAN – AMALAN KUFUR KAMAL ATATURK
1. Di sebuah Bandar bernama Balikesir, Kamal Ataturk berucap bahawa agama terpisah dengan urusan harian dan mendakwa Nabi Muhammad saw juga telah berbuat demikian. Ini jelas menentang al – Quran dan Sunnah.
2. Dalam satu ceramah yang lain, beliau pernah menegaskan bahawa mana mungkin sebuah Negara maju jika orangnya tidak memakai pakaian modern (mendedahkan aurat). Akibatnya ramai yang telah dibunuh kerana enggan berpakaian secara barat.
3. Kamal Ataturk tidak membenarkan kuasa talak (cerai) diberikan kepada suami mengikut undang – undang Islam.
4. Beliau menggalakkan wanita dan lelaki menari di khalayak umum.
5. Beliau memanggil para arkitek luar untuk mengukir patung – patung di Bandar Turki.
6. Beliau juga menggalakkan rakyat Turki menyukai muzik barat.
7. Beliau juga minum arak di hadapan umum, dan diikuti oleh rakyat – rakyatnya.
8. Kamal Ataturk mengarahkan al – Quran dicetak dalam bahasa Turki, begitu juga Azan dan Solat Jumaat.
9. Mempersembahkan tarian gelek dan penari bogel kepada Raja Iran (Reza Shah) ketika beliau melawat Turki.

Petikan sejarah:
Turkey joined Germany and Austria in World War I, and its defeat resulted in the loss of much territory and the fall of the sultanate. A republic was declared Oct. 29, 1923, with Mustafa Kemal (later Kemal Ataturk) as its first president. Ataturk led Turkey until his death in 1938. The Caliphate (spiritual leadership of Islam) was renounced in 1924


BIBLIOGRAPHY
1. al Aziz, Ahmadi. Detik – detik Terakhir Kehidupan & Kepimpinan Kamal Ataturk. K Lumpur: Usnie Publisher, 2001. ms31 – 34.
2. The World Almanac & Book of Facts 2004. CD – ROM

1 comment:

hamka said...

6. Waktu – waktu solat, masjid kosong.

kalau di baca sepintas lalu, negara kita pun ada camtu....takitnya, patutlah org kapir malaysia tak takut kat org islam malaysia...(kes Mohamad @ Moorthy baru2ni)

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...