21 January 2006
08:03 AM
Di Taman Permata, (MTD Hulu Kelang) orang belum ramai lagi. Pagi tadi buat sandwich untuk buat bekalan. Izzatul nangis nak ikut, kesian dia. Kali ni Cuma survey site je, kalau OK aku bawalah diaorang. [1]
06:20 PM
Batu berkesempatan menulis. Hari ini program Jaulah [2] di Kemensah Waterfall anjuran Dewan Pemuda UKJ Hulu Kelang. Buat bakar ayam dan ikan dan mandi – manda. Tema jaulah ini menurut Ustaz Farhan ialah “Melihat dan Berfikir”. Semasa tazkirah selepas solat Zuhur, Ustaz Farhan menyatakan ada tiga pekara yang dapat diambil pengiktibaran dari jaulah ini.
1. Macamana untuk set – up saf dan tempat solat dalam situasi musafir.
2. Peralatan yang perlu dalam bermusafir, iaitu;
a. Sejadah
b. Kompas Kiblat
c. Sedikit air
3. Fekah tentang wuduk dalam Mazhab Hanafi tidak meletakkan tertib sebagai syarat.
22 January 2006
02:05 AM
Masih belum tidur lagi. Baru habis menonton movie lakunan Steven Segal yang terlupa akan tajuknya. Earlier Azhar datang rumah untuk ambil buku TEKNIK IKHTIAR HIDUP untuk di scan bagi di fowardkan kepada seorang sahabat yang memerlukannya. Azhar balik jam 1.00 pagi, layan movie sampai jam 2.00 pagi. Kemudian sambung treatment rendaman kaki dengan air garam panas. Setahun lepas pada 22 January, 2005, aku buat majlis makan – makan di tumah ini sempena menyambut Hari Raya Qurban (21 January 2005). Yang hadir ialah Azhar, Mas, Herman, Linda, dan Abg. Man se family. [3]
11:30 AM
Lepak di rumah sahaja. Ibu tengah layan “Kickstart”. Cerita tentang iltizam, azam, motivasi dan determination seseorang peserta mencapai apa yang dicita – citakan. Nak beli pampers baby dan lauk – pauk sedikit. Ada SMS dari sahabat tentang program Kiamulail di surau Taman Permata pagi tadi. Tak dapat hadir atas sebab – sebab yang dinyatakan di atas.
Hari ini pada tahun 1970 (22 January 1970):
A combined force of North Vietnamese and Vietcong attack a South Vietnamese marine brigade command post in Mekong Delta, killing 15 and wounded 41. [4]
Pembacaan diteruskan dengan membaca buku INTISARI SEJARAH ASIA TENGGARA, tertarik akan fakta mengenai Perang Jawa 1825 – 1830 [5]
Sebab – sebab berlakunya Perang Jawa tersebut,
1. Belanda melantik anakanda Amangku Buwono IV iaitu Amangku Buwono V yang berumur dua tahun sebagai Sultan Jawa.
2. Belanda mengelurakan perintah melarang pembesar Jawa dari menggadaikan tanah mereka kepada orang – orang Eropah dan China.
3. Tindakan Belanda yang hendak membina jalan yang meredas makan moyang Dipo Negoro yang dianggap sebagai keramat.
07:05 PM
Baru bangun tidur dan solat Asar. Letih sebab baru balik dari Alpha Angle di Wangsa Maju. Lama tak pergi ke sana. Dari pengamatan aku, harga barang di sana seperti susu baby lebih mahal dari Giant tetapi untuk sayur – sayuran harga dia lebih rendah.
Footnotes
[1] Mulanya aku pergi seorang dulu, bila lihat jauzah Ismail tak ada kawan, lalu aku balik semula ke rumah dan ambil ibu dan baby ke sana.
[2] Menurut Ustaz Farhan, jaulah bermakna berjalan – jalan di kawasan yang dekat jaraknya dan rehlah pula bererti perjalanan “makan angin” yang jauh jaraknya.
[3] Catatan harian tahun 2005 penulis
[4] Bowman, John S. gen. ed. The World Almanac of the Vietnam War. New York: Bison Books, 1985. ms248
[5] Taimon, Sufian. Intisari Sejarah Asia Tenggara. K Lumpur: DBP, 1973. ms90
No comments:
Post a Comment