Thursday, January 26, 2006

Ceramah Pelancaran Roadshow Pertahan Kedaulatan Mahkamah Syariah

Tarikh: 25.01.2006
Tempat: Dewan Dato Fadzil Noor
Masa: 10 Malam

Penceramah

1. Saudara Haniffa Maidin - Ketua Penerangan Dewan pemuda PAS Pusat
- Beliau mengupas akan sejarah sehingga tergubalnya undang - undang 121 (1A) dan kes - kes yang terdahulu.
- Beliau juga menmyenaraikan sebab - sebab perlunya diujudkan akta 121 (1A) ini.

2. Ustaz Idris Ahmad (Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat)
- Beliau menyeru agar akta 121 (1A) dipertahankan sebab ia melibatkan maruah umat Islam di Malaysia.
- Beliau mengambil iktibar Perjanjian Pangkor 1874, dimana di sana lah bermulanya pemisahan agama dari sistem politik di negara kita.

3. Saudara Ann Wan Seng (President MACMA)
- Beliau menjelaskan bahawa kes Allahyarham Muhammad Abdullah @ M Moorthy sepatutnya tidak perlu dibesar - besarkan.
- Beliau juga kesal kerana ada sebilangan NGO - NGO Islam yang turut memperlekehkan undang - undang Islam di mata bukan Islam.

4. Ustaz Wan Sulaiman (PUM)
- PUM Bersama - sama PAS dan NGO - NGO Islam lain menyokong usaha mempertahankan akta 121 (1A).
- Puncak polemik ini kata beliau, kerana umat Islam di sini tidak lagi komited untuk mempertahankan dan menghayatai Islam secara syumul.
- Beliau juga mendedahkan ada juga sebilangan negeri - negeri di Malaysia tidak mempunyai undang - undang khusus untuk mengelakkan kejadian Murtad.

5. Cikgu Azmi A Hamid (President TERAS)
- Beliau mengulas akan isu Nyonya Tahir.
- Beliau juga kesal akan kebanyakan akhbar - akhbar arus perdana tidak adil dalam melapurkan isu akta 121 (1A) itu.

6. Ustaz Yusri Muhammad (President ABIM)
- Beliau mendedahkan ada usaha untuk meminggirkan Agama Islam dari arus perdana.
- Beliau juga kesal kerana ada kes - kes yang mahkamah sivil boleh overide keputusan mahkamah syariah.
- Beliau juga menegaskan bahawa polemik ini bukan isu Islam lawan bukan Islam.

7. YB Salahuddin Ayub (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat)
- Beliau menceritakan kembali dengan panjang lebar akan sejarah sehingga tertubuhnya akta 121 (1A).
- Pencetus idea ini ialah Almarhum Prof. Ahmad Ibrahim, bekas peguam bagi keluarga angkat Natrah di Singapura.

8. Tuan Guru Dato Haji Abdul Hadi Awang (President PAS)
- Beliau mendedahkan bahawa zaman ini ialah zaman umat Islam dibuli sama ada di luar dan di dalam negara.
- Beliau menghuraikan bahawa islam itu datang dari Allah swt dan mencakupi segala aspek di langit juga di bumi.

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...