Thursday, January 12, 2006

My Journal

05 January 2006
KHAMIS

04:06 PAGI
Baru terjaga daripada tidur, solat Isya’. Malam tadi tidur awal kerana pening kepala. Nak kena check ni takut – takut darah tinggi. Time ni ibu dan baby dah tidur, sedang membelek – belek akhbar Siasah bertarikh 16 – 29 September 2005. Tertarik dengan satu artkel bertajuk Masa Untuk PAS Bermuhasabah. Di situ terjumpa satu keratan yang berbunyi;

Petugas dari negeri lain yang datang dengan penuh semangat untuk membantu hanya dibenarkan menjadi pengawal keselamatan sahaja… [1]

Dan aku secara khususnya berada di bumi Pasir Mas pada ketika itu secara peribadi bersetuju dengan kenyataan di atas. Satu persoalan yang sangat baik untuk di perhatikan;

… apakah PAS bertanding di Pengkalan Pasir hanya sebagai rutin atau bertanding dengan strategi yang berkesan? [2]


01:20 PETANG
Baru berkesempatan menulis, kerja seperti biasa – sampai office jam 8:00 pagi. Jem makin teruk sekarang, tak macam tahun lepas. Buat docket di Nagaria dan BTS. Balik office dapat t –shirt TM (5 helai) dan diary untuk kali kedua. Tak pernah dalam sejarah dapat diary sampai dua kali dalam masa 12 tahun aku bekerja. Dah orang bagi ambil je la. Membaca satu artikel tentang MURTAD di website. Artikel itu menulis;

… sehingga Julai 97, 3,000 orang murtad di Kuala Lumpur sahaja. Tahun 1998 sahaja, 516 orang sudah murtad. [3]

Addendum on 06 January 2006 – 04:51 pm

Pengkristianan di Malaysia.
Gerakan Kristian yang terkenal ialah daripada mazhab Katholik. Mereka mempunyai 6 zone di Malaysia. Setiap zone mempunyai seorang paderi besar. [4]

Sementara al – Awa dalam bukunya Hukuman dalam undang – undang Islam menyatakan bahawa;

… disebut bahawa penulis – penulis Islam mempunyai dua pendapat berbeza tentangnya. Pendapat yang lebih umum ialah bahawa hukuman bagi murtad itu hukuman mati dan ia tergolong dalam kumpulan Hadd. Pendapat yang kurang umum, tetapi ditulis dengan baik menyatakan ia hukuman Takzir yang boleh jadi seberat hukuman mati dan mestilah, seperti hukuman – hukuman Takzir yang lain, ditentukan mengikut keadaan setiap kes. [5]

Jika kita petik tulisan – tulisan Dr Amran Kasimin dalam bukunya Satu Analisa mengenai Murtad, beliau menghuraikan seperti berikut;

Hukum bunuh ke atas orang yang murtad ialah Qad’ie iaitu hukum yang tidak boleh dipinda atau diubahsuai. Hak Allah yang wajib dilaksanakan (Hudud). [6]

Beliau juga menghuraikan tatacara hukuman itu dilaksanakan, tulis beliau lagi;

Pemerintah hendaklah memerintahkan orang yang murtad bertaubat serta – merta menurut pendapat yang muktamad. Menurut satu pendapat lain, seseorang diberi tempoh selama tiga hari untuk berbuat demikian sebelum hukuman dijatuhkan ke atasnya.[7]

Apabila telah gugur hukuman murtad yang asal kerana bertaubat, ketika itu hakim boleh menghukum Takzir, seperti hukum penjara, denda dan sebat. Hukuman penjara ke atas orang yang murtad hendaklah berjalan terus hingga seorang itu dapat dipastikan benar – benat insaf dan mengikut kebenaran Islam. [8]


04:40 PETANG
Still di office, baru lepas buat docket di KLP. Surf internet tentang murtad lagi. Lagi di surf lagi ngeri aku dibuatnya. Dah beratus, malah beribu anak melayu murtad sekarang. Ketika aku membaca artikel tentang dakyah Yahudi, aku tertarik dengan apa yang ditulis oleh penulis artikel tersebut, katanya;

Yahudi punya kerja, baru letak bola sebiji, 70,000 melayu tak sembahyang di stadium Shah Alam. [9]

Tu la cara permurtadan baru mereka, tak dapat murtadkan kita 100% dapat 70% pun dah cukup baik.[10]



06:04 PETANG
Di station LRT Setiawangsa, tunggu ibu. Dia naik komuter hari ni. Petang tadi submit jadual cuti untuk setahun bagi tahun 2006 kepada Mr. Hood. Pagi esok ada taklimat katanya. Untuk bulan ni (January) aku tak ambil sebab dah banyak cuti umum. Start bulan February baru aku ambil cuti. Bulan August paling banyak aku ambil cuti fasal nak ke KK. Kereta aku dah kotor sangat ni, rasa macam nak basuh malam ni juga. Tak tau lah ibu nak keluar tak malam ni. Sabtu ni nak service kereta di Produa Service Center, AU2.

Footnotes
[1] Ghani, Fadhli Abdul. Masa untuk PAS Bermuhasabah. Siasah. December 16 – 29, 2005. ms.3
[2] Ibid
[3] Musafir_Kelana. Isu murtad: Orang Islam ibarat pelarian di Negara sendiri. http://www.tranungkite.net/
[4] Jamil, Nahmar. Menghadapi Ancaman Pengkristianan. K Lumpur: Pustaka al – Mizan, 1987. ms.36
[5] El – Awa, Mohamed S. Hukuman Dalam Undang – Undang Islam. K Lumpur: DBP, 2003. ms.91
(Perbincangan lebih lanjut boleh didapati di buku ini.)
[6] Kasimin, Dr Amran. Satu Analisa mengenai Murtad. K Lumpur: Pustaka al – Mizan, 1988. ms. 66
[7] Ibid. ms. 67
[8] Ibid
[9] Musafir_Kelana. Isu murtad: Orang Islam ibarat pelarian di Negara sendiri. http://www.tranungkite.net/
[10] Cara – cara kegiatan dakwah Kristain di Malaysia: (Rujukan – Nahmar Ismail: 1987 – ms. 37 & 38)
a) Melalui persekolahan – terdapat 154 buah sekolah Kristian Katholik di Semenanjung Malaysia dan
127 buah di Sabah dan Sarawak. Sekolah – sekolah itu mendapat bantuan penuh daripada kerajaan
Dan mengikut system pelajaran kebangsaan.
b) Pertubuhan – pertubuhan Kristian
1) Pertubuhan St. Vincent de Paul Malaysia
2) Persatuan Jururawat Katholik Malaysia
3) Persatuan Sekerja Pemuda Kristian YCW Malaysia
4) Liga Wanita Katholik


Rujukan (Akhbar)
1. Ghani, Fadhli Abdul. Masa untuk PAS Bermuhasabah. Siasah. December 16 – 29, 2005

Rujukan (Buku)
1. Jamil, Nahmar. Menghadapi Ancaman Pengkristianan. K Lumpur: Pustaka al – Mizan, 1987.
2. El – Awa, Mohamed S. Hukuman Dalam Undang – Undang Islam. K Lumpur: DBP, 2003.
3. Kasimin, Dr Amran. Satu Analisa mengenai Murtad. K Lumpur: Pustaka al – Mizan, 1988

Rujukan (Internet)
1. Musafir_Kelana. Isu murtad: Orang Islam ibarat pelarian di Negara sendiri. http://www.tranungkite.net/

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...