Tuesday, December 20, 2005

Catatan Semalam

18 December 2005
Ahad

Dan barang siapa yang tiada menghukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang – orang yang fasik.
Al – Maidah: 47

Hari berehat di rumah sahaja, cadang nak ke klinik bawa ibu dan baby tetapi cancel pasal hari hujan dan ibu pun malas nak ke sana. Sarapan nasi goreng pagi ni, Izzatul pulak banyak keletahnya kalau ibid an ayahnya ada di rumah.

Petang still di rumah, bawa Izzatul turun ke kedai runcit untuk membeli tepung gandum (cadang nak suruh ibu buat roti jala), dan sardine. Pekena roti jala with kari ayam – sedap. Menyiapkan artikel Dreams of Anti – Islam force yang dipetik dari karya M Amir Ali bersama sedikit references dan tambahan. Menonton debat antara Allahyarham M Deedat dan pastor Sjoberg dari Sweden di CD – Rom yang bertajuk Is the Bible True word of God: Debate 1 in Stockholm. Terbitan Saba Islamic Media. Perdebatan mengenai ketulenan ayat – ayat Allah di dalam kitab Injil.

Allah swt berfirman dalam Al – Quran;

Dan mereka (ahli kitab) tidak berpecah belah melainkan sesudah datangnya pengetahuan kepada mereka karena kedengkian antara mereka. Kalau tidaklah karena sesuatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulunya (untuk menangguhkan azab) sampai kepada waktu yang ditentukan, pastilah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang diwariskan kepada mereka Al-Kitab (Taurat dan Injil) sesudah mereka, benar-benar berada dalam keraguan yang menggoncangkan tentang kitab itu.
Surah Asy Syurah: 14

Selepas solat Maghrib, aku ke Markas Tarbiyah PAS Taman Malewar untuk majlis Jamuan Keraian Petugas PAS Selangor di PRK P Pasir oleh JPN N Selangor disamping itu satu syarahan telah berlangsung setelah Solat isyak oleh YB Hussam Musa, exco Kerajaan Negeri Kelantan dan Dato’ Dr Hasan Ali, PJ negeri Selangor dan pengarah JPN sendiri.

YB Hussam menceritakan tentang peranan media nasional yang berat sebelah dengan tidak melapurkan aktiviti petugas dan pemimpin PAS semasa kempen dan juga tentang undi pengikut Ibrahim Ali yang dibeli oleh UMNO di saat akhir.

Bagi Dr Hasan Ali pula, Parti PAS sepatutnya mempunyai satu manual lengkap khas bagi menjalani pilihanraya samaada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil. Bagi beliau, PAS masih lagi tidak sistematik dan tidak smooth semasa berlangsungnya PRK P Pasir itu.[1] Dr Hasan juga menyentuh tentang webtv PAS Selangor yang akan dilancarkan awal tahun depan. Bagi beliau, seharusnya setiap cawangan PAS mempunyai computer, perkhimatan internet broadband dan juga projector bagi merealisasi kan program webtv ini.[2]

Seterusnya Dr Hasan Ali menyentuh tentang program pemindahan para pemgundi dari kawasan undi yang kurang penting bagi PAS kepada kawasan yang kritikal. Beliau mempersetujui kata – kata YB Hussam yang mana the number is not important. Para pengundi Selangor yang terdiri dari anak Kelantan seharusnya mendaftar mengundi di Kelantan kerana ianya lebih baik dipertahankan dari mengundi kawasan yang belum tentu dimenangi oleh PAS di Selangor.

Agama itu asas, kuasa pemerintah menjadi pengawas, sesuatu tanpa asas menjadi runtuh, dan sesuatu tanpa pengawas menjadi sia – sia.
- Imam al - Ghazali[3]

Note
[1] Bagi pengalaman penulis sendiri yang turut bertugas di PRK P Pasir, sememangnya tiada satu koordinasi antara PAS Selangor dan PAS tempatan semasa di sana. Satu lagi masalah utama ialah tenaga kerja tidak dapat di utilize dengan sempurna kerana rekod kekuatan tidak begitu update, kerana ada yang mendaftar tetapi sudah tiada lagi di P Pasir. Bagi petugas yang bertugas di pos – pos pilihanraya, mereka tidak mempunyai petugas tempatan untuk dirujuk dan system kawalan keselamatan di bilik – bilik gerakan PAS sangat longgar, ini menyenangkan pihak – pihak yang tidak bertanggung jawab mencuri masuk untuk merisik dan mencuri maklumat.
[2] Untuk rekod, PAS Selangor telah mengendalikan perkhidmatan webtv ini khas untuk PRK P Pasir, tetapi malangnya ketiadaan alatan seperti PC, projector dan internet – ready network menggagalkan usaha memberi siaran maklumat alternative kepada para pengundi P Pasir. (dari amatan penulis yang berada di sana dari 3 – 6 Dec 2005)
[3] Awang, Abdul Hadi. Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari. K Lumpur: Nufair Street, 2005. p143

-----------------------------------------------------------------------

19 December 2005
Isnin

Great leaders lead by ideas.
- Rudy Giuliani, former NY Mayor[1]

Pagi ini aku kerja seperti biasa, mood cuti masih ada, ngantuk jer semacam. Sampai office check job ada satu di BTS. Mr. Hood bagi diary TM beserta kelendar meja TM. Awal pulak tahun ni. Update aku punya weblog dengan artikel – artikel yang menarik yang aku jumpa di internet dan yang aku tulis di rumah semalam. Tertarik dengan satu program di Indonesia yang diberi nama Zikir Nasional 2006[2] (Menjelang malam tahun baru). Yang lebih menarik, zikir itu diketuai oleh Ketua MPR[3] Indonesia sendiri iaitu bapak Dr. Hidayat Nur Wahid[4] dan ditaja oleh badan – badan koperat besar Indonesia sepereti TELKOMSEL, Akhbar REPUBLIKA, dan bank – bank muamalat di Indonesia. Ini bagi aku patut menjadi contoh di Malaysia dan juga kepada badan – badan koperat di Malaysia, jangan asyik menaja konsert – konsert artis dalam dan luar negeri sahaja pabila datangnya tahun baru.

Petang, hujan lebat di KL. Dari office terus ke station LRT Setiawangsa, tunggu ibu yang sampai jam 6.30 petang. Ambil baby di rumah Umi. Terus balik ke rumah coz hujan lebat.

Don’t assume a damn thing.
- J. Edward Lumbard[5]

Note
[1] Giuliani, Rudy. Leadership. London: TimeWarner, 2003. p235
[2] Maklumat lengkap sila lihat: Wahab, Zaharin A. Agenda Malam tahun baru 2006. http://rainman2.blogspot.com/2005/12/agenda-malam-tahun-baru-2006.html atau di http://www.republika.co.id/
[3] Majlis Pemeyuaratan Rakyat atau Parlimen di Malaysia, Ketua MPR sama seperti Speaker Parlimen di Malaysia
[4] Bekas ketua umum Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia
[5] Giuliani: 72

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...