Thursday, October 06, 2005

Catatan Semalam

26th September 2005 - 06:26 petang
Balik drp ofis, sampai awal di rumah - hari hujan renyai - renyai. Orang ramai yang cuti hari ini, Zainal dan Saidin. Payment day - Bayar duit rumah via online maybank2u - RM 330.00 (tolak duit maintenance rumah RM70.00) dan duit kereta RM384.00, Pakcik dah pokai!!!

Malam ini aku cadang nak habiskan pembacaan aku terhadap artikel SOUTH AFRICA & THE WAR AGAINST JAPAN 1941 - 1945 karya Andre Wessels [1] Sebab aku rasa macam best aje memandangkan pihak SA kurang mendapat publicity ketika WWII.

27th September 2005 - 06:29 petang
Di rumah, ibu lambat hari ini, kena ambil Izzatul dulu kejap lagi. Hari ini bayar bil air - RM 6.27, belanja am setakat sekarang berjumlah - RM 16.07. Apa pasal la mata mengantuk sesangat ni. Docket hari ini under control, pagi je yang sibuk sedikit, petang OK.

28th September 2005 - 06:27 petang
Keramat tengah hujan lebat sekarang, petang tadi Azhar datang office, temankan dia survey dan beli hard disk PC dia yang dah kong tu. OTW balik ke office, Asmadi plak datang - ambil bayaran premium insurance Izzatul, RM52.40.
Hood suruh pergi kursus Certify Agency 1A pada 3 dan 4 October 2005 di MMC Jalan Semarak. Candidate ialah aku, Fozi, Zainal dan Nordin.
Dalam akhbar hari ini, ada satu menteri menyarankan bahawa suami dan isteri kena berjoget untuk meredakan ketegangan -- Menteri UMNO la tu... setau aku untuk kita mengecap ketenangan dan meredakan ketegangan, adalah lebih baik membaca surah Yaasin atau berzikir, itu kalau menteri PAS la yang saran, entahla...

Allah telah berfirman, mafhumnya;

(iaitu) orang - orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah - lah hati menjadi tenteram.

Surah A' Rad ayat 28 (13:28)


29th September 2005 - 08:30 malam
Pembelian buku ke 181 terjadi hari ini, buku bertajuk LEADERSHIP karya bekas Mayor of New York, Rudolph Giuliani selamat aku beli dengan harga RM32.95 di SWP. Hari ini aku lewat ke office pasal malam tadi tidur lewat gara - gara Chelsea vs. Liverpool yang berkesudahan seri 0 - 0. Kerja boleh tahan banyak siang tadi, badan aku masih tak berapa sedap lagi especially di kawasan betis dan lutut.
Masalah boss yang tak mahu turun padang kembali menghantui kami, patutnya boss - boss ini meniru policy Giuliani iaitu;

While mayor, I made it my policy to see with my own eyes the scene of every crisis so I could evaluate it first - hand. [2]

OTW balik tadi isi minyak kereta, RM20.00. Pasal minyak ini aku teringat akan Saranan Langkah Belanjawan Alternatif 2006 yang disediakan oleh Dato' Kamarudin Jaffar, MP (Setiausaha Agung PAS), katanya;

Subsidi harga petroleum wajar dikekalkan atas alasan berikut:
1. Negara kita adalah pengeksport bersih petroleum. Negara mendapat menafaat dari kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa. Oleh itu kita mampu untuk memberi subsidi...
2. Sebarang usaha untuk menghapuskan subsidi perlu mengambilkira pelbagai bentuk subsidi yang wujud...
3. Jika penghapusan subsidi petroleum perlu dilaksanakan, ia harus dilaksanakan secara berfasa seiringan dengan pembaikan dalam sistem pengangkutan awam dan pengenalan sumber bahan api alternatif seperti biomas dan gas asli. [3]

30th September 2005 - 10:19 pagi
Hari ini aku bercuti satu hari, project utama - Kemas rumah. Kawasan sasaran: Bilik aku, dapur, almari CD dan bilik air. Pendek kata hari ini aku REFORMASI kan 4 kawasan tersebut, aku teringat kata - kata negarawan British, Edmund Burke mengenai reform ini, katanya;

We must reform in order to preserve [4]

Oleh itu sampai masanya aku reform ke empat - empat lokasi itu, Mayor Giuliani setelah menjawat jawatan Mayor of New York juga mereform bahagian - bahagian yang bermasalah di Jabatan Datuk Bandar New York seperti New York Police Department dan Department of Correctional.[5] Brigadier General Abdullah Muhammad, Komander, 4th Division TUDM pula menjelaskan;

It must be continuously upgrade, and the supplies must be there in order for it to be operational. [6]

Jelas sekali ianya mengambarkan sesuatu element perlu rombakan berkala untuk ianya sentiasa berfungsi dengan baik.


30th September 2005 - 02:27 petang
Do what's possible, try what's not.
- Rudolph Giuliani, Leadership [7]

Solat Jumaat di Masjid al - Khairiah, AU3 Keramat, lepas solat ke kedai makan untuk makan t hari (RM4.50). Bil TNB sampai - RM33.35.

30th September 2005 - 10:42 malam
Masa membaca, buku LEADERSHIP karya Giuliani masih belum habis aku baca, menarik dan penuh tip dan fakta. Tertarik dengan ungkapan Giuliani mengenai resume seseorang tidak menggambarkan segalanya (Resume aren't everything), katanya;

A person resume won't tell you the full story. Education, for example, is crucial; I consider books and the knowledge that come from study a critical part of the process of developing ideas, but that doesn't mean that someone whose parents shipped them to a particularly impressive university is an impressive as someone who built his knowledge through his wits and life experience. [8]

01st October 2005 - 07:43 malam
Berehat di rumah setelah pagi tadi aku sekeluarga ke Taman Tasik Titiwangsa - picnic. Semasa tengah cucuk duit di Maybank Sentul, En. Zamri call, suruh OT hari ini - katanya Bintang tiada orang stand - by. Rosli suruh katanya, tu la, bila dah tersepit baru ingat nak suruh OT, Kalau tak tersepit, budget tak ada la, mintak kelulusan boss laa. Sikap macam ni, sampai bila organisasi boleh maju? Macam mana nak jadi leader yang ada leadership yang baik? Aku terkenang akan kata - kata Dick Marcinko dalam bukunya LEADERSHIP SECRETS OF THE ROUGE WARRIOR, katanya;

Leadership is taking a position, drawing fire, ducking bullets - and then firing back. You do that, and people will follow you.[9]

Izzatul dah tidur time ni, badan dia panas la plak, macam nak demam je. Ibu sedang sapukan minyak di badannya serta jaramkan dengan air asam jawa, kalau tak kurang juga esok, maka kensel la nak ke Hari Keluarga TM di Shah Alam -- ke klinik la nampaknya. buat boss - boss aku, hayati lah kata - kata ini;

Being a warrior and a leader is not about achieving personal success.
- Richard "Dick" Marcinko [10]

02nd October 2005 - 02:04 pagi
Masih belum dapat melelapkan mata, sesekali Izzatul merengek, maklumlah badannya masih panas, walaupun dah menurun sedikit. Harap - harap menjelang esok suhu badannya pulih kembali, amin.
Piala Malaysia malam tadi (1 Oct 05), musim ini musim Selangor nampaknya. Tewaskan Perlis 3 - 0, hattrick oleh Bambang Pemungkas. Syabas untuk orang Johor (Dollah Salleh la) yang menjadi jurulatih Selangor. Nampak gayanya Hari Keluraga TM di Shah Alam terpaksa aku lupakan kerana situasi tak berapa sesuai. Mata aku pun dah berat, so aku pun nak beradu lah.

02nd October 2005 - 05:30 petang
Sedap betul tidur petang - petang ni. Berehat selepas pagi tadi ke Giant Taman Permata, dan OTK Sentul Pasar, shopping susu, pampers baby dan lauk pauk - habisla dalam RM143.88.
Time ni Izzatul dan ibu masih lagi tidur, suhu badan Izzatul kembali ke normal, syukur. Berita luar negeri sikit, bomb meletup di kepulauan Bali, sehingga kini, 25 maut, termasuk warga asing. Jemaah Islamiah kembali di bibir - bibir kufar sebagai dalangnya. Aku teringat akan kata - kata Abu Bashir, orang yang dituduh terbabit dalam insiden letupan di Bali pada tahun 2005, katanya;

I ask you to remain orderly and be careful of provocateurs of America. [11]

03rd October 2005 - 12:28 malam
Masih belum tidur lagi, baru habis CM4. Izzatul dan ibu dah tidur, Izzatul asyik merengek aje - menangis sampai muntah - muntah. Ibu urutkan perutnya yang masuk angin, dan tertidur. Badannya dah tak panas lagi. Pagi ini aku ada course Certify Agency 1A di MMC. Kursus dua hari (3 dan 4 Oct 05). Perut aku pun tak berapa sedap ni, tak tau mengapa. Episod Mencari Cinta tamat malam tadi -- pemenangnya? Daniel dan bukan Zul. Secara peribadi, ianya tak memeranjatkan aku. Obvious la, memang ada gap antara Zul dan Daniel, jika Daniel dan Khairul, itu ada sikit susah lah. memang aku suka mengkaji benda - benda macam tu, tapi aku teringat kata - kata Brian M Jenkins mengenai pekara tersebut, katanya;

Research can make people smart, but not wise. [12]

Tetapi menurut pakar kimia dan fizik berbangsa Scotland iaitu Sir James Dewar (1842 - 1923);

Minds are like parachutes. They only function when they are open. [13]

Aku juga tertarik dengan kata - kata bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok, katanya;

Melakukan kesilapan kerana banyak kerja adalah lebih baik daripada tidak melakukan kesilapan kerana tidak berbuat apa - apa. [14]

03rd October 2005 - 07:45 malam
Kursus Certify Agency Skill 1A hari ini di MMC (Code 4222). Cuma aku dan Zainal sahaja kerana Fozi dan Nordin diarahkan kursus pada 11hb Oct. Tengah hari ke Office with Zainal, check cuti aku di SURIA masih pending lagi. Petang lepas habis kelas ambil gambar instant RM12.00 untuk lesen esok. Esok juga exam dari jam 3.30 ~ 4.30 petang. OTW balik ambil Izzatul dari rumah Umi sebab ibu lambat.

03rd October 2005 - 10:54 malam
Study untuk exam esok, malasnyaa... Izzatul dan ibu dah tidur time ni, aku je belum tidur - tidur lagi. Buat catatan sedikit tentang point - point nak exam esok, tulis je - baca belum.
Teringat kata - kata instructor Ruzainni jangan GLOKAL jika nak jawab soalan, apa GLOKAL itu?
GLOKAL ialah Gelojoh dan kalut!


04th October 2005 - 04:42 petang
Selesai exam CA Skilled 1A, aku rasa aku confident boleh lulus termasuk satu jawapan free from En Rozaini, thank you sir. Esok start puasa, so malam ni start Terawikh, aku berazam nak attend selalu Solat Terawikh walaupun mungkin tak full sebulan. mengenai azam ini aku teringat kata - kata David Mahoney, Pengerusi Norton Simon Inc., katanya;

Trust your hope, not your fears. [15]

05th October 2005 - 11:53 malam
You're never beaten until you admit it.
- General George S Patton Jr. [16]

Kata - kata perangsang yang baik untuk dihayati sempena Ramadhan ini, hari pertama puasa - side effect yang aku terima agak teruk juga, badan macam nak demam. Solat Isyak sahaja di masjid minus Terawikh. Izzatul muntah - muntah lagi semasa minum susu, apasal agaknya? Sekarang dia dan ibu dah tidur dah selepas ibu sapukan minyak ke badannya. Plan nak balik kampung jumaat ni, mintak mak tengok - tengok. 1st day kerja setelah berkursus selama dua hari. Docket adela sikit balance - balance semalam. Tu pun ada buat appointment dua esok. Pagi tadi ada meeting "pep - talk" yang dah lama tak berfungsi; agenda tentang OT dan cuti raya. Di sokong cuti aku raya ni, pasal Zainal dan Saidin ada stand - by. Tertarik dengan kata - kata Laksamana Tan Sri Dato' Seri Mohd Anwar Mohd Noor, Panglima Angkatan Tentera Malaysia dalam temuramah dengan Majalah PERAJURIT keluaran Oct '05, katanya;

Penugasan ATM di masa hadapan menuntut kita membangunkan sebuah angkatan versatile yang boleh diubahsuai dalam masa yang singkat mengikut bentuk dan keperluan penugasan, kemampuan untuk diaturgerakkan yang tinggi (highly deployable), mudah gerak (mobile), mampu ditonjolkan sebagai sebuah angkatan yang credible[17], keupayaan saling khidmat yang tinggi (highly interoperable), dan flexible.

End Note
[1] Wessels, A. South Africa & the War against Japan 1941 - 1945. Military History Journal. Vol. X No. 3. http://rapidttp.co.za/milhist/vol103aw.html
[2] Giuliani, Rudolph, and, Ken Kurson. Leadership. London: Time Warner Paperbacks, 2002. p4
[3] Jaffar, Kamarudin, Dato'. Saranan langkah Belanjawan Alternatif 2006. http://www.harakahdaily.net
[4] Vitullo - Martin, J, and, J R Moskin. Executive's Book of Quotations. New York: Oxford UP, 1994. p 243
[5] lihat: Giuliani, Rudolph, and, Ken Kurson. Leadership. London: Time Warner Paperbacks, 2002
[6] Devi, Shalani. Marconi Radar System for RMAF. Asian Defense Journal. January 1995. p 89
[7] Giuliani, Rudolph, and, Ken Kurson. Leadership. London: Time Warner Paperbacks, 2002. p129
[8] Ibid. p158
[9] Marcinko, Richard. Leadership Secrets of the Rouge Warrior. New York: Pocket Books, 1996. p9
[10] Ibid. p10
[11] Lihat: Akhbar The Sun Sept 3, 2003
[12] Lesser, Ian O., and friends. Countering the New Terrorism. Washington DC: RAND, 1999. p xi
[13] Coyle, Harold. Sword Point. London: Pocket Books, 1988. p82. Maklumat Sir Dewar, lihat: The Oxford Essential Biographical Dictionary: American Edition. New York: Berkley Books, 1999. p100
[14] D Mariok, Dr D Sanusi. Interview. Harakah. 16 - 31 Mac 2005. p5 (Fikrah)
[15] Vitullo - Martin, J, and, J R Moskin. Executive's Book of Quotations. New York: Oxford UP, 1994. p286
[16] The Art of Gaming: 7 Rules to Becoming a Competitive Gamer. PC.Com. Sept issued, free supplemental.
[17] Mohd Noor, Laksamana TS DS Mohd Anwar. Interview with Nasibah Harun. Angkatan Tentera yang Versatile di Abad ke 21. Perajurit. Oct '05. p27

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...