06th October 2005 - 05:50 petang
Pagi tadi aku buat pembayaran bil TNB di Pejabat Pos BBP - RM33.35, kemudian pergi gunting rambut - RM12.00. Buat docket di Nagaria, line OK advice Fozi to check ADSL dan di Low Yat. Maintenance tak nak buka SDF lagi - tak pe aku balik, bukan susah sangat. Inform customer the problem and solutions. Petang tadi Mr Hood inform aku terpilih untuk attend kursus Office Management (TC2091) di MMC KL dari 11 Oct hingga 13 Oct '05. tiga hari. Tapi yang tak best tu ade orang dah merungut - rungut macam la docket area aku dia yang cover. Padahal orang lain yang cover, tak paham betul aku la. Kalau tak nak buat diam - diam je laa... ade orang lain yang nak buat.
6th October 2005 - 10:52 malam
Solat Terawikh 20 rakaat tidak memerlukan kaki yang kuat, tetapi hati yang taat.
- Anonymous
Baru balik dari solat Terawikh di Surau dekat flet aku, kata - kata di atas telah memberi perangsang bagi aku untuk meneruskan solat walaupun kepenatan. Bila balik, ibu dan Izzatul dah pun lena. Cuma mata aku je belum ngantuk lagi, mungkin dah tidur cukup di office petang tadi agaknya.
11th October 2005 - 10:14 malam
Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu - pintu Syurga dan ditutup pintu - pintu Neraka serta syaitan - syaitan dibelengu.
- HR Bukhari & Muslim
Kembali mencoret setelah empat hari bercuti, bukan apa cuma tiada di KL sebab balik ke kampung Muar, menyambut puasa di sana. Hari ini aku start berkursus selama tiga hari (11 ~ 13 Oct '05) di MMCKL, kursus Office Management yang dikendalikan oleh Mr. Muniandy. Tertarik akan dua kalimat yang aku belajar pagi tadi;
Effective - Doing the right things
Efficiency - Doing the thing right
Juga tertarik dengan tulisan satu risalah bertajuk RAMADHAN... KETIBAANMU DINANTI keluaran Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM), risalah itu menulis;
Puasa tidak menginsafkan diri terhadap penderitaan dan kesensaraan saudara seIslam yang lain. Mereka terus dengan sifat bakhil dan kedekut. [1]
Lantas aku terkenang tentang derita umat Islam di Pakistan dan India yang telah dilanda gempa bumi yang hebat, semoga aku mampu membantu, amin...
12th October 2005 - 04:40 petang
Filing is the history of organizations.
- P Muniandy
2nd day of Office Management course at MMC KL. Nice topic, hari ini meliputi skop filing, corporate ethic, correspondence and memos, etc.
Handphone accident dalam toilet la plak, kong dia punya ic. T hari balik rumah and change to old set - nasib baik ok. Apela punya malang. Session tamat jam 4.10 petang dan beli nasi ayam(RM6.00) dan roti jala (RM2.00) di depan MMC KL.
13th October 2005 - 04:53 petang
Baru balik dari MMC KL, last day kursus. dapat sijil dan RM15.00 (duit makan). Besok start kerja balik, sehubungan dengan kusrsus tersebut, aku ciptkan Next Day Planner (NDP) untuk aku setting dan plan kerja - kerja yang perlu aku buat esok. Pakai kertas A4 dan aku binding sahaja. Secara teori, NDP akan diisi pada petang sehari sebelum, maknanya untuk plan kerja - kerja esok, aku kena isi NDP pada petang ini. Ini salah satu cara untuk menguruskan masa. Aku teringat akan kata - kata Arthur Schopenhauer (1788 - 1860), seorang ahli filasuf Jerman[2] mengenai masa, katanya;
Ordinary people think merely how to spend time, a man of intellect tries to use it. [3]
Balik dari MMC KL, singgah beli makanan untuk berbuka, habis RM7.00 + RM4.00 + RM3.00 = RM14.00, maknanya duit RM15.00 yang MMCKL beri cuma berbaki RM1.00 (itupun masuk tabung), cepatnya duit di tangan habis now day. Juga tertarik dengan cara - cara President Reagan menangani isu mogok kakitangan air traffic controller di masa beliau menjadi President, sangat brief dan cekap serta pantas.[4]
13th October 2005 - 11:59 malam
Belum tidur lagi - ibu dan Izzatul dah lama lelap. Solat Tarawikh di rumah sahaja, berjamaah dengan ibu. Buat lapan rakaat saja. Esok start kerja balik setelah tiga hari berkursus di MMC KL. Mata pun dah berat jer ni, jap lagi mungkin nak masuk beradu la. Di radio Sinar FM lagu - lagu lama sedang berkumandang, kekadang kembali mengamit memori dulu - dulu. Sekejap sahaja dah nak Jumaat, lepas tu sekejap je dah minggu baru, bulan baru, tahun baru... Diam - diam dah nak raya la pulak, duit raya tak tukar - tukar lagi, emmm...
Teringat kata - kata Anwar Ibrahim mengenai isu tahanan ISA menjelang hari raya ini, katanya;
Mentang - mentang kita ada kuasa jangan sumbat orang tak tentu fasal di belakang tabir besi, itu melanggar hak asasi manusia. [5]
End Note
[1] Risalah, Ramadan... Ketibaanmu dinantikan. Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM). 2005
[2] Lihat: The Oxford Essential Biographical Dictionary: American Edition. New York: Berkley Books, 1999. p339
[3] Manual Kursus Office Management, TC 2091. school of Management, Multimedia College, TM
[4] Lihat: Giuliani, Rudolph, and, Ken Kurson. Leadership. London: Time Warner Paperbacks, 2002. p275 - 280
[5] Yusuf, Ikmal. Anwar cadang bebaskan tahanan ISA sempena Ramadan. Harakah. 16 - 31 Oct 2005. p23
No comments:
Post a Comment