20th September 2005 - 06:11 petang
Baru balik kerja, kerja boleh tahan banyak hari ni. 5 ptg pun ada P1 lagi, dua plak tu. Member - member ofis aku start isi surat cuti untuk raya. Kontroversi gak tuh -- pasal balik raya boleh jadi gaduh ni. Tahun lepas aku dah kena kerja, orang kata tahun lepas aku tak dak cuti, fine, so tahun ni aku kena cuti pasal aku tahun ni aku ada cuti, betul tak...
21st September 2005 - 05:24 Pagi
Baru terjaga dari lena setelah tidur awal malam tadi pasal badan tak berapa sihat. Macam nak demam je, sekarang ada OK sikit. Izzatul terjaga nak susu - buatkan untuk dia, ibu masih tidur, kesian dia, malam tadi penat uruskan aku. Macamana Khairul @ Abang Long boleh terkeluar malam tadi (Mencari Cinta la...) sungguh tak puas hati. Punah abih harapan aku. Tak kan Elly minat kat Zulfakar plak, ishhh...
21st September 2005 - 06:15 petang
Hujan lebat di Keramat, Jam 5.30 sharp aku dan kebanyakkan member aku punch dan balik. Gara - gara policy OT yang caca - merba, kami ambik keputusan tak payah OT terus. OT Policy (new) mengatakan apabila tiada docket P1 or P2 selepas 5.30 automatic tiada OT, kalau ada, perlu minta kebenaran Boss dulu. Ek eleh... tak payah laa. Baik punch dan terus balik, Bukan lapaq sangat ngan OT ni.
22nd September 2005 - 06:20 petang
Baru sampai dari office, hari mendung macam mahu hujan. Di office aku sekarang, tepat 5.30 petang semua punch - out, no more OT. Close, Bukan kemaruk sangat kita dengan OT ni.
Menurut The World Almanac 2005, pada hari ini di tahun 2003 (22 - 9 - 2003) satu letupan telah meletus di luar bangunan UN di Iraq dan membunuh serta mencederakan 19 orang.[1] membaca tentang Iraq ini aku teringat kata - kata Senator Edward Kennedy (D, MA), katanya;
We've had no evidence that Saddam Hussein was involved with September the 11th." ..."fraud . . . made up in Texas" to give Republicans a political boost. [2]
22nd September 2005 - 11:03 malam
Selesai menonton John Doe - episod malam ini lebih merupakan recap episod, yang ,mana menceritakan bagaiman JD boleh sampai di Seattle, berjumpa dengan Karen, Digger, dan polis dua orang tu. macamana dia boleh kaya, beli rumah yang ada sekarang dan kereta sport nya itu. Dan bagaimana dia tahu yang dia itu bijaksana.
Bercerita tentang bijaksana, aku teringat akan kata - kata budak yang berumur 10 tahun dengan Kalifah Umar bin Abdul Aziz, katanya;
Ya Amirul Mukminin, sekelian manusia sebenarnya dipandang dari dua pekara iaitu hati dan lidahnya. Maka apabila Allah swt telah mengurniakan kepada seseorang itu lidah yang petah dan hati yang bijaksana, maka orang itu lebih berhak bersuara. Jika dipandang dari segi umur sahaja ketahuilah wahai Amirul Mukminin ada yang lebih berhak duduk di atas tahta Paduka Tuanku itu. [3]
23rd September 2005 - 05:56 petang
Masa bersantai setelah lelah bekerja. Hari ini adalah hari yang ditunggu setiap bulan oleh orang yang makan gaji - Yaa! Hari gaji. Dicampur dengan pembayaran OT dua bulan (Mei & Jun) maka bernafas la sedikit aku. Dapatlah esok aku menservis sang kancil aku itu. Aktiviti pembelian bahan bacaan pun active kembali. Hari ini buku yang ke - 180 selamat aku beli, buku bertajuk Warkah Anwar: Surat - surat dari penjara 1998 - 2004 karya Sdr Anwar Ibrahim. Ianya dibeli di brother yang berjual di sebelah Masjid Alam Shah, Pudu setelah habis solat Jumaat tadi. Selain buku, aku juga sempat membeli Harakah edisi terbaru (Bil. 1296), dan juga majalah Tempur edisi September '05. Pembelian Tempur itu disulami dengan sedikit kontroversi apabila mamak yang menjualnya melabelkan harganya sebanyak RM 15.50 sedangkan harga sepatutnya ialah RM 15.00 sahaja. Patutnya aku yang sound dia, tapi dia plak yang sound aku pasal kes ni, adaka patut.
Hati tersentuh melihat gambar adik Sharifah Balqis, 3 1/2 tahun yang mana bapanya, Syed Ali Syed Abdullah telah ditahan di bawah akta ISA semenjak dia dikandungan ibunya lagi dan sehingga sekarang tidak mendapat kasih sayang seorang ayah [4]. Zalim betul! Aku berazam akan membantu mereka - mereka ini semampu ku, isyaAllah. Tertarik dengan kata - kata Sdr Muhammad Sabu mengenai ISA, katanya;
ISA sememangnya satu akta yang digunakan untuk kepentingan politik UMNO/ BN [5]
Sdr Anwar Ibrahim juga mengulas mengenai isu ISA ini, katanya;
...ISA popular di kalangan penguasa dan beberapa pemimpin polis tertentu, kerana ia memudahkan kerja mereka dan memberikan kuasa mutlak kepada mereka [6]
23rd September 2005 - 11:24 malam
Aku masih lagi ingin mengulas isu ISA lagi, tertarik dengan rancangan Mufti Kerajaan Kelantan, Dato' Hasbullah Mohd Hassan yang berhasrat menganjurkan solat sunat hajat di Masjid Muhammadi bagi memohon pertolongan Allah supaya tahanan ISA itu dibebaskan [7]
Semoga Allah memberkati usaha murni Tuan Mufti itu, Mufti negeri lain macamana?
Aku juga terkenang akan surat yang ditulis oleh Nguyen Thai Hoc, pengasas dan pengerusi Vietnamese Nationalist Party yang dipenjarakan di Yen Bay, Tongking, Indochina kepada French Chamber of Deputies sementara menunggu masa dijatuhi hukuman mati, antara kata - kata beliau yang elok kit a amati ialah;
According to the tenets of justice, everyone has the right to defend his own country when it is invaded by foreigner, and according to the principle of humanity, everyone has the duty to save his compatriots when they in difficulty or in danger. [8]
Juga cerita bertajuk THE PARABLE OF THE EAGLE karya James Aggrey perlu kita jadikan iktibar, di penghujung cerita itu Aggrey menulis,
...we were created in the image of God, but men have made us think that we are chickens, and we still think that we are; but we are eagles. Stretch forth your wings and fly! Don't content with the food of chickens. [9]
24th September 2005 - 12:33 malam
Di bawah ini dicatitkan antara kandungan DECLARATION OF THE RIGHT OF MAN AND OF THE CITIZEN 1789 negara Perancis;
1. Men are born and remain free and equal in right
7. No man can be accused, arrested, or detained except in instances determined by the law...
9. Every man being presumed innocent until he has been declared guilty
10. No one may disturbed because of his opinions, even religious.
11. ...every citizen can therefore freely speak, write, print, except he is answerable for abuses of this liberty in instances determined by the law. [10]
Undang - undang kafir pun ditulis begitu, undang - undang negara Islam bagaimana pula?
24th September 2005 - 11:33 pagi
Baru balik dari service kereta di PSC - RM 95.00. Kemudian isi minyak kereta di Petronas - RM20.00 (itulah untungnya Kancil - RM20 dah full tank). Kemudian bayar duit maintenance rumah RM70.00 (tolak duit sewa).
24th September 2005 - 11:24 malam
Baru lepas renovate bilik, petang tadi aku ke Giant T Permata, shopping barang rumah, habis RM111.00. Kemudian ke Kg Bahru cari CD (RM10.00). Time ni Iibu dan Izzatul dah tidur, Selangor menang Piala FA setelah mengalahkan Perak 4 - 2 malam ini.
Orang Munafik itu ilmunya di lidah, sedangkan orang mukmin itu ilmunya di hati.
- Al - Imam Ali R.A [11]
25th September 2005 - 08:41 pagi
Saya punya jadual mendatar setiap saat mendekam di penjara.
- Anwar Ibrahim, Warkah Anwar.
Rehat di pagi Ahad -- Izzatul pagi - pagi dah bangun. Tidur lambat malam tadi sebab buat sedikit renovate di bilik PC aku. Plan pagi ni nak survey Wet World Shah Alam, tapi malas la pulak. Ingat nak beli ikan di Sentul aje kot pagi ni. Cerita awal pagi ni aku teringat akan satu novel bertajuk MANDALA karya Pearl S Buck, novel itu menulis;
Jagat, The Maharana of Amarpur, India was wakened as usual on this summer morning by the flutter of pigeons outside the window of his bedroom... Each morning, as long as he could remember, he had opened eyes to the first soft stir of the early pigeons...As was his habit, he leaned upon the windowsill to gaze at the landscape... [12]
Itu raja dari India, tapi apa pula yang dilakukan oleh Sdr Anwar Ibrahim di waktu pagi semasa dia di tahanan Penjara Sungai buluh?
Saya punya jadual yang mendatar setiap saat mendekam di penjara. Bangun pukul 5.30 pagi, kemudian mengerjakan solat Subuh bila masuk waktu. Selepas Subuh, saya menafaatkan waktu untuk membaca. Apa saja bahan bacaan sama ada buku, majalah, akhbar, poskad serta kad ucapan...[13]
25th September 2005 - 04:38 petang
Baru siap solat setelah tidur panjang t hari tadi. Gusi berdenyut lagi selepas makan ayam goreng, tu yang tertidur tu. Pagi tadi ke Sentul, Pasar BBS beli ikan dan sayur - sayuran. Kemudian beli ayam di AU3. Kira - kira, adalah dalam RM 46.00, budget beb. Izzatul sedang tidur sekarang selepas melihat ayah dan ibunya tidur. Plan nak survey ke Shah Alam kensel -- malas la pulak aihhh...
Minat aku sekatrang ialah membaca majalah komik LANUN yang lama - lama (sebab LANUN, rasa aku dah tak ada keluaran baru). Ketika membelek LANUN keluaran 1hb Ogos 1997, aku tertarik mengenai artikel 4 PEKARA YANG MEMUDAHKAN LALUAN KE NERAKA, iaitu;
1. Payah nak membaca Al - Quran
2. Tak pernah menangisi dosa - dosa yang lalu
3. Tak berniat meninggalkan maksiat
4. Buat benda haram [14]
26th September 2005 - 02:56 pagi
Baru lepas terjaga untuk solat Isyak. Tertidur awal malam tadi, ingat nak tidurkan Izzatul, terus sama - sama tertidur. Dinner pun tidak, perut pun macam lapar juga ni. Kalau di Sentul, boleh turun ke ESSO cari makanan. Kat Keramat ni, bawah flet tak ada kedai 24 jam la pulak. Ada pro dan contra la di mana - mana pun, baik di Sentul atau di Keramat, masing - masing ada yang baik ada yang tak baik, cerita tentang terbaik ni aku teringat akan kata - kata atau ucapan pertama Saidina Abu Bakar setelah dilantik menjadi Khalifah Islam yang pertama, katanya;
Wahai tuan - tuan, saya telah terpilih menjadi pemimpin kamu, dan saya bukanlah orang terbaik di kalangan kamu, sekiranya saya melakukan kebaikan maka tolonglah saya, dan sekiranya saya melakukan kejahatan perbetulkan saya, benar adalah amanah, bohong adalah khianat (Jangan mengampu).[15]
Aku juga tertarik akan kata - kata Sdr Salahuddin Ayub MP mengenai ciri - ciri pemimpin yang baik, katanya;
Good leader come from those who know the people and fought for them. [16]
Kata - kata pemimpin ulung Jesse Jackson harus kita ambil pengiktibaran, katanya;
Leadership has a harder job to do than just choose sides. It must bring sides together. [17]
End Note
[1] The World Almanac & Book of Facts 2004. CD - Rom. Selectsoft Publishing.
[2] ibid
[3] Nurulbasri (compiled) Himpunan Cerita - Cerita Wanita dan Lelaki dalam Al - Quran dan Hadis. K Lumpur: Sykt. Nurulhas, 1989. p 60
[4] Lihat: Merindui belai kasih ayah. Harakah. 1 - 15 Oktober 2005. p1
[5] Lihat: Abdullah tidak prihatin rakyat. Harakah. 1 - 15 Oktober 2005. p 23
[6] Ibrahim, Anwar. Warkah Anwar: Surat - surat dari Penjara 1998 - 2005. K Lumpur: Edisi Prima, 2005. p 112
[7] Lihat: Mufti Kelantan sedih mangsa ISA ditahan begitu lama. Harakah. 1 - 15 Okt 2005. p7
[8] A J Andrea, and, J O Overfield. The Human Record. 3rd Edition/ Vol. II. New York: Houghton Mifflin Co., 1998. p 427
[9] Ibid p 434
[10] Ibid. p 186
[11] Lihat: Mutiara Kata Insan Mulia. Lanun. August 1, 1998. p 37
[12] Buck, Pearl S. Mandala. New York: The John Day Co.,1970. p 3
[13] Ibrahim, Anwar. Warkah Anwar: Surat - surat dari Penjara 1998 - 2005. K Lumpur: Edisi Prima, 2005. p 13
[14] Lihat: 4 Pekara yang memudahkan laluan ke Neraka. Lanun. August 1, 1997. p53
[15] Awang, A Hadi. Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari. K Lumpur: Nufair Street, 2005. p70
[16] A Aziz, Arfa'eza. What it takes to be a good leader. Harakah. vol. 1282, 1 - 15 Mac 2005. p14
[17] internet: http://www.nwlink.com/~donclark/leader/leadqot.html
No comments:
Post a Comment