Oleh: Ridhuan Hakim
Gerakan Wahabi ditubuhkan oleh Muhammab bin Abd al-Wahab (1703-1792 M).> Gerakan ini pada mulanya merupakan gerakan intelek, kemudian setelah> pertengahan abad ke-18, berubah menjadi gerakan intelek dan politik.>> Awalnya, dalam tahun 1740, Muhammad bin 'Abd al-Wahab mendapatkan suaka> politik dari Muhammad bin Sa'ud, ketua suku Anzah yang tidak sependapat> dengan ketua suku Uyayna yang tinggal di ad-Dir'iyyah, yang jaraknya sejauh> 6 jam perjalanan dari Uyaynah. Di ad-Dir'iyyah, pemikiran Wahabi mendapat> sambutan dari penduduk tempatan dan sekelilingnya. Amir Muhammad bin Sa'udmula mendekatinya.>> Pada tahun 1745, British melalui talibarutnya, 'Abd al-'Aziz bin Muhammad> bin Sa'ud telah cuba untuk menentang Negara Islam dari dalam dengan> menubuhkan kerajaan Sa'udi I (1745-1818 M).>> Pada tahun 1747, Amir Muhammad bin Sa'ud mengumumkan bersetuju dan> menerima pendapat dan pemikiran Muhammad bin 'Abd al-Wahab. Ibn Sa'udturut menunjukkan sokongan kepada beliau. Kumpulan Wahabi sejak ketika itu> telah berubah dari gerakan intelek kepada politik. Britishlah yang> membekalkan senjata dan wang kepada mereka. Kumpulan Wahabi mahu menakluki> wilayah kekhalifahan Islam dan memerintahnya berdasarkan kepada fahaman> mazhab mereka, serta menindas mazhab-mazhab lain secara paksa.>> Tahun 1765, Muhammad bin Sa'ud meninggal dunia. Beliau telah digantikan> oleh anaknya, Abd al-Aziz yang menjadi ketua suku Anzah. Anaknya mengikuti> jejak langkah ayahnya dan memerintah kawasan di bawah kekuasaannya. Pada> masa ini gerakan Wahabi terhenti.>> Walaubagaimanapun, 41 tahun selepas lahirnya gerakan Wahabi, iaitu dari> tahun 1747 hingga 1788, dan 31 tahun selepas ianya terhenti (dari tahun 1757> - 1787) aktiviti gerakan ini tiba-tiba aktif semula. Gerakan ini menggunakan> kaedah baru dalam menyebarkan mazhab ini dan ia turut disebar-luaskan dan> mendapat publisiti di luar sempadan negeri hingga tersebar ke seluruh Negara> Islam dan lain-lain kuasa utama dunia. Gerakan ini telah menimbulkan> kebimbangan di kalangan negara-negara jiran dan seluruh Negara Islam.>> Tahun 1788, Kuwait berjaya ditawan oleh gerakan Wahabi. Gerakan ini terus> bergerak ke utara sehingga berjaya menawan Baghdad. Mereka mahu menawan> Karbala dan makam al-Husayn ra., memusnahkannya dan mengharamkan ziarah ke> makam tersebut. Perlu dicatat, sebelumnya pihak British telah cuba untuk> menawan Kuwait dari Khilafah Uthmaniyyah tetapi gagal. Ini kerana> negara-negara lain seperti Jerman, Russia dan Perancis telah menentang> British selain tekanan dari Negara Islam.>> Tahun 1792, Muhammad bin 'Abd al-Wahab meninggal dunia dan anaknya telah> menggantikannya seperti Sa'ud menggantikan ayahnya, Abd al-Aziz. Amir> Sa'udi kemudiannya telah dilantik secara warisan dan menjadikan Wahabi> sebagai alat untuk menentang Khilafah Uthmaniyyah dan mencetuskan peperangan> mazhab di tengah umat Islam.>> Tahun 1803, kota Mekah diserang dan dikuasai oleh kumpulan ini.>> Tahun 1804, tepatnya pada musim bunga, Madinah jatuh ke tangan mereka.> Mereka telah memusnahkan kubah besar yang melindungi makam Rasulullah saw.> dan mengambil kesemua batu permata dan perhiasan berharga yang melekat di> kubah tersebut. Selepas berjaya menakluki keseluruhan Hijaz, mereka menuju> ke arah Syam.>> Pada tahun 1810, mereka menyerang Damascus untuk kali kedua dan turut> menyerang Najaf. Damascus mempertahankan dirinya dengan penuh semangat juang> dan penuh keberanian. Walaubagaimanapun, semasa mereka menakluki Damascus,> kumpulan ini bergerak pada masa yang sama ke bahagian utara dan meluaskan> kekuasaannya ke seluruh kawasan Syria sehingga ke Aleppo.>> Satu kenyataan yang diketahui umum, ialah bahawa kempen Wahabi tercetus> akibat hasutan pihak British memandangkan Sa'ud adalah talibarut British.> Mereka mengeksploitasi mazhab Wahabi, yang merupakan salah satu mazhab Islam> yang diasaskan oleh seorang mujtahid dan mengheret kumpulan ini dalam kancah> politik dengan tujuan untuk menentang Negara Islam dan memulakan pergeseran> dengan mazhab-mazhab lain dengan tujuan untuk mencetuskan peperangan mazhab> dengan Khilafah Uthmaniyyah. Pengikut mazhab ini tidak mengetahui hal ini> yang sememangnya dalam pengetahuan Amir Sa'udi dan rakyat Sa'udi. Ini> kerana hubungan yang wujud bu! kan pihak British dengan Muhammad bn Abd> al-Wahab, tetapi antara pihak British dan Abd al-Aziz bin Muhammad bin> Sa'ud, kemudian dengan anaknya, Sa'ud.
Konspirasi British menentang Negara Islam
Kerjasama dan kesetiaan Sa'ud kepada British telah diketahui oleh> Khilafah dan kuasa-kuasa besar, seperti Jerman, Perancis dan Russia.> Ditambah, gudang senjata dan peralatan perang yang besar dan lengkap yang> dihantar melalui India dan sumber kewangan untuk membiayai peperangan> gerombolan Sa'ud-Wahabi datang dari pihak British. Oleh itu, negara-negara> Eropah lain, terutama Perancis menentang kempen Wahabi, kerana dianggap> sebagai kempen British.>> Khilafah mengarahkan wali Mesir, Muhammad Ali menghantar pasukan khas> untuk berunding dengan mereka, setelah wali Baghdad dan Madinah gagal> membendung pengaruh mereka. Mulanya Muhammad Ali enggan, kerana dia> merupakan talibarut Perancis, setelah Perancis menolongnya dalam rampasan> kuasa di Mesir dan memaksa khalifah mengiktiraf perlantikannya.>> Tahun 1811, atas persetujuan dan galakan Perancis, Muhammad Ali bersetuju> mematuhi arahan khalifah. Kemudian menghantar anaknya, Tosson untuk> menentang puak Wahabi. Beberapa pertempuran telah tercetus antara> askar-askar Mesir dengan puak Wahabi.>> Tahun 1812 askar-askar Mesir berjaya menawan Madinah.>> Tahun 1816, Muhammad Ali mengutus anaknya, Ibrahim dari Kahirah untuk> menghancurkan Wahabi sehingga memaksa puak ini mengundurkan diri ke ibu> negara iaitu ad-Dir'iyyah dan mengukuhkan kubu pertahanan mereka di situ.>> Bulan April-September 1818 askar-askar Ibrahim berjaya menawan mereka,> sehingga menyerah diri. Kesemuanya ini mengakhiri apa yang disebut-sebut> sebagai "Kempen British".
Percubaan Perancis Menyerang Umat Islam
Tahun 1798, Perancis menyerang Mesir dan menawannya, kemudian menawan> Palestin dan hendak menguasai Syam untuk menhentam Negara Islam, tetapi> berjaya dikalahkan dan dihalau dari Mesir. Mesir akhirnya kembali ke> pangkuan Khilafah.>> Setelah "Kempen British" berakhir tahun 1818 dan Wahabi menyerah, tidak> bererti wilayah Khilafah kembali aman. Sebab, melalui talibarutnya, Muhammad> Ali (wali Mesir), Perancis berusaha menyerang Khilafah dari belakang.>> Tahun 1831, Muhammad Ali ke Syam untuk menaklukinya. Dia menawan> Palestin, Lebanon, Syria dan mula menyusup masuk ke Anatolia.>> Tahun 1840, British, Russia dan dua negara Jerman telah menentang> Muhammad Ali, dengan mengadakan Pakatan Empat Penjuru (Quadrilateral> Alliance). Negara-negara ini akan mempertahankan kesatuan Khilafah> Uthmaniyyah dan memaksa Muhammad Ali menyerahkan semula Syria. Pendirian> negara-negara Eropah telah mengubah situasi antarabangsa untuk menyokong> khalifah. Muhammad Ali berjaya dihalau dari Syria, Palestin dan Lebanon dan> kembali ke Mesir menjadi wali.
Sumber: Koleksi e mail saya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)
October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...
-
1865-Apr. 14 . U.S. Pres. Abraham Lincoln shot by John Wilkes Booth, a well-known actor with Confederate sympathies, at Ford's Theater i...
-
Oleh: Encik Syakirin bin Syaari( Lecturer University Of Science & Technology, Sana'a Yemen ) Khalid ibn Zayd ibn kulayb dari Banu Na...
No comments:
Post a Comment