Monday, July 11, 2005

Tragedi London vs Tragedi Bujal




Sehari dua ini kita serin diasak dengan berita letupan bom di Kota London. Kecaman dan kutukan kita luahkan bagi menggambarkan kejelekan hati kita tentang letupan itu. Hati kita begitu marahkan orang - orang yg bertanggungjawab atas kejadian itu. Tetapi tanpa kita sedari satu lagi tragedi menyayat hati telah berlaku hampir dengan kita. Pada awal pagi 7 Julai 2005, saki baki kesan runtuhan Masjid RTB Bujal di bersihkan oleh puak puak yang mula terasa dirinya bersalah. Sisa runtuhan itu kemudiannya dibuang di dalam Tempat Buang Sampah Ladang Tabung Haji. Pada malam itu satu ceramah khas untuk menceritakan detik - detik pembersihan masjid itu kemudiannya digempur pihak FRU dan polis. Sehubungan dengan itu, Seluruh umat islam digesa sahut seruan berpuasa oleh Ketua Dewan Ulamak Terengganu, bersempena dengan majlis Solat Hajat dan Munajat Perdana yang akan diadakan di Masjid Rusila, Marang, Terengganu. Solat Hajat dan Munajat Perdana ini diadakan lantaran tindakan Kerajaan zalim UMNO Terengganu yang telah bertindak merobohkan sebuah Masjid di Terengganu baru-baru ini. Umat islam diminta berpuasa selama tiga hari bermula 12, 13 dan 14 Julai.

Berita berkaitan
1. Gas pemedih mata tidak hentikan PAS Terengganu teruskan program penerangan
2. Roboh masjid: Munajat Perdana di Masjid Rusila pada 14 Julai
3. Polis Diraja Malaysia yang dipergunakan oleh elit politik kerajaan Terengganu
4. Kezaliman berleluasa kembali
5. Tindakan FRU adalah zalim - Presiden PAS

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...