Friday, July 08, 2005

Kezaliman berleluasa kembali

Satu ceramah anjuran PAS di Terengganu dipaksa berhenti dengan cara yang paling tidak hadhari (tamadun) sekali. Ini kah yang dikatakan Islam Hadhari T'gganu Bistari?

Ceramah dihentikan selepas FRU lepas gas, sembur airThursday, July 07 @ 23:20:36 MYT KEMAMAN, 7 Julai (Hrkh) – Ceramah umum anjuran PAS Kawasan Kemaman di Kampung Mak Chili pada malam ini dihentikan pada kira-kira jam 10.30 malam sebentar tadi berikutan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata.Anggota FRU bertindak sedemikian sebaik sahaja Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Awang Dagang Jusoh selesai berucap. Berucap sebelum itu ialah Ketua Penerangan PAS kawasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Prihatin Masyarakat kawasan, Haji Mehamad Sulong.
Mengikut atur cara, perceramah yang berucap selepas Ustaz Awang ialah AJK Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi dan diakhiri dengan ucapan oleh Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.
Berikutan anggota FRU melepaskan lima tembakan gas pemedih mata menyebabkan suasana menjadi kelam kabut dan para hadirin yang berjumlah lebih 5,000 orang bertempiaran lari, terdapat warga emas yang pengsan akibat terkena gas tersebut.
Wartawan Harakahdaily yang berada di situ turut terkena gas pemedih mata.
Kira-kira 10 minit kemudian, kenderaan watercannon pula memasuki ke kawasan ceramah dan pihak FRU menyembur air kepada hadirin yang masih berada di kawasan itu.
Suasana menjadi lebih kelam kabut kerana masing-masing mencari tempat berlindung, ada anak-anak yang terpisah dengan ibu bapa.
Sehingga jam 11 malam, sekitar 20 orang yang masih berada di situ telah ditahan oleh anggota FRU dan dimuatkan ke dalam trak.
Kira-kira 200 orang anggota FRU dengan lapan buah trak berkawal di kawasan itu selepas mereka bertugas di RTB Bujal siang tadi bagi mengawal operasi membersihkan runtuhan masjid di situ. – kam/ayu


Sumber: http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=14589

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...